Baik Atau Buruk Pensyarah Bercinta Dengan Pelajar





MENARA gading, satu-satunya lokasi pelbagai fungsi. Tempat menuntut ilmu, percambahan idea, perubahan kematangan diri, karakter dan ada juga yang bertemu jodoh.
Tidak menjadi isu serius jika ia melibatkan kalangan penuntut sesama mereka, namun agak luar biasa apabila ada yang mula menyimpan angan-angan untuk menjadi teman setia kepada pensyarah, tidak kira pensyarah wanita mahupun lelaki.
Jika meletakkan ia adalah ketentuan ALLAH, maka kita akur, tetapi bukankah bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi?

Elok juga memandang positif hal ini sebagai panduan pada masa hadapan. Beberapa pandangan bernas daripada pensyarah kanan berpengalaman kami tampilkan untuk mengisi kupasan Isu Kampus minggu ini. Pandangan berbeza juga dilahirkan daripada kaca mata siswa-siswi melalui pengalaman rakan-rakan yang menaruh minat kepada pensyarah mereka.

Ikuti kupasan lanjut daripada Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim, Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Areej Torla, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak, Che Manisah Che  Mohd Yusof, penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia, Bukit Besi, Terengganu, Nor Aqilah Muhamad Nasir dan Muhammad Iman Firdaus Rosly, serta penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Mohamad Yusri A.Rahman.

Perlu sedar tanggungjawab masing-masing

Senario ini memang wujud di persekitaran kampus sejak dahulu lagi tetapi dalam jumlah amat sedikit. Pengalaman saya bekerja dengan majikan lama dahulu hampir 10 tahun, memang ada penuntut yang masih belajar dan baru habis belajar berkahwin dengan pensyarah.

Ada juga baru tamat pengajian berkahwin dengan kakitangan selain pensyarah. Dalam erti kata lain, perkara ini memang wujud cuma dalam jumlah amat sedikit dan terpencil.

Jika diperhalusi faktor terdekat perkara ini berlaku adalah kerana kekerapan bertemu antara penuntut dan pensyarah, sama ada dalam dewan kuliah, bilik tutorial, perbincangan dalam kumpulan atau kerja individu.

Kekerapan bertemu ini akan mendedahkan mereka kepada bibit-bibit kasih sayang kerana masa yang panjang akan menyebabkan masing-masing mula rasa serasi, rapat, dan mesra.

Ini kerana setiap manusia yang diciptakan ALLAH SWT mempunyai nafsu untuk berpasang-pasangan dan berkahwin. Maka, ruang dan peluang yang wujud di kampus ini akan digunakan oleh mereka yang meletakkan kampus sebagai satu alternatif mencari pasangan hidup.

Semaian kasih sayang antara pensyarah dengan penuntut boleh berlaku dalam situasi penuntut itu mengikuti mata pelajaran yang diajar pensyarah terbabit dan juga boleh berlaku dalam situasi penuntut tersebut tidak pernah mengikuti mata pelajaran yang diajar pensyarah terbabit.

Kebiasaannya pihak universiti tidak menggalakkan pensyarah mengahwini penuntut semasa masih dalam pengajian. Ini kerana tugas penuntut ialah menimba ilmu sehingga berjaya, manakala pensyarah adalah pembimbing agar apa yang disampaikan mampu memberi manfaat dan nilai tambah kepada penuntut.

Selain itu perkara yang paling dibimbangi pihak universiti ialah berlaku kebocoran soalan, skema jawapan, pilih kasih memberi markah, tidak telus menilai markah dan sebagainya kepada pasangan. Jika ini berlaku, ia adalah kesalahan serius dalam dunia akademik.

Selain itu pihak universiti juga bimbang tentang keupayaan seseorang penuntut yang berkahwin dan mempunyai banyak komitmen, di samping belajar dalam keadaan berhutang, mampukah mereka habiskan pengajian? Jika mampu menghabiskan pengajian sekali pun, berapakah nilai PNGK yang diperoleh dan apakah kelas ijazah yang bakal diperoleh nanti sama ada kelas satu kepujian, kelas dua tinggi, kelas dua bawah atau kelas tiga?

Sekiranya wujud situasi pensyarah bertemu jodoh dengan penuntut yang mengambil subjek yang diajar oleh beliau, maka ketelusan sebagai seorang ahli akademik dalam menilai markah perlu diperjuangkan dan diberi keutamaan tanpa  prejudis dan memilih kasih, sekali pun pasangan pensyarah itu memperoleh markah yang kurang baik.

Sebaliknya jika wujud situasi pensyarah bertemu jodoh dengan penuntut yang bukan mengambil subjek yang diajar, tatasusila sebagai seorang ahli akademik masih perlu dijaga, di samping adab-adab sebagai seorang Islam.

Malah, jika jodoh perkahwinan semasa di kampus tidak dibajai dengan nilai-nilai Islam, dikhuatiri mewujudkan dosa, fitnah dan sebagainya. Penuntut pula berkemungkinan tidak menjaga adab dan tatasusila, timbul masalah bebas ponteng kelas, mendapat markah yang tinggi walaupun kerja tidak disiapkan, berbangga dan riak dengan rakan kuliah kerana pasangan seorang pensyarah.

Pensyarah pula berkemungkinan lebih memberi tumpuan kepada pasangannya dalam kelas sehingga mengabaikan penuntut lain, pembahagian markah tinggi kepada pasangannya tanpa justifikasi yang logik dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun kita harus membuang mentaliti bahawa perkahwinan merupakan satu halangan dalam pelajaran, sebaliknya jadikan ia sebagai satu proses mematangkan seseorang penuntut terhadap tanggungjawab, di samping menganggap jodoh di kampus merupakan pemangkin mencipta pahala berganda untuk ke syurga.
- Dr. Mohd Faisol Ibrahim - Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia


Jika boleh elakkan

Saya tidak pernah menyimpan perasaan dengan mana-mana pensyarah mahupun mereka yang bergelar guru. Bagi saya golongan ini sangat dihormati dan tidak layak untuk menyimpan perasaan apatah lagi berkeinginan untuk mengahwini individu yang bergelar sifu.

Cuma suka saya kongsikan pengalaman rakan satu kampus yang begitu menaruh minat pada pensyarah kami. Tidak dinafikan personaliti pensyarah itu begitu cantik, cukup sempurna untuk kami anggap sebagai ratu di kampus.

Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja kata-kata pujian yang diberikan, malah apa sahaja topik tentang kecantikan pasti nama pensyarah terbabit dikait bersama.

Pada mulanya, kelakuan dia yang suka memuji itu tidak disedari, tetapi agak keterlaluan bila dia menghantar surat sebagai secret admire dan memuji pensyarah terbabit sehingga menimbulkan rasa kurang senang oleh pensyarah tersebut.

Sebagai kawan, saya cuba nasihat agar dia lebih realistik, sedar akan kedudukan, jarak umur, dan fokus utama adalah menuntut ilmu. Tindakan sebegitu juga akan menjatuhkan maruah sendiri, juga nama baik keluarga kerana pensyarah berkenaan sudah berkahwin.

Bagi saya, bercinta dengan pensyarah jika boleh elakkanlah. Kita harus sedar minat dengan ilmu yang mereka ajar lebih bermanfaat daripada menaruh hati kepadanya.

Namun jika kedua-duanya masih solo dan keadaan mengizinkan, tidak menjadi masalah, tetapi perlu mendapat restu keluarga dan disenangi ramai.

- YUSRI ABD RAHMAN - Penuntut Polimas
Kawal diri pujuk emosi

Keakraban antara penuntut dan pensyarah mesti ada batasnya. Mereka perlu jaga tingkah laku agar mengekalkan budaya hormat kepada guru, golongan yang mengajar dan memberi ilmu kepada mereka.

Saya tidak pernah berdepan dengan situasi rakan-rakan bercinta mahupun berkahwin dengan pensyarah. Pendirian saya, mereka wajib sedar sebelum lebih parah kerana perkara ini melibatkan perasaan.

Ia dikhuatiri menjurus kepada dendam dan kecewa jika cinta tidak berbalas. Ia juga akan mendatangkan kesan buruk, seperti gagal dalam peperiksaan dan malas belajar kerana mungkin harapan sudah musnah.

Tidak salah mempunyai secret admire, kerana minat mungkin kita akan rasa lebih bermotivasi untuk sama-sama mengejar kejayaan seperti pensyarah, terutama dalam bidang yang diajar.

Namun tidak sesuai menaruh perasaan jika sedar pensyarah terbabit sudah punya keluarga. Konflik lebih besar pasti berlaku, sedangkan sebagai mahasiswa kita tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Perbuatan seperti mengajak pensyarah bertemu empat mata juga harus dielakkan. Bawalah kawan untuk elak fitnah, jangan terlalu pentingkan diri sendiri untuk mencipta laluan mudah kepada fitnah walaupun mengadakan perbincangan di tempat terbuka.

Saya tidak meletakkan kesalahan sekiranya pensyarah berhias ketika mengajar. Itu satu keperluan bukan sahaja untuk tampil menarik di hadapan anak didiknya, tetapi juga khalayak.  Malah, sesuai dengan tugas mereka yang mendidik agar sentiasa menjaga keterampilan diri.

Pada hemat saya, jika ada yang menyimpan angan-angan seperti ini, elok kaji dahulu dan muhasabahlah diri.

- MUHAMMAD FIRDAUS IMAN ROSLY
Penuntut UiTM


Siswa dan pensyarah dua kelompok berbeza  

siswa datang dan berterus-terang nyatakan minat pada saya, memang tidak ada, tetapi bila saya ke akaun media sosial, ada bait-bait yang ditujukan kepada saya. Selalunya pelajar perempuan akan menjadi infomer.

Sudah menjadi lumrah, apabila tampil dengan personaliti tersendiri, ada yang  memuji, namun saya anggap itu pujian biasa daripada seorang anak murid kepada gurunya.

Mula mengajar seawal usia 30, jadi waktu itu saya berdepan dengan anak didik yang jarak umurnya dalam lapan ke 10 tahun, jadi situasi ini di bawah sedar saya.

Personaliti saya yang sering berfikiran terbuka dan out going juga menjadikan mereka mudah mendampingi saya. Namun saya lebih suka terus-terang kerana ketika mula mengajar saya telah pun berkahwin.

Pendapat saya, tidak sopan penuntut menjalin hubungan dengan pensyarah. Ini akan memberi kesan sama ada ke atas emosi mahupun akademik.

Mereka mungkin mudah hilang fokus, manakala pensyarah pula berkemungkinan besar hilang hormat daripada siswa-siswi yang lain. Ia tidak salah jika itu jodoh mereka, namun cuba elakkan, kecuali sudah tamat pengajian.

Penuntut juga tidak patut menyimpan perasaan sebegitu sekali pun pensyarah itu mempunyai ciri-ciri lelaki atau wanita idaman mereka. Harus diakui, penuntut dan pensyarah adalah dua kelompok berbeza.

Perlu lebih persediaan fizikal dan mental bagi yang berperasaan sebegitu. Perlu kembali pada niat asal, menara gading adalah tempat menuntut ilmu, namun tidak salah untuk mencari pasangan jika kena pada tempatnya. 

- DR AREEJ TORLA
Pensyarah Kanan/Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang UIAM


Utamakan pelajaran dahulu

Senior saya pernah menaruh perasaan kepada pensyarah yang jarak umur 10 tahun lebih tua daripadanya. Cintanya tidak berbalas, akibatnya dia jadi murung. Kami sedar perubahan itu kerana dia seorang yang ceria.

Sebagai rakan sebilik, kami simpati dengan nasib menimpanya, lagipun awal-awal lagi pensyarah itu tidak layan dia, apatah lagi memberi harapan. Tetapi dia berdegil dan sikap itu akhirnya memakan dirinya sehingga menyebabkan dia tidak bersemangat untuk ke kelas.

Pada pendapat saya, sebagai penuntut, kita harus tanam kesedaran untuk lebih menuntut ilmu. Mungkin tidak salah meminati pensyarah, lagipun pada masa kini, ada yang sudah berjawatan itu seawal usia 30an. Di kampus saya ketika ini pun, kami menerima tunjuk ajar daripada tenaga profesional yang muda-muda.

Tidak timbul soal untuk minat lebih-lebih kerana pensyarah sepatutnya dihormati. Untuk memastikan perkara ini adil bagi kedua-dua belah pihak, pensyarah perlu tegas ketika sesi memperkenalkan diri.

Terus-terang jika nampak perubahan pada anak didik, sama ada di bawah bimbingan mereka mahupun yang belajar bidang lain. Ini juga boleh mengelakkan daripada pandangan serong dan membersihkan imej masing-masing.  

Bagi saya banyak kesan buruk ke atas penuntut jika suka menaruh hati pada pensyarah. Pada usia seperti ini, buatlah pilihan bijak dengan belajar dahulu sehingga mencapai apa yang dihajati, sekali gus membahagiakan hati ibu bapa.

- NOR AQILAH MUHAMAD NASIR
Penuntut UiTM
Kredit  : SinarHarian

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/06/pensyarah-bercinta-dengan-pelajar-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpanan Kwsp Patut Guna Ringankan Beban Tak Makan Sekarang Atau Tak Makan 10 Tahun Lagi

Simpanan Kwsp Patut Guna Ringankan Beban Tak Makan Sekarang Atau Tak Makan 10 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 180 hits
Oleh Nurul Aisyah DUIT simpanan KWSP itu adalah milik kita sendiri namun kita tidak diberi hak yang sepatutnya untuk menggunakan sebahagian kecil wang tersebut untuk kegunaan keperluan mendesak ketika pendemik Covid 19 sedang berleluasa dil...
Pas Belum Lagi Dengar Suara Tentang Projek 5g Atau Memang Tak Ada Maklumat Diam Banggang Sangat

Pas Belum Lagi Dengar Suara Tentang Projek 5g Atau Memang Tak Ada Maklumat Diam Banggang Sangat

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 183 hits
HAMDAN TAHA Projek 5 GWakil umno dah bersuara dan siap buat kenyataan akbar mempertikai projek runding terus bernilai 20 bilionKetua pemuda umno pun dah buat kenyataan begitu juga ketua pembangkang dah bertanya di dewan parlimen menantu sia...
Jangan Marah Atau Perli Orang Yang Suka Tapaw Makanan Semasa Orang Buat Kenduri Sebab Ustaz Kazim

Jangan Marah Atau Perli Orang Yang Suka Tapaw Makanan Semasa Orang Buat Kenduri Sebab Ustaz Kazim

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 348 hits
Jangan Marah Atau Perli Orang Yang Suka Tapaw Makanan Semasa Orang Buat Kenduri Sebab Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Aliran Menaik Atau Menurun Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

Aliran Menaik Atau Menurun Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 199 hits
Pasangan mata wang EUR USD kelihatan tidak pasti dalam jangka pendek kerana Indeks Dolar AS juga bergerak ke mendatar DXY terperangkap dalam segi tiga itulah sebabnya pasangan itu bergerak mendatar dalam corak yang sama Pasangan mata wang i...
5 Penjual Besi Buruk Terapung Hampir 11 Jam

5 Penjual Besi Buruk Terapung Hampir 11 Jam

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 196 hits
Oleh Lima penjual besi buruk warga Indonesia diselamatkan Maritim Malaysia selepas terapung dalam rakit keselamatan selama 11 jam pagi tadi Foto NSTP Maritim Malaysia BATU PAHAT Lima penjual besi buruk warga Indonesia yang terkandas hampir ...
Amaran Hujan Berterusan Peringkat Buruk Di 11 Buah Negeri

Amaran Hujan Berterusan Peringkat Buruk Di 11 Buah Negeri

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 212 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON January 2 2022 Setakat jam 4 petang tadi Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di peringkat bahaya bagi barat Johor sehingga hari ini MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan ...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich