Pembersih Trauma Selami Mesej Terakhir Si Mati Menangis Bersama Move To Heaven Di Netflix Kini
Netflix sekali lagi menyajikan drama penuh dengan emosi menerusi “Move To Heaven” yang sudah pun boleh diakses penonton sejak kelmarin di platform tersebut.
“Move To Heaven” membawa penonton menelusuri perjalanan hidup Geu-ru (Tang Jun-sang), seorang pekerja pembersihan trauma yang menghidap sindrom Asperger dan penjaganya, Sang-gu (Lee Je-hoon) sambil mereka menyelami kisah yang terselindung disebalik barangan tinggalan si mati.
KimchiDaily beruntung kerana dapat duduk untuk mendalami kisah menyentuh hati ini menerusi sebuah temubual eksklusif bersama Lee Je-hoon, Tang Jun-sang, Hong Seung-hee dan pengarah Kim Sung-ho.
Kisah yang unik
Pernah tak dengar mengenai pembersih trauma sebelum ini? Mereka bertugas membersihkan tempat tinggal si mati dan mengemas barangan milik mereka. Dengan mengumpulkan hak milik yang ditinggalkan, pembersih trauma menghantar mesej yang disimpan si mati kepada yang masih hidup. Kalau anda nak tahu, drama ini diinspirasikan daripada esei bukan fiksyen penulis Kim Sae-byul bertajuk “Things Left Behind” di mana ianya menjelaskan bagaimana servis pembersihan trauma membantu ramai mendapatkan pengakhiran kepada cerita mereka. Unik kan?
Menurut pengarah Kim Sung-ho,
Kalau sebelum ini semua orang sedia maklum dan mengambil tahu apabila terdapat kematian, namun tidak dalam dunia moden kini di mana lebih ramai yang pergi secara bersendirian. Disebabkan itu, drama ini akan mengupas cerita tersembunyi si mati yang dijumpai oleh pembersih trauma sekaligus memberikan harapan dan pujukan kepada semua yang tinggal dalam dunia moden kini.
Tang Jun-sang juga menangis membaca skrip
Tang Jun-sang mengakui bahawa dia juga tidak dapat mengawal emosi apabila mendalami skrip “Move To Heaven”.
Saya akan membaca skrip bagi menyediakan diri untuk penggambaran keesokan harinya, tetapi air mata saya terus mengalir. Walaupun saya sendiri menangis, namun bagi menjayakan watak Geu-ru, saya ‘kosongkan’ diri ketika penggambaran dan fokus kepada apa yang patut dilakukan oleh Geu-ru.
Buat Lee Je-hoon terfikir mengenai hidup dan mati
Bagi Lee Je-hoon, jarang baginya mendalami persoalan mengenai hidup dan mati namun “Move To Heaven” membuatkannya bermuhasabah diri mengenai cara dia mahu menjalani kehidupannya.
Saya tertanya-tanya, apabila saya tiada nanti, apakah perasaan orang lain mengenainya. Jadi saya banyak berfikir tentang perkara tersebut dan saya juga berharap agar mesej itu bakal dirasai oleh penonton.
Dihiasi dengan kameo hebat
Menurut Kim Sung-ho, dia bersyukur kerana dapat bekerja bersama ramai pelakon yang disukainya selepas membuat percubaan baru dengan mengarahkan drama buat pertama kalinya.
Dalam “Move To Heaven” nanti, anda akan dapat lihat kemunculan kameo terbaik antaranya daripada Ji Jin-hee (ayah kepada Geu-ru), Choi Soo-young (pekerja sosial yang bertemu dengan pembersih trauma itu), Lee Jae-wook (mempelajari seni mempertahankan daripada Sang-gu) serta Im Won-hee, Hong-seok PENTAGON, Jun Dong-hwan, Kevin Oh dan ramai lagi.
Mempunyai 10 episod sahaja, penonton bakal disajikan dengan pelbagai kisah berlainan pada setiap episod. Namun yang pastinya ia akan memberikan impak yang besar kepada semua dek pengajaran yang terselit di dalamnya.
Bukan sahaja dapat melihat lakonan hebat daripada Lee Je-hoon, malah penonton pasti akan bertepuk tangan melihat bakat yang ditonjolkan oleh pelakon baru iaitu Tang Jun-sang dan Hong Seung-hee.
Sebab itu, pastikan anda tidak terlepas untuk saksikan “Move To Heaven” kini di Netflix!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/pembersih-trauma-selami-mesej-terakhir-si-mati-menangis-bersama-move-to-heaven-di-netflix-kini/