Demokrasi Atau Sebenarnya Plutokrasi


PILIH saja mana-mana rakyat di negara ini dan jika ditanya apakah bentuk sistem politik di negara ini? Nescaya tanpa berfikir panjang mereka akan menjawab ‘demokrasi’.

Hujahnya mudah saja iaitu setiap lima tahun rakyat akan memilih di peti undi untuk pemimpin yang mereka percaya. Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa untuk mana-mana pengundi memilih siapa yang mereka fikirkan layak untuk memimpin. Sistem politik ini telah berjalan lebih dari 60 tahun dan masyarakat sudah menerimanya sebagai sistem yang terbaik.

Kebebasan untuk memilih inilah yang dianggap ‘demokrasi’ kerana pemimpin boleh ditukar sekiranya mereka gagal menjalankan tugas di kawasan masing-masing. Akhirnya parti mana yang mendapat majoriti kerusi di dalam Parlimen maka merekalah yang akan memerintah negara.

Semua kita tahu bahawa demokrasi membawa konsep dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat. Namun realitinya tidak sebegitu kerana walaupun rakyat diberikan ‘kebebasan’ untuk memilih pemimpin setiap lima tahun tetapi keadaan rakyat masih tidak berubah. Malah kalau dilihat dari segi ekonomi keadaan rakyat semakin menuju jurang kefakiran. Sebaliknya yang terus mengaut keuntungan adalah golongan taikun dan jutawan yang semakin meratah segala khazanah negara.

Ada yang mengatakan polisi-polisi negara dibuat hasil dari suara dan pandangan rakyat. Desakan rakyat sama ada dari NGO mahupun orang perseorangan boleh menentukan dasar kerajaan.

Adakah ini benar atau hanya sekadar retorik politik untuk mengaburi mata rakyat? Jika benar begitu maka kenapakah nasib rakyat tidak berubah?

Kenapakah golongan B40 semakin tertekan?

Mengapa jurang pendapatan semakin melebar antara kaum?

Kenapa perpaduan kaum masih menjadi dogma yang tidak selesai sehingga hari ini?

Mengapakah projek-projek mega masih dikaut oleh kroni?

Walaupun agensi-agensi kawalan telah banyak ditubuhkan tetapi kenapa rasuah masih berleluasa?

Pelbagai persoalan lain yang boleh dinyatakan tanpa mempunyai jawapan yang konklusif.

Sebenarnya negara kita bukan lagi mengamalkan demokrasi tetapi plutokrasi. Ertinya polisi dan dasar kerajaan ditentukan bukan dengan melihat nasib rakyat tetapi ditentukan oleh golongan taikun dan jutawan.

Merekalah yang memainkan peranan di belakang tabir menarik hidung para politikus yang bergantung harap kepada ‘funding’ dari mereka. Setiap kali PRU diadakan, kita akan mendengar berbilion duit dihabiskan untuk berkempen, mengumpan petugas dan pengundi.

Sering juga akhbar-akhbar melaporkan bagaimana rumah-rumah pemimpin dipenuhi jutaan wang tunai. Baru-baru ini kita dikejutkan bagaimana taikun-taikun ini mempunyai akaun persisiran yang berjumlah berbilion ringgit. Dari manakah pemimpin-pemimpin ini mengaut hasil mahsul yang begitu banyak walhal gaji menteri tidak seberapa kalau bukan dari taikun-taikun?

Berapa banyak kes-kes rasuah yang dilaporkan tetapi dipadam begitu sahaja? Kenapa ini berlaku? Kerosakan kepada alam sekitar sama ada hutan dan sungai sudah acap kali dilaporkan sehingga berlaku pencemaran yang dahsyat dan mengakibatkan kematian tetapi masih tidak ada tindakan yang tegas. Malah taikun-taikun ini diberikan pelbagai pilihan dan ruang untuk terus mengaut keuntungan pula.

Apakah ini semua berlaku begitu saja tanpa ada imbuhan yang perlu dibayar kepada ‘penderma’ ini? Mustahil tidak ada pulangan yang diberikan kepada penderma ini bak kata sesetengah orang tidak ada ‘free lunch’ dalam hidup ini, maka sebab itu kita dengar bagaimana perompak dan pengganas diberikan pelbagai anugerah walaupun dalam usia yang sangat muda.

Apakah dengan keadaan begini kita yakin polisi dan dasar kerajaan akan mengutamakan nasib rakyat atau terpaksa mengikut selera taikun-taikun? Apa yang jelas kita lihat nasib rakyat terus dirundung malang. Mana mungkin negara akan mencapai ke mercu kegemilangan jika sistem plutokrasi ini terus berjalan.

Tidakkah sudah sampai masa untuk rakyat memikirkan sistem politik baru untuk negara kita?

Fikir-fikirkan.

Oleh: Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/demokrasi-atau-sebenarnyaplutokrasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dos Penggalak Setiap Enam Bulan Atau Setahun

Dos Penggalak Setiap Enam Bulan Atau Setahun

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 213 hits
Dos penggalak setiap enam bulan atau setahun Dengan kemunculan varian Omicron yang lebih mudah menjangkit berbanding Delta pakar pakar perubatan menjangkakan orang ramai mungkin perlu menerima dos penggalak vaksin secara berkala atau secara...
Rasa Pedasnya Atau Rasa Terkena Getahnya

Rasa Pedasnya Atau Rasa Terkena Getahnya

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 210 hits
RASA PEDASNYA ATAU RASA TERKENA GETAHNYA Assalammualaikum wbt Sekarang semua mudah merasa dan terasa Sekarang mudah sensitif dan caknanya luar biasa Kadang yang mahu dihentikan lain yang rasa terhantuk lain Lebih parah bila yang buat onar e...
Pas Belum Lagi Dengar Suara Tentang Projek 5g Atau Memang Tak Ada Maklumat Diam Banggang Sangat

Pas Belum Lagi Dengar Suara Tentang Projek 5g Atau Memang Tak Ada Maklumat Diam Banggang Sangat

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 187 hits
HAMDAN TAHA Projek 5 GWakil umno dah bersuara dan siap buat kenyataan akbar mempertikai projek runding terus bernilai 20 bilionKetua pemuda umno pun dah buat kenyataan begitu juga ketua pembangkang dah bertanya di dewan parlimen menantu sia...
Simpanan Kwsp Patut Guna Ringankan Beban Tak Makan Sekarang Atau Tak Makan 10 Tahun Lagi

Simpanan Kwsp Patut Guna Ringankan Beban Tak Makan Sekarang Atau Tak Makan 10 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh Nurul Aisyah DUIT simpanan KWSP itu adalah milik kita sendiri namun kita tidak diberi hak yang sepatutnya untuk menggunakan sebahagian kecil wang tersebut untuk kegunaan keperluan mendesak ketika pendemik Covid 19 sedang berleluasa dil...
Cepat Atau Lewat Bn Akan Hadapi Risiko Yang Sama Cuma Mood Rakyat Belum Sampai Ketika

Cepat Atau Lewat Bn Akan Hadapi Risiko Yang Sama Cuma Mood Rakyat Belum Sampai Ketika

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 198 hits
BN berisiko kalah lagi jika PRU lewat diadakan kata Zahid December 18 2021 Mengulas peluang BN dan Umno pada PRU15 Ahmad Zahid Hamidi berpendapat mana mana kerajaan biasanya akan mengadakan PRU ketika rakyat berada dalam keadaan feel good f...
Dia Ni Sedar Atau Mengelamun Netizen Kecam Peja Lebih Lebih Pulak Buat Pelancaran Sukarelawan Banjir

Dia Ni Sedar Atau Mengelamun Netizen Kecam Peja Lebih Lebih Pulak Buat Pelancaran Sukarelawan Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 196 hits
December 20 2021Bekas perdana menteri Najib Razak menegur majlis pelancaran skuad Sukarelawan pasca banjir yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu di ibu negara hari ini Pada majlis berkenaan Ahmad Faizal dilihat segak me...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rakyat Tidak Lupa Bendera Putih

Rakyat Tengah Susah Ini Buktinya

Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis