Pembangunan Tamadun Manusia Tak Bergantung Pada Sains Teknologi Semata


Tun M dangkal dakwa pelajar Melayu terpinggirkerana pendidikan Islam
BANGI – Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menyelar dakwaan dangkal Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pendidikan Islam di sekolah.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, tumpuan keterlaluan terhadap Islam di sekolah menyebabkan pelajar Melayu terpinggir daripada pendidikan yang diperlukan mereka untuk berjaya dalam hidup.

Dakwanya, pada masa ini, tumpuan tidak diberikan kepada sains dan teknologi, sebaliknya pengajaran agama dititikberatkan secara keterlaluan ‘seolah-olah setiap murid akan menjadi ulama’.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut mendakwa fokus keterlaluan kepada Islam dalam kurikulum pendidikan bukan dicetuskan oleh perubahan dasar, sebaliknya ia agenda ‘menteri tertentu dan pegawai awam’ dalam menyebarkan Islam.

“Mereka ini mempunyai tafsiran sendiri mengenai apa yang diperlukan di sekolah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai Islam,” katanya dalam laporan eksklusif yang disiarkan Free Malaysia Today (FMT), hari ini.

Tambahnya lagi, penggubal dasar bertindak sedemikian untuk meraih sokongan kaum Melayu demi kelangsungan politik, sekali gus mengetepikan keperluan pelajar menimba pengetahuan akademik untuk berjaya dalam pasaran kerja yang sentiasa berubah.

Menyelar dakwaan itu, Aminuddin menegaskan, bahawa pendidikan atau ilmu bukanlah untuk mendapatkan pekerjaan semata-mata.

Tegasnya, banyak lagi kegunaan ilmu, terutamanya dalam membentuk keperibadian dan personaliti.

“Inilah masalah yang perlu kita tambah baik, pendidikan dan ilmu seharusnya ke arah perbentukan holistik; segenap aspek. Itulah asas kepada pembinaan sebuah tamadun dan peradaban yang hebat.

“Kejayaan pembangunan tamadun manusia tidak hanya bergantung pada sains dan teknologi semata-mata tetapi sejauh manakah manusia boleh membawa kemajuan itu ke arah kesejahteraan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengambil contoh keadaan di Barat yang mana maju dari segi sains dan teknologi tetapi pada masa sama hancur nilai kemanusiaan dan akhirnya gagal mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan.

“Jika menggunakan logik yang sama yang digunakan oleh Tun, maka banyaklah perkara yang tidak boleh dibuat di sekolah. Jangan ada sukan, jangan ada badan beruniform,
jangan ada ini dan itu, kerana ianya tidak boleh digunakan untuk dapat kerja jurutera, doktor dan sebagainya,” katanya sinis.

Dalam pada itu, Haji Aminuddin berpendapat bahawa pendidikan Islam di sekolah ketika ini berada pada tahap memadai sahaja.

“Bayangkan, dengan pendidikan Islam yang ada di sekolah seperti sekarang ini pun ramai yang masih tidak benar-benar memahami agamanya, apatah lagi jika tiada langsung. Janganlah hapus atau dikurangkan pula.

“Isu sosial dalam kalangan remaja dan gejala rasuah kolar putih terutamanya yang beragama Islam yang berlaku pada hari ini berpunca dari kegagalan menghayati nilai Islam walaupun mereka berjaya dalam kerjaya.

“Punyalah ramai teknokrat muslim yang warak di Malaysia ini, dan mereka itulah model seorang individu muslim kita. Bukannya berjaya dalam kerjaya tapi rasuah. Atau berjaya dalam kerjaya tetapi rosak akhlak dan pedoman agama,” katanya. - ismaweb.net

PAUTAN BERKAITAN
https://www.facebook.com/450309788374603/posts/5062484527157083/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/pembangunan-tamadun-manusia-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sains Dan Matematik

Sains Dan Matematik

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 179 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Semasa saya memegang jawatan Menteri Pendidikan sementara saya telah kemukakan cadangan lama saya iaitu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris 2 Saya berpendapat bahawa ilmu sains dan hisab amat p...
Cikgu Hailmi Kongsi Tips Menjawab Sains Spm Di Breakout Didiktv Ntv7

Cikgu Hailmi Kongsi Tips Menjawab Sains Spm Di Breakout Didiktv Ntv7

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 421 hits
BREAKOUT DIDIK TV KAT NTV7Sempat tengok tak tapi abam share beberapa tips untuk Menjawab Sains Kertas 1 kat segmen Break Out di NTV7 Jangan risau Kalau tak sempat boleh ke link berikut untuk tonton semula ya SAINS KERTAS 1Part 1 Part 2 Part...
Day 3 Sains Tidak Pernah Menipu

Day 3 Sains Tidak Pernah Menipu

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum dan hello Entry ni sama kes dia macam Day 2 punya entry terlepas waktu nak publish and baru sempat karang harini hahaha Tapi tak apa kita tak teruskan Pagi pagi lagi 1 rumah dah gelabah Mana taknya bangun bangun tinggal 5 mi...
Lima Calon Spm Maktab Rendah Sains Mara Bentong Di Dapati Positif Covid 19

Lima Calon Spm Maktab Rendah Sains Mara Bentong Di Dapati Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 275 hits
BENTONG Kurang beberapa minggu sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dijalankan lima orang pelajar tingkatan di Maktab Rendah Sains Mara Bentong didapati positif Covid 19 selepas ujian saringan dilakukan minggu lepas Satu sumber mend...
Ditindih Semasa Tidur Kenapa Penjelasan Dari Sudut Sains

Ditindih Semasa Tidur Kenapa Penjelasan Dari Sudut Sains

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 232 hits
Hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan Ianya biasa berlaku dalam masa...
Khairy Yakin Dengan Sains Vaksin Tiada Mikrocip Atau Agenda Iluminati

Khairy Yakin Dengan Sains Vaksin Tiada Mikrocip Atau Agenda Iluminati

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 182 hits
Khairy Jamaluddin kini menegaskan yang mana vaksin yang diperolehi Malaysia adalah selamat dan juga berkesan Pada masa yang sama beliau turut menekankan supaya orang ramai yakin dengan sains dan bukannya teori konspirasi yang tular di Whats...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co