Pemangku Raja Pahang Sasar 50 Peratus Institusi Pendidikan Berstatus Hijau


KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus institusi pendidikan di negeri ini diiktiraf sebagai sekolah atau institusi hijau melalui program Eco-Schools dan Eco-Campus.
Baginda bertitah sasaran itu adalah satu daripada empat teras digariskan pada Pelan Hala Tuju Greening Education Partnership Pahang 2023-2030 bagi memperkasakan generasi muda dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai diperlukan bagi menangani cabaran alam sekitar yang semakin mendesak melalui pendidikan.
"Greening Education Partnership merupakan satu inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan menyampaikan tindakan yang teguh dan komprehensif bagi menyediakan setiap murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap untuk menghadapi perubahan iklim.
"Ia juga ditubuhkan untuk memberi inspirasi kepada negara agar terus memperkasakan murid dengan kemahiran diperlukan untuk tindakan iklim pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan dalam konteks peralihan ke arah ekonomi digital dan hijau," titah baginda.
Tengku Hassanal bertitah demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Eco-Schools Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah, di sini, hari ini, anjuran Yayasan Green Growth Asia dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Pahang.
Turut berangkat ialah adinda baginda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana yang juga Penaung Diraja Program Eco-Schools Pahang dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera selain turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Program Eco-Schools, menurut Tengku Hassanal adalah elemen terpenting dalam menjayakan pelan hala tuju itu dan platform terbaik bagi membentuk teladan serta meningkatkan kesedaran dan perakuan isu alam sekitar semasa melalui pembelajaran.
Buat permulaan, sebanyak 100 sekolah rendah dan menengah di Pahang akan terbabit dalam pelaksanaan Eco-Schools.
Selain sasaran 50 peratus itu, pelan berkenaan turut menyasarkan 100 peratus sekolah terbabit dalam pelaksanaannya menerapkan pengintegrasian pendidikan perubahan iklim dalam kurikulum, manakala 100 peratus institusi pendidikan tinggi akan menawarkan kursus pengurusan pembangunan mampan.
Manakala pengetua atau guru besar dan sekurang-kurangnya dua guru dari setiap sekolah di Pahang menghadiri kursus pendidikan perubahan iklim serta semua sekolah di kawasan Felda yang mengikuti Eco-Schools menjadi pusat pendidikan bagi pembangunan masyarakat mampan.
Tengku Hassanal juga bertitah, program Eco-Schools adalah program pendidikan untuk pembangunan mampan atau Education For Sustainable Development terbesar di dunia dengan jaringan 95 negara membabitkan 20 juta murid dan sejuta guru.
Intervensi pendidikan untuk pembangunan mampan itu juga, menurut Tengku Hassanal, membawa peranan belia selaku ejen perubahan dalam membina masyarakat sifar bersih karbon. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/06/tengku-hassanal-sasar-50-peratus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tasik Chini Kekal Sebagai Rizab Biosfera Tahniah Mb Dan Pemangku Raja Pahang

Tasik Chini Kekal Sebagai Rizab Biosfera Tahniah Mb Dan Pemangku Raja Pahang

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 187 hits
KUANTAN Aktivis Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Sh...
Pm Umum Bantuan Rm8 9 Juta Untuk Institusi Pendidikan Islam Kedah

Pm Umum Bantuan Rm8 9 Juta Untuk Institusi Pendidikan Islam Kedah

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 252 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan sebanyak RM8 9 juta bagi meningkatkan tahap dan mutu pendidikan di Kedah Katanya daripada jumlah itu sebanyak RM6 4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudah...
Pengambilan Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg 41 29 Kini Dibuka

Pengambilan Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg 41 29 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 286 hits
Pengambilan Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG 41 29 Kini Dibuka Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred 41 29 kini dibuka di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor Tertakluk kepada syarat syarat kelayakan yang diteta...
Senarai Halatuju Pendidikan Selepas Spm 2022

Senarai Halatuju Pendidikan Selepas Spm 2022

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 258 hits
SENARAI HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM 2022 Kepada para pelajar lepas SPM adakah anda telah membuat perancangan pendidikan anda selepas tamat SPM Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai halatuju pendidikan semoga membantu KENAPA PER...
Hiburan Dia Ada Pendidikan Tinggi Bukan Calang Calang Anak Terlibat Dadah Noralbaniah Terima Ujian Dengan Reda

Hiburan Dia Ada Pendidikan Tinggi Bukan Calang Calang Anak Terlibat Dadah Noralbaniah Terima Ujian Dengan Reda

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 291 hits
Pelakon menyifatkan penglibatan anaknya Syarra Sudarman dalam najis dadah adalah satu episod hitam dan satu ujian buatnya sebagai seorang ibu Kata Noralbaniah dia menerima ujian tersebut dengan lapang dada meskipun agak sukar untuk berhadap...
Selesai Segera Isu Pelajar Enggan Ambil Spm Elak Keciciran Pendidikan Berterusan Pensyarah

Selesai Segera Isu Pelajar Enggan Ambil Spm Elak Keciciran Pendidikan Berterusan Pensyarah

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 392 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Pakar Pendidikan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil langkah proaktif dan komprehensif bagi menyelesaikan isu pelajar yang enggan belajar atau tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam usaha me...
Institusi Pondok Perlu Mendalami Pelbagai Ilmu Tunjang Negara Madani

Institusi Pondok Perlu Mendalami Pelbagai Ilmu Tunjang Negara Madani

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 149 hits
Institusi pondok di negara ini berjasa besar dalam mempertahankan nilai keislaman orang Melayu ketika era penjajahan Inggeris Hal itu diungkapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekol...
Sebab Kelantan Dan Terengganu Tidak Layak Terima Hasil Petroleum Lima Peratus

Sebab Kelantan Dan Terengganu Tidak Layak Terima Hasil Petroleum Lima Peratus

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 314 hits
Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah kedua dua negeri di Pantai Timur itu Akta Laut Wilayah...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity