Pembela Bidas Pas Umno Tak Berfungsi Duduk Dalam Kerajaan


 
March 12, 2021 Sepatutnya Umno dan PAS tidak perlu membuat rayuan atau gesaan kepada kerajaan agar penghakiman penggunaan kalimah Allah ke Mahkamah Rayuan, kata Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).
Hal itu kerana, kata Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, berkata kedua-dua parti terbabit menyertai kerajaan Perikatan Nasional, justeru apa yang perlu dilakukan ialah bertindak segera.
“Mereka (PAS dan Umno) sebahagian daripada kerajaan, jadi sepatutnya mereka terus ambil tindakan, tak payah nak suruh-suruh lagi.
“Menteri agama orang dia (kerajaan) dan banyak menteri-menteri (lain juga wakil PAS dan Umno). Jadi mereka sepatutnya dengan segera (mengambil tindakan), tak perlu merayu-rayu lagi,” katanya.
Menurut Aminuddin pihak yang sepatutnya membuat rayuan ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pembela sebaliknya Umno dan PAS patut mengambil tindakan secepat mungkin.
Aminuddin berkata dalam sidang media Pembela bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Masing hari ini membidas pemimpin Umno dan PAS kerana menggesa kerajaan merayu keputusan mahkamah semalam. Menurut Masing ahli politik kedua parti itu tidak patut mencampuri urusan kehakiman negara.
Dia juga menganggap tuntutan Umno dan PAS itu sebagai tidak masuk akal.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah “Allah” kepada masyarakat bukan Islam pada 1986.
Desak bentuk jawatankuasa
Justeru, mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian etnik Melanau berhak menggunakan kalimah “Allah” untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.
Hakim Nor Bee Ariffin membenarkan tindakan undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini menyatakan kerajaan akan menentukan tindakan selanjutnya selepas menerima penghakiman bertulis berhubung isu berkenaan.
Ekoran keputusan mahkamah semalam Aminuddin berkata Pembela menuntut empat perkara kepada kerajaan.
Pertama katanya Pembela mendesak pihak berkuasa, khususnya majlis agama Islam negeri dan KDN merayu keputusan tersebut ke peringkat lebih tinggi dengan kadar segera.
 
“Kedua, mendesak menteri agama (Zulkifli Mohamad), menteri undang-undang (Takiyuddin Hassan), menteri dalam negeri (Hamzah Zainudin) dan menteri perpaduan negara (Halimah Mohamed Sadique) segera membentuk jawatankuasa khas menangani isu itu serta isu-isu lain yang dianggap cuba untuk merendah-rendahkan Islam.
“Ketiga, Pembela menyarankan setiap organisasi dan persatuan Islam mengambil serius perihal isu ini kerana ia membawa implikasi besar kepada umat Islam dalam negara.
“Dan seterusnya memohon perkenan Raja-raja Melayu selaku ketua Islam bagi negeri masing-masing mengambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan supaya Islam tak terus dihina dan dipermainkan,” katanya.
Selain itu, Aminuddin juga berkata Pembela juga akan menganjurkan pertemuan tergempar dengan NGO bagi membincangkan isu kalimah Allah pada Ahad ini.
Justeru Aminuddin berharap semua NGO Islam yang prihatin dapat bersama Pembela menyatakan rasa prihatin mereka.
“Kita juga berharap dari situ kita akan menyusun strategi mengikut lunas-lunas undang-undang dan perlembagan bagi memastikan tidak ada lagi cabaran-cabaran menghakis keabsahan Islam dapat dilakukan,” katanya. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/pembela-bidas-pas-umno-tak-berfungsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalimahallah Umno Pas Gesa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah

Kalimahallah Umno Pas Gesa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 379 hits
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional yang berlangsung malam tadi menggesa kerajaan membawa keputusan penghakiman berhubung isu penggunaan kalimah Islam ke Mahkamah Rayuan Menerusi kenyataan dikeluarkan MN gabungan itu menyatak...
Apa Standard Pas Sampai Umno Nak Kena Pujuk

Apa Standard Pas Sampai Umno Nak Kena Pujuk

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 418 hits
Kerjasama dengan PAS Hadi apa ada kelas PAS Hadi kuat setakat Kelantan saja Negeri2 lain PAS sendiri pon tak lepas PAS menang di terengganu kerana nasib ketika rakyat tolak Umno seketika Tahun 1999 PAS pernah jadi MB Terengganu sepenggal ke...
Setahun Terajui Kerajaan Pusat Pas Pinggirkan Kelantan

Setahun Terajui Kerajaan Pusat Pas Pinggirkan Kelantan

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 259 hits
Kerajaan Pas telah tiga dekad mentadbir negeri Kelantan sejak 1990an Sebelum ini rakyat dimaklumkan kerajaan pusat menyekat peruntukan pembangunan di negeri itu yang menyebabkan pembangunan terbantut Mangsa utama tentulah industri perbekala...
Umno Pas Akan Guna Isu Kalimah Allah Raih Populariti Pru15 Kata Baru Bian

Umno Pas Akan Guna Isu Kalimah Allah Raih Populariti Pru15 Kata Baru Bian

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 482 hits
Umno PAS akan guna isu kalimah Allah raih populariti PRU15 kata Baru Bian Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada
Umno Tidak Boleh Halang Pas Bantu Bersatu

Umno Tidak Boleh Halang Pas Bantu Bersatu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 425 hits
ARAU UMNO mesti menyatakan pendirian sejelas jelasnya sama ada ingin bekerjasama dengan Pas yang sememangnya perlu dibawa bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau bergerak sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Sebagai sebuah parti berpe...
Pas Kekal Bersama Umno Ppbm Selepas Zahid Kirim Surat Putus Hubungan Kepada Muhyiddin

Pas Kekal Bersama Umno Ppbm Selepas Zahid Kirim Surat Putus Hubungan Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 515 hits
Adam Abu BakarPETALING JAYA PAS kekal dengan pendirian untuk memperkukuh Muafakat Nasional dan memperkasa Perikatan Nasional selepas Umno menerusi presidennya Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam P...
Umno Tangguhkan Dahulu Isu Mungkin Wujud Pertembungan Kerusi Dengan Ppbm Demi Pas

Umno Tangguhkan Dahulu Isu Mungkin Wujud Pertembungan Kerusi Dengan Ppbm Demi Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 598 hits
KUALA LUMPUR Isu kemungkinan wujud pertembungan kerusi antara UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 tidak menjadi keutamaan pada masa ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan sebaliknya isu pertembungan...
Sebelum Lebih Ramai Diumpan Seperti Shahidan Umno Mesti Keluar Kerajaan Serta Merta

Sebelum Lebih Ramai Diumpan Seperti Shahidan Umno Mesti Keluar Kerajaan Serta Merta

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 332 hits
Hanya beberapa hari selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis merangkap Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mengumumkan tindakannya menolak keputusan MT UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu sebaliknya akan terus bekerjasama ...
Hanya Orang Sabah Yang Boleh Pimpin Sabah Bukan Orang Luar Johari Ghani

Gila Mangsa Kemalangan Dibiar Meninggal Dunia Penduduk Sibuk Kebas Diesel

Pistols Of Legacy A Farewell Gift From Napoleon To His Son

Dari Tak Dikenali Hingga Jadi Fenomena Di Thailand Ini Kisah Pasukan Bola Monthongwitaya

Ronda Ronda Ferringhi Bay

Menteri Agama Sedang Teliti Ambil Tindakan Kepada Artis Islam Berpakaian Seksi

Jepun Menjadi Tuan Rumah Deaflympics Buat Pertama Kali Di Tokyo

The Lantis Bila Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup Dan Sedap Dimakan Begitu Saja

Pembayang Untuk Meneka Bilangan Telur Ayam Penelur Di Usia Muda

Monolog Jiwa Siapa Yang Datang Ketika Rumah Terbakar

Hiburan Suami Kutuk Badan Isteri Busuk Sebab Jaga Mak Mentua Terlantar Bila Nak Baring Sebelah Dia Rasa Nak Termuntah

Jom Nyicah Mangga Muda Dan Kundang Muda Jom

Hari Ke 2 Kempen Sabah