Individu Dipenjara Kerana Menjual Akaun Curi Netflix Dan Spotify


Abam biasa juga gi usya Shopee dan buat carian akaun servis penstriman untuk melihat dan membuat tinjauan. Apa yang kelakar, ramai juga penjual yang memasarkan akaun murahan dengan kata kunci ‘lifetime‘.
Siapa bayor untuk engko lifetime tu? Perdana menteri Uruguay? Lebih tambah kelakar, tulis ‘lifetime’, tapi diberi ‘waranti’ sekiranya tidak dapat login, akan diganti dengan akaun baru.
Apa ni? Kalau dah namanya lifetime, atau bahasa Melayunya ‘seumur hidup’, kenapa tak dapat login pula nanti? Melainkan itu akaun;
Curi. Datang dari leaked database. Hacked. Harga yang ditetapkan pun biasanya murah sangat. Bawah RM10. Amboi amboi amboi. Tiada istilah seumur hidup ya untuk akaun penstriman. Bahkan iflix pun minta RM10 sebulan, inikan pula yang ada menyenaraikan filem-filem dari DC dan Marvel.
Itu belum lagi disebut ‘pakej’. Siap VPN pun diberi. Mana datangnya akaun VPN tu kalau bukan…?
Curi. Leaked database. Akaun sah yang menggunakan kod promo, akaun percubaan, atau akaun sendiri (ini sahaja yang OK). Paling, paling, paling tak tahan, jual modded apk, promosikan sebagai ‘lifetime account‘. Kreatif betul orang kita dalam cubaan menjual ni.
Kembali ke berita utama yang berkaitan dengan perkara ini, seorang lelaki yang menjalankan sebuah laman web, yang menempatkan segala jenis akaun penstriman curi, antaranya seperti Netflix, Spotify, Amazon Prime, HBO, Xbox Live, dan EA Origin telah dijatuhkan hukuman penjara selama 26 bulan di Australia.
(Fuhhh, seller Malaysia mesti lega serta-merta ni).
Lelaki berusia 23 tahun itu menjalankan WickedGen, HyperGen, Autoflix dan AccountBot. Menurut pihak polis, ia membolehkan pelanggan menghindari langkah perlindungan teknologi yang dilaksanakan oleh perkhidmatan rasmi.
Apa sebenarnya yang dibuat oleh individu tersebut? Beliau menjalankan laman web ‘Premium Account Generator‘, yang menjual akses ke akaun-akaun servis penstriman secara pukal pada harga yang murah.
Sebagai contoh, dengan hanya beberapa dolar setahun, laman web WickedGen menyediakan log masuk ke pelbagai platform seperti Netflix, Amazon, Hulu, HBO Now, Crunchyroll, DIRECTV/Now, CBS All Access, dan Funimation.
Anda mahu sukan? Pun ada juga, dari log masuk ke BT Sports, MLB.TV, NBA League Pass, NFL Game Pass, UFC Fight Pass, dan WWE Network. Anda mahukan servis penstriman untuk muzik? Ada Spotify, Deezer, TIDAL, dan sebagainya lagi.
Tetapi, jangan ingat pihak berkuasa hanya mendiamkan diri. Bermula dari tahun 2018, FBI menjalankan siasatan terhadap laman WickedGen dan pada bulan Mei tahun yang sama, mereka merujuk kes tersebut kepada pihak berkuasa Australia.
Siasatan jenayah siber dilancarkan oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) dan pada tahun 2019 seorang lelaki dari Sydney ditangkap kerana disyaki menjadi pengendali WickedGen dan tiga perkhidmatan lain yang serupa iaitu HyperGen, Autoflix dan AccountBot.
Bagaimana cara beliau melakukannya? Perincian akaun disahkan melalui proses pemadanan kelayakan (credential stuffing), yang membolehkan senarai nama pengguna, alamat e-mel dan kata laluan yang sebelumnya dicuri atau dibocorkan untuk digunakan semula dan dijual pula kepada orang lain yang ingin menikmati akses tanpa kebenaran pemilik akaun.
Masyuk ke tidak bisnes ni? Masyuk la tuan-tuan. Beliau berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 152,863 pengguna berdaftar dan memberikan sekurang-kurangnya 85,925 langganan untuk mengakses perkhidmatan penstriman yang sah secara haram.
Polis mengatakan bahawa lelaki Sydney yang kini berusia 23 tahun itu telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 26 bulan Jumaat lalu, dan dijatuhkan melalui Perintah Pembetulan Intensif (ICO).
ICO adalah hukuman mahkamah yang dijatuhkan di luar penjara di bawah pengawasan ketat dan merupakan hukuman paling serius yang boleh dijatuhkan kepada pesalah. Lelaki itu juga diperintahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam.
The post Individu Dipenjara Kerana Menjual Akaun Curi Netflix Dan Spotify appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/individu-dipenjara-kerana-menjual-akaun-curi-netflix-dan-spotify/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Akaun Netflix Murah Ini Cara Yang Kalis Ban

Nak Akaun Netflix Murah Ini Cara Yang Kalis Ban

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 405 hits
Mencari akaun Netflix murah tanpa kena sekat atau banned lagi Senang sahaja geng Saya ada cara yang SAH di sisi undang undang untuk anda menikmati dan layan segala drama series movie di Netflix Jangan risau harga nya confirm murah lah berba...
Roslan Sms Diserang Hingga Tutup Akaun Twitter

Roslan Sms Diserang Hingga Tutup Akaun Twitter

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 349 hits
MALAYSIA DATELINESetiausaha Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir diserang melalui Twitter malam tadi sehingga terpaksa menutup akaunnya RoslanSms Beliau diserang oleh pengguna Twitter yang menamakan dirinya Zack Rocktar berdasarkan akaun ...
Permit Rentas Negeri Di Ubah Polis Bentong Cari Pemilik Akaun Fb Duaempat Lapansatu

Permit Rentas Negeri Di Ubah Polis Bentong Cari Pemilik Akaun Fb Duaempat Lapansatu

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 330 hits
BENTONG Polis Daerah Bentong meminta pemilik akaun Facebook atas nama DuaEmpat LapanSatu tampil untuk membantu siasatan berhubung dakwaan permit rentas negeri yang diluluskan selama tujuh hari dipotong menjadi sehari ketika melalui sekatan ...
Semakan Gkp Tambahan Permai Kemaskini Akaun Gagal Kredit

Semakan Gkp Tambahan Permai Kemaskini Akaun Gagal Kredit

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 384 hits
Semakan GKP Tambahan PERMAI Perhatian buat mereka yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan PERMAI anda dinasihati untuk membuat semakan status pembayaran anda Dikhuatiri permohonan GKP tambahan PERMAI anda diluluskan tetapi berstatus ...
Buang Foto Daripada Akaun Blogger

Buang Foto Daripada Akaun Blogger

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 282 hits
Uruskan gambar Blogger melalui Google Album ArchivePada zaman sekarang sudah tiada Picasa Web Album kerana ia telah ditelan oleh Google Photos jadi kita sudah tidak boleh Namun kita masih boleh uruskan gambar dalam Blogger menggunakan Googl...
Kamarul Senarai Tiga Pemimpin Ph Negeri 12 Pemilik Akaun Fb Sebar Wayang Opera Cina Dap

Kamarul Senarai Tiga Pemimpin Ph Negeri 12 Pemilik Akaun Fb Sebar Wayang Opera Cina Dap

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 207 hits
FAZLI RADZIPensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff akan membuat laporan polis secepat mungkin berhubung penyebaran hantaran di Facebook bertajuk Wayang opera Cina DAP sekali lagi Kolumnis bagi lidah rasmi Pas Harakahdail...
Guna Akaun Bank Sendiri Untuk Kutipan Derma Amal Aznil Nawawi Tampil Beri Penjelasan

Guna Akaun Bank Sendiri Untuk Kutipan Derma Amal Aznil Nawawi Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 232 hits
Niat baik disalah erti personaliti TV Aznil Haji Nawawi tampil memberikan penjelasan mengenai pertanyaan netizen mempersoalkan mengenai ketelusan tabung amal yang dilancarkan Aznil di mana segala sumbangan akan terus ke akaun bank pengacara...
Pengguna Dakwa Akaun Facebook Like Page Jerusalem Prayer Team Tanpa Kebenaran

Pengguna Dakwa Akaun Facebook Like Page Jerusalem Prayer Team Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 330 hits
Sekitar jam 8 malam tadi pengguna Facebook di Malaysia menjadi kecoh kerana terdapat dakwaan pihak Facebook telah secara rawak mensasarkan akaun pengguna untuk like Page tanpa kebenaran pengguna Page berkenaan dikatakan telah mengumpul sehi...
Akaun Facebook Nadir Al Nuri Rakyat Malaysia Di Gaza Disekat

Akaun Facebook Nadir Al Nuri Rakyat Malaysia Di Gaza Disekat

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 297 hits
NADIR Al Nuri dalam satu sesi secara langsung mengenai perkembangan terkini di Semenanjung Gaza Palestin di media sosial FOTO media sosial Kuala Lumpur Akaun Facebook milik rakyat Malaysia tunggal di Semenanjung Gaza Muhammad Nadir Al Nuri ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon