Pembiayaan Asb Masih Untung Ke


Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya, pembiayaan ASB masih untung ke?
Sebelum ini saya banyak tulis tentang pembiayaan ASB.
Malah, bukan saya sahaja, ramai juga yang menulis dan bercerita tentang pembiayaan ASB yang lebih memberikan keuntungan berbanding simpan secara biasa.
Tetapi, kalau perasan, kebanyakan yang disampaikan sebelum ini menggunakan kadar dividen ASB lebih 7% setahun.
Memang untung, sebab kadar dividen ASB tinggi.
Malangnya, dengan keadaan ekonomi, politik dan situasi semasa yang mencabar, kadar dividen ASB agak menurun sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Untuk tahun 2019, kadar dividen dan bonus ASB 5.5% sahaja.
Untuk tahun 2020, belum tentu lagi.
Dengan penangan COVID-19, tak pasti sama ada kadar dividen bonus ASB 2020 akan lebih baik atau menurun berbanding 2019.
Maka menjadi persoalan, masih berbaloi ke nak buat pembiayaan ASB sekarang?
Mari kita buat beberapa kira-kira untuk jawab persoalan ini.
Bank mana yang tawarkan pembiayaan ASB sekarang?
Kalau dulu, hanya beberapa buah bank sahaja yang ada tawarkan pembiayaan ASB, tetapi sekarang semakin bertambah.
Antara bank yang ada sediakan kemudahan ini adalah Maybank, CIMB, RHB, BSN, Hong Leong, Affin, Alliance, Ambank, Bank Muamalat dan Bank Islam.
Setiap bank mungkin berbeza dari segi kadar keuntungan pembiayaan yang dikenakan, had tempoh dan umur serta syarat-syarat lain seperti tempoh lock-in, kaedah bayaran dan keperluan ambil takaful atau tidak.
Sebagai contoh, dari segi tempoh bayaran, semasa artikel ini ditulis, Maybank, RHB dan BSN hadkan tempoh pembiayaan hingga 30 tahun sahaja.
CIMB pula boleh sehingga 35 tahun atau umur 65 tahun (yang mana terdahulu)
Begitu juga Hong Leong Bank, turut benarkan sehingga 35 tahun.
Dalam erti kata lain, setiap bank punyai tawaran yang berbeza untuk produk pembiayaan ASB mereka.
Bagi yang berminat nak buat pembiayaan ASB, dinasihatkan untuk menilai tawaran-tawaran yang diberikan setiap bank supaya dapat pilih yang paling sesuai dengan kemampuan kewangan dan objektif masing-masing.
Ada juga bank yang tawarkan pinjaman ASB (tidak patuh syariah), jadi hati-hati jika nak mohon.
Bagi umat Islam, wajib ambil pembiayaan ASB yang patuh syariah.
Berapa bayaran bulanan pembiayaan ASB?
Agak susah sebenarnya nak dapatkan jadual pembayaran ASB yang terkini bagi setiap bank.
Cara yang mudah, pergi ke setiap bank atau jumpa ejen-ejen untuk dapatkan jadual bayaran bulanan tersebut.
Untuk tujuan artikel ini, saya ada dapatkan anggaran bayaran bulanan pembiayaan ASB terkini melalui carian di internet.
Untuk pembiayaan ASB daripada Maybank, ini yang saya dapat daripada laman web mereka:

Daripada jadual di atas, bayaran bulanan untuk jumlah pembiayaan RM 200,000 bagi tempoh 30 tahun adalah RM 927
Ini pula yang saya dapat daripada laman web LoanStreet:

Dapat dilihat tawaran daripada BSN adalah yang paling rendah, iaitu RM 893 bagi pembiayaan RM 200,000 tempoh 30 tahun.
Ini pula yang saya dapat daripada laman web Hong Leong Bank:

Untuk jumlah pembiayaan RM 200,000 selama tempoh 35 tahun dan kadar keuntungan efektif 3.60%, bayaran bulanan adalah RM 838
(Perhatian: Ini adalah hasil carian di internet sahaja, Untuk jumlah dan jadual bayaran pembiayaan ASB sebenar, sila dapatkan info daripada bank)
Senang cerita, semakin rendah kadar keuntungan bank, semakin rendah bayaran bulanan.
Semakin panjang tempoh pembiayaan, semakin rendah juga bayaran bulanan.
Pembiayaan ASB masih untung ke?
Jom kita buat kira-kira dengan bandingkan simpan secara biasa dan bayaran pembiayaan ASB.
Contoh: J buat pembiayaan ASB RM 200,000 dengan bayaran bulanan RM 850 selama tempoh 35 tahun. Setiap bulan, J bayar pembiayaan tersebut dengan duitnya dan mengekalkan dividen bonus ASB  yang diperoleh, tidak dikeluarkan. Dengan anggaran dividen bonus ASB adalah 5.5% setiap tahun, adakah pembiayaan ASB masih untung untuk J?
Jom kita kira berapa hasil akhir pembiayaan ASB RM 200,000 dengan bayaran RM 850 setiap bulan selama 35 tahun:

Berdasarkan kepada calculator yang ditunjukkan di atas, jika J kekalkan bayaran selama 35 tahun, pada akhir tempoh tersebut, J akan mendapat RM 1.3 juta
Jom kita lihat pula jika J buat simpanan sendiri RM 850 sebulan ke dalam ASB selama 35 tahun:

Berdasarkan kepada kiraan di atas, jika J tidak buat pembiayaan ASB, sebaliknya simpan sendiri di dalam ASB RM 850 sebulan, selepas tempoh 35 tahun beliau akan dapat RM 1.05 juta
Jadi, pembiayaan ASB ‘menang’ dengan beza RM RM 250,000
Bagaimana pula kalau J buat bayaran tahun pertama sahaja, kemudian bayaran tahun-tahun seterusnya menggunakan dividen bonus ASB yang diperoleh (rolling hasil dividen bonus)?
Jom kita buat kira-kira.
Bayaran bulanan selama 1 tahun: RM 850 x 12 bulan = RM 10,200 Dividen bonus ASB tahunan 5.5% x RM 200,000 = RM 11,000 Oleh kerana jumlah dividen bonus tahunan lebih tinggi daripada jumlah bayaran bulanan selama setahun, maka J tidak perlu keluarkan bayaran tambahan untuk menampung bayaran bulanan tersebut.
Dengan anggapan J keluarkan dividen bonus RM 11,000 setiap tahun daripada ASB beliau, maka pada akhir tempoh 35 tahun, J akan dapat RM 200,000 daripada pembiayaan ASB beliau.
Jika J tidak buat pembiayaan ASB tetapi menyimpan sahaja RM 850 sebulan selama 1 tahun ke dalam ASB, kemudian biarkan tanpa tambahan simpanan dan dividen ASB tidak dikeluarkan, maka selepas 35 tahun beliau akan dapat RM 66,441
Dalam erti kata lain, dengan modal RM 10,200, J akan dapat RM 200,000 selepas 35 tahun dengan pembiayaan ASB dan dapat RM 66,441 jika duit tersebut di simpan sendiri kemudian dibiarkan sahaja di dalam ASB.
Jadi, pembiayaan ASB ‘menang’ lagi.
Kesimpulannya, berdasarkan kedua-dua situasi di atas, pembiayaan ASB masih untung berbanding buat simpanan sendiri ke dalam ASB.
Tapi, bagaimana kalau J buat pembiayaan seperti di atas, tetapi surrender awal contohnya seperti selepas 5 tahun atau 6 tahun?
Jawapannya, ya pembiayaan ASB masih untung jika buat bayaran sendiri setiap bulan.
Jika buat bayaran dengan rolling hasil dividen bonus, masih untung jika dividen bonus melebihi jumlah bayaran tahunan.
Jika hasil dividen bonus kurang, kena buat kiraan semula.
Saya tak nak tunjukkan kira-kiranya, anda boleh cuba-cuba buat kiraan sendiri berdasarkan kiraan di atas dan juga bantuan financial calculator.
Cumanya, perlu tahu berapa jumlah terkumpul dalam ASB dan juga baki pembiayaan ASB semasa surrender tersebut.
Boleh juga belajar daripada artikel saya yang terdahulu: Masih Relevankah Teknik Financing ASB?
Bagaimana pula bagi yang dah ambil pembiayaan ASB dan masih bayar lagi bayaran bulanan? Pembiayaan ASB masih untung ke untuk mereka?
Untuk yang ini, saya sukar nak jawab secara umum.
Kena lihat case by case.
Sebab kena tahu berapa jumlah pembiayaan yang diambil, berapa jumlah bayaran bulanan, berapa tempoh pembiayaan, adakah bayar sendiri atau guna hasil dividen, berapa baki pembiayaan terkini dan beberapa perkara lain lagi.
Jadi, amat sukar nak jawab secara umum.
Walaubagaimanapun, menjadi tanggungjawab masing-masing untuk membuat kiraan sendiri sama ada pembiayaan diambil menguntungkan atau tidak.
Nasihat untuk mereka yang baru nak buat pembiayaan ASB
Nasihat #1 – Belajar cara pengiraan
Pembiayaan ASB adalah salah satu alat kewangan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat kewangan individu.
Sebagai seorang yang celik kewangan, perlu ada ilmu yang mencukupi sebelum menggunakan apa-apa alatan kewangan.
Jadi, untuk pembiayaan ASB, kenalah belajar dan fahamkan tentang cara pengiraan berkaitannya, seperti cara kira kadar keuntungan, bayaran bulanan dan nilai surrender.
Di samping itu, belajar juga cara kira dividen bonus ASB, pulangan pelaburan dan yang berkaitan.
Sebagai rujukan, boleh belajar daripada Combo ASB Genius.

Nasihat #2 – Ambil ikut kemampuan
Dinasihatkan supaya buat penilaian kewangan sendiri terlebih dahulu sebelum ambil pembiayaan ASB.
Pastikan anda mampu bayar sendiri bayaran bulanan pembiayaan tersebut setiap bulan.
Ini adalah cara yang lebih baik berbanding menggunakan hasil dividen bonus untuk menampung bayaran bulanan.
Perlu diingat, kadar keuntungan dikenakan bank boleh sentiasa berubah-ubah, maka bayaran bulanan juga akan berubah.
Kadar dividen bonus ASB juga sentiasa berubah, maka hasilnya juga tidak tetap.
Jadi, lebih selamat dan kurang berisiko jika menggunakan kaedah bayar sendiri berbanding rolling hasil dividen bonus.
Nasihat #3 – Buat perbandingan tawaran bank
Sebelum buat pembiayaan ASB, dapatkan info tawaran daripada bank-bank yang berbeza.
Nilaikan tawaran mereka dari segi kadar keuntungan, bayaran bulanan dan syarat-syarat lain.
Usah mudah cair dengan pujuk rayu ejen atau pegawai bank.
Pastikan kita buat penilaian yang adil, analisa yang mendalam dan keputusan yang bijak.
Nasihat #4 – Catat perjalanan pembiayaan ASB
Setiap bulan, setiap tahun, catatkan perjalanan pembiayaan ASB anda.
Simpan juga dokumen-dokumen yang berkaitan.
Ini akan memudahkan anda untuk membuat penilaian semula kelak.
Contohnya, pada asalnya anda buat pembiayaan ASB untuk 30 tahun, tetapi selepas 10 tahun nak berhenti kerana nak fokus kepada pelaburan lain.
Maka, pada waktu ini, semua catatan dan dokumen tadi amatlah berharga untuk anda membuat penilaian sama ada pembiayaan ASB yang dibuat selama ini berbaloi atau tidak.
Itu sahaja untuk kali ini.
Semoga bermanfaat.
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

The post Pembiayaan ASB Masih Untung Ke? appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/08/pembiayaan-asb-masih-untung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bill Gates Masih Ragu Ragu Pengambil Alihan Tiktok Oleh Microsoft Hendak Untung Mungkin Buntung

Bill Gates Masih Ragu Ragu Pengambil Alihan Tiktok Oleh Microsoft Hendak Untung Mungkin Buntung

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 288 hits
Microsoft telah pun menyatakan minat terhadap pengambil alihan operasi TikTok di beberapa buah negara dan ada yang mengatakan ia mungkin dibincangkan untuk pengambil alihan pada peringkat global Namun masih ramai pihak yang skeptik dan ragu...
Bersatu Masih Utuh Tidak Terkesan Cubaan Gugat Kestabilan Timbalan Presiden

Bersatu Masih Utuh Tidak Terkesan Cubaan Gugat Kestabilan Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 280 hits
401 total views 401 views today Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih utuh dan tidak terkesan dengan sebarang cubaan untuk menggugat kestabilannya kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Beliau berkata majoriti ahli Bersatu m...
Ibu Nikah Lagi Tapi Ayah Masih Simpan Foto Curhat Anak Viral Di Medsos

Ibu Nikah Lagi Tapi Ayah Masih Simpan Foto Curhat Anak Viral Di Medsos

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 470 hits
Curhatan seorang anak yang orang tuanya bercerai beredar di media sosial Sang anak bahkan tak menyangka jika setelah berpisah ayahnya masih menyimpan foto pernikahan dengan ibunya Kisah itu ia bagikan lewat akun TikTok nya thisdane dan kini...
Masih Terus Bertambah Kasus Positif Covid 19 Ibukota Menjadi 27 242 Orang

Masih Terus Bertambah Kasus Positif Covid 19 Ibukota Menjadi 27 242 Orang

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 320 hits
Penambahan kasus baru Covid 19 di Ibukota masih terjadi Tercatat pada hari ini penambahan terdapat 578 Kasus Positif di Ibukota Sehingga total kasus terkonfirmasi sampai hari ini sebanyak 27 242 kasus ujar Kepala Bidang Pencegahan dan Penge...
Harga Minyak Sekitar As 40 Masih Terlalu Rendah

Harga Minyak Sekitar As 40 Masih Terlalu Rendah

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 257 hits
Sebilangan besar ibu negara minyak mengalami situasi yang sukar dan musim panas ini dapat melihat masa depan mereka Sejujurnya OPEC menghidupkan semula minyak setelah turun secara bersejarah pada suku pertama tetapi harga sekitar AS 40 masi...
Pemerintah Pastikan Ketersediaan Tempat Tidur Rumah Sakit Masih Terkendali

Pemerintah Pastikan Ketersediaan Tempat Tidur Rumah Sakit Masih Terkendali

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 204 hits
Namun untuk mengantisipasi lonjakan kasus yang sangat tajam pemerintah menyediakan sejumlah rumah sakit alternatif
Facebook Lite Untuk Iphone Ditamatkan Versi Android Masih Ditawarkan Buat Masa Ini

Facebook Lite Untuk Iphone Ditamatkan Versi Android Masih Ditawarkan Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 202 hits
Facebook kini nampaknya telah menamatkan penawaran aplikasi Facebook Lite untuk iPhone Aplikasi berkenaan tidak lagi boleh dimuat turun daripada kedai aplikasi App Store oleh pengguna tempatan Facebook Lite menawarkan aplikasi yang lebih di...
Kita Masih Belum Menang Jangan Alpa

Kita Masih Belum Menang Jangan Alpa

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 361 hits
Assalamualaikum semua Ya kita masih belum menang sepenuhnya di dalam melawan pendemik Covid 19 ini Pada waktu yang sama kita bersabar untuk tempuhi semua ini di dalam norma yang baharu Kita kena disiplin kan diri bila berada di tempat awam ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih