Pembongkaran Tanah Haram Pahang


Oleh: Khaidir Ahmad (Wartawan Tua)
Sebelum ini, saya beranggapan kegiatan penerokaan tanah haram cuma dibuat secara persendirian atau untuk diusahakan sendiri walaupun saya pernah  dimaklumkan ada dana pembiayaannya dari Singapura seperti yang berlaku di Triang.
 Namun, anggapan saya itu meleset sama sekali apabila saya sendiri secara tidak sengaja “terperangkap” dalam sindiket penjualan tanah haram di Bentong. (Subhanallah, Tuhan menjadikan saya seorang penulis yang sering diberikan ujian dan pengalaman luarbiasa untuk dijadikan bahan penulisan perjuangan)
Kisahnya bermula ketika saya menjalankan perniagaan Nurseri Bergerak di Padang Tras, Bentong pada setiap hari Sabtu suatu ketika dulu.
Seorang lelaki Cina, Mr C (bukan nama sebenar) adalah pelanggan tetap utama saya ketika itu kerana hampir setiap minggu dia membeli anak benih durian dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Biasanya, dia mengangkut sendiri anak benih yang dibeli dengan Hilux dia sendiri atau dengan beberapa buah lagi Hilux yang dikatakan milik rakannya.
Namun pada suatu hari, dia memesan satu lori anak benih dan meminta saya menghantarnya dengan lori saya ke kebun yang didakwa diwarisi daripada mendiang bapanya di kawasan hutan berhampiran lebuhraya dalam pembinaan tidak jauh dari Rancangan Felda Mempaga, Bentong.
Nota: saya pernah meminta nombor lot geran tanah seluas 20 ekar itu kerana saya berminat untuk memohon tanah hutan kosong berhampiran kebun berkenaan tetapi hingga sekarang dia masih belum memberinya.
Beberapa minggu kemudian, dia memesan pula 700 pokok anak benih Durian Belanda untuk dihantar kepada sahabatnya di Kampung Baharu Musang King Sang Lee, Raub.
Ketika penghantaran dibuat kepada seorang “apek” berusia 60an, barulah saya mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai kekayaan pengusaha ladang-ladang Musang King haram di sekitar Raub dan Bentong.
Apek ini cuma mempunyai dua orang anak iaitu anak lelaki berusia 21 tahun dan anak perempuan berusia 23 tahun.
Saya lihat anak lelaki yang membantu beliau di kebun Musang King memandu sebuah Toyota Camry baharu manakala anak perempuannya pula belajar di sebuah universiti di England.
Dalam perbuakan kami, apek memberitahu saya bahawa dia mengirim RM6,000 seminggu kepada anak perempuannya untuk membiayai kos sara hidup di England sejak setahun lalu, tidak termasuk yuran pengajian!
Di akhir perbualan, saya bertanya kepada apek:
“Sekarang semua orang tanam Durian Musang King, apa pasal apek tanam Durian Belanda?”
“Musang King pun ada. Ini Duian Belanda wa tanam keliling pagar... dia olang cakap nanti boleh jual sama itu kilang obat dia punya daun dan itu buah dia olang bikin jus.”
Dalam hati saya mula berbisik, kalau 700 pokok Durian Belanda cuma nak tanam di sekeliling pagar, berapa luas kebun Musang King apek ni?
Lantas saya bertanya lagi:
“Wah!... ini macam lu punya dusun Musang King mesti manyak luas maa?”
“Talak la... sikit-sikit ada la... lain olang lagi luas maa.”
Tidak puashati dengan jawapan itu, saya peluk dan gosok-gosok bahu apek sambil berbisik ke telinganya:
“Berapa ekar ada?”
“Tak sampai 50 la... 40 puluh ekar lebih sikit ada la. Wa angkat sikit-sikit sudah 30 tahun... semua talak gelan... dulu tanam getah dan sawit, sekarang semua wa hantam dulian.”
Aduhhh!!!.... 40 ekar dia kata sedikit? Saya cuma ada 4 ekar tanah halal pun sudah terasa luas!
Keterangan gambar
1. Jika dahulu tanah haram diteroka secara sembunyi cuma menggunakan gergaji, kapak dan parang tetapi kini jentera berat berharga ratusan ribu digunakan untuk membuka ladang Musang King haram secara terbuka di kawasan hutan simpan pedalaman Daerah Bentong.
2. Wartawan Tua yang sudah dihukum muflis kerana kezaliman penguasa Melayu, masih gagah meredah jalan peneroka tanah haram dengan kenderaan pacuan 4 roda menuju ke tengah Hutan Simpan di pedalaman Daerah Bentong untuk membongkar penyelewengan dalam pembukaan ladang Musang King haram.
(. bersambung siri 3 ... InSyaAllah) #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/pembongkaran-tanah-haram-pahang-siri-2.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Anti Peneroka Tanah Haram Berdiri Teguh Di Belakang Kerajaan Pahang

Himpunan Anti Peneroka Tanah Haram Berdiri Teguh Di Belakang Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 401 hits
Oleh Azman Abas RAUB Himpunan Anti Peneroka Tanah Haram dan Penentang Tulisan Jawi hari ini bersepakat untuk terus berada di belakang kepimpinan kerajaan negeri berhubung tindakan terhadap peneroka tanah haram di Raub Beberapa Pertubuhan Bu...
Isu Ceroboh Tanah Haram Di Raub Putra Gesa Sprm Siasat Jabatan Perhutanan Malaysia

Isu Ceroboh Tanah Haram Di Raub Putra Gesa Sprm Siasat Jabatan Perhutanan Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 453 hits
PUTRAJAYA Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat pihak berkenaan termasuk Jabatan Perhutanan Malaysia berikutan penerokaan haram tanah kerajaan bagi penanaman durian di Raub Pahang Naib P...
Tajuk Filem Peneroka Haram Hutan Simpan Raub Mahukan Hak Pemilikan Tanah

Tajuk Filem Peneroka Haram Hutan Simpan Raub Mahukan Hak Pemilikan Tanah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 296 hits
Irwan SanaeTRIVIA Tujuan penerokaan tanaman komersil durian spesis Musang King Tempoh ceroboh 60 tahun Nama Kempen Save Musang King Alliance Sponsor DAP Pelakon Pembantu pentadbir dan penguatkuasa Melayu yang saban hari memaki DAP dan melau...
Ceroboh Tanah Putra Serah Memorandum Kepada Istana Dan Mb Pahang

Ceroboh Tanah Putra Serah Memorandum Kepada Istana Dan Mb Pahang

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 272 hits
Hamidah bersama kepimpinan Putra Pusat Pahang Selangor Perak dan Kedah di luar pekarangan Istana Abu Bakar selepas selepas menyerahkan memorandum kepadaTuanku Pemangku Sultan Pahang KUALA LUMPUR Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menyerahkan...
Putra Saran Kerajaan Pahang Gazetkan Tanah Ceroboh Di Raub Sebagai Tanah Rizab Melayu

Putra Saran Kerajaan Pahang Gazetkan Tanah Ceroboh Di Raub Sebagai Tanah Rizab Melayu

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 352 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang disaran agar menggazetkan kira kira 4 400 hektar tanah yang diceroboh untuk tanaman durian musang king di Raub sebagai tanah rizab Melayu Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Hamidah Osman ber...
Umno Bagi Tanah Di Pahang Dap Yang Salah

Umno Bagi Tanah Di Pahang Dap Yang Salah

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 340 hits
Ipohmali Tadi tiba tiba ada walaun PAS menyelit komen tanya pasal Musang King aku mulanya malas nak komen pasal kes ni Bila dah tanya aku jawab lah Ni nak habaq Masalah tanah kat Pahang tu dah berpuluh tahun sejak bila DAP perintah Pahang t...
Jabatan Perhutanan Pahang Bongkar Lokasi Lombong Emas Haram Di Lipis

Jabatan Perhutanan Pahang Bongkar Lokasi Lombong Emas Haram Di Lipis

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 500 hits
LIPIS Jabatan Perhutanan Negeri Pahang membongkar kegiatan melombong emas secara haram dalam Hutan Simpan Ulu Jelai di sini dan menahan lima pelombong ketika menyerbu lokasi itu kelmarin Penolong Pengarah Kanan JPNP Azmi Mohd Zain pelombong...
Agrobank Pahang Dakwa Tak Pernah Lulus Permohonan Pekebun Haram

Agrobank Pahang Dakwa Tak Pernah Lulus Permohonan Pekebun Haram

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 298 hits
Hangat sebelum ini mengenai isu pekebun pekebun durian haram di Raub Pahang yang diberi notis untuk mengosongkan tanah milik kerajaan negeri Tindakan kerajaan negeri itu telah menyebabkan mereka berhimpun diperkarangan Kompleks Mahkamah Ind...
Tiada Kompromi Dalam Isu Kebun Haram Mb Pahang

Tiada Kompromi Dalam Isu Kebun Haram Mb Pahang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 235 hits
KUANTAN 13 Muharram 1442H Selasa Kerajaan negeri Pahang tidak pernah berniat untuk menindas pekebun durian Musang King yang mengusahakan tanaman itu secara haram di sekitar daerah Raub kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Seba...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa