
"Pemberian insentif ini dibuat secara automatik mengambil kira data kelahiran yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan negeri kerana kita mahu permudahkan birokrasi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Anak Kebanggaan Pahang di Taman Bandar di Kuantan hari ini.
Menurut Wan Rosdy pemberian insentif itu melibatkan semua bayi yang dilahirkan di Pahang tanpa mengambil kira negeri asal ibu bapa bayi berkenaan.
Insentif tersebut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2022 pada Disember lepas dan kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta bagi manfaat 25,000 bayi.
Ia melibatkan bayaran RM100 dalam bentuk wang simpanan manakala RM100 berupa barangan keperluan bayi dan ibu.
Program penanaman pokok itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang yang menyediakan anak pokok dan kawasan tanaman manakala Bank Rakyat menyumbang RM250,000 bagi pembelian anak pokok. #sumber|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |