Pembatalan Kejohanan Renang Para Tidak Jejas Sukan Negara


PUTRAJAYA: Pembatalan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) ke atas hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 tidak menjejaskan pembangunan sukan di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kementerian berdiri teguh dengan pendirian kerajaan dan pembatalan itu tidak memberi sebarang impak dan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan kemasukan atlet Israel ke negara ini.
Menurutnya, pembangunan sukan di negara ini diyakini akan terus berjalan lancar kerana pendirian Malaysia itu sudah disuarakan sejak sekian lama dan sebelum ini, Malaysia juga pernah menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa.
“Kementerian tetap mengambil pendirian tegas dalam isu ini sebagai membantah pendudukan dan penindasan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin,” katanya pada sidang media sempena penganjuran Festival Belia Bando Muo (Festival Bandar Muar) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Program Festival Bando Muo, Ely Samsudin dan Pengurus Pertandingan Egames,Hazman Hassan.
Festival diadakan di Muar, Johor itu dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kelab Belia Inovatif Maharani (KBIM) akan berlangsung pada 31 Januari hingga 3 Februari bertujuan memperkasa komuniti belia di samping mengangkat industri kreatif dan inovatif dalam kalangan mereka.
Sabtu lalu, pada mesyuarat IPC di London, Presidennya, Andrew Parsons membuat kenyataan membatalkan kejohanan itu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang para Israel untuk menyertai kejohanan itu, bebas daripada diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.
Sebelum ini, isu larangan penyertaan atlet Israel itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan, maka ia adalah satu kesalahan.
Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak dijangka berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan dan kejohanan itu penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Syed Saddiq mendedahkan, pada September 2017, kerajaan dan penganjur terdahulu pernah mengadakan persetujuan dengan IPC untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia dengan mendapat jaminan bahawa semua atlet dan negara yang layak dibenarkan menyertai acara itu dengan jaminan keselamatan mereka.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpendirian perjanjian itu adalah tidak sah dan terbatal kerana ia diadakan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), berbeza dengan pendirian kerajaan ketika ini di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir bahawa tiada sebarang kemasukan atlet dari Israel,” katanya.
The post Pembatalan Kejohanan Renang Para Tidak Jejas Sukan Negara appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/pembatalan-kejohanan-renang-para-tidak-jejas-sukan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
M Sia Hilang Kelayakan Anjur Kejohanan Renang Para

M Sia Hilang Kelayakan Anjur Kejohanan Renang Para

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 298 hits
MALAYSIAKINI Malaysia hilang kelayakan untuk menganjurkan Kejohanan Renang Dunia Para 2019 susulan kerajaan melarang atlet Israel daripada bertanding Keputusan itu dibuat lembaga pengurusan Jawatankuasa Para Antarabangsa yang bermesyuarat d...
Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Ditarik Balik

Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 312 hits
LONDON Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan Keputusan tersebut diputuskan oleh ahl...
Don T Play Play With Malaysia Onion Army Batal Hak Penganjuran Kejohanan Renang Antarabangsa Netizen Serang Fb Ipc

Don T Play Play With Malaysia Onion Army Batal Hak Penganjuran Kejohanan Renang Antarabangsa Netizen Serang Fb Ipc

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 785 hits
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat di Lon...
Sukan Renang Paralimpik Dia Nak Batal Batallah Dr M

Sukan Renang Paralimpik Dia Nak Batal Batallah Dr M

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 288 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Dia...
Susulan Malaysia Dibatalkan Hak Penganjuran Untuk Sukan Renang Ini Jawapan Padu Dari Syed Saddiq

Susulan Malaysia Dibatalkan Hak Penganjuran Untuk Sukan Renang Ini Jawapan Padu Dari Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 312 hits
Malaysia tidak akan berganjak dengan keputusannya menghalang kemasukan atlet Israsel demi nasib Palestin kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ini katanya walaupun negara terpaksa melepaskan peluang penganjuran sukan an...
Lantikan Kuan Yau Bakal Jejas Kepentingan Negara

Lantikan Kuan Yau Bakal Jejas Kepentingan Negara

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 290 hits
Posisi penting bekas ketua DAP dalam MCBC membimbangkan 01 02 2019Oleh Ainul Illia Meor SuzurudinBANGI 26 Jamadilawal 1440H Jumaat Lantikan bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan Hew Kuan Yau yang rendah tahap patriotiknya sebagai Ketua Pegaw...
Pembatalan Ecrl Tak Jejas Hubungan Malaysia China Kata Menteri

Pembatalan Ecrl Tak Jejas Hubungan Malaysia China Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 368 hits
Pembatalan ECRL tak jejas hubungan Malaysia China kata menteri Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Ja
Media Prima Digital Umum Xpax Kejohanan E Sukan Kampus 2019

Media Prima Digital Umum Xpax Kejohanan E Sukan Kampus 2019

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 320 hits
Pertandingan e sukan semakin disambut baik oleh penggemar sukan berasaskan permainan video itu Apa yang penting ianya dapat membuka mata orang ramai selain memberi banyak pengetahuan kepada komuniti e sukan tempatan yang sedang berkembang p...
13 Foto Keindahan Negara Lebanon Yang Mengagumkan Nggak Nyangka Timur Tengah Sehijau Ini

13 Foto Keindahan Negara Lebanon Yang Mengagumkan Nggak Nyangka Timur Tengah Sehijau Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 304 hits
Dulunya identik dengan konflik dan pertumpahan darah ternyata Lebanon punya keindahan alam yang luar biasa Banyak air terjun hutan pantai dan destinasi instagramable
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance