Selesai Segera Isu Pelajar Enggan Ambil Spm Elak Keciciran Pendidikan Berterusan Pensyarah


Imej hiasan
KUALA LUMPUR: Pakar Pendidikan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah proaktif dan komprehensif bagi menyelesaikan isu pelajar yang enggan belajar atau tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam usaha mengelak keciciran pendidikan di negara ini

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata langkah ini perlu kerana semakin ramai golongan muda mengambil keputusan tidak mahu belajar, selain tidak menduduki peperiksaan dan memilih untuk bekerja

Katanya, gaya hidup iaitu membenarkan keputusan anak tidak mengambil peperiksaan SPM susulan mereka memilih bekerja lebih awal untuk mendapat pendapatan bagi membantu menyara keluarga tidak seharusnya dibiarkan berleluasa

"Keadaan ini jika dibiar berterusan akan menyebabkan pelajar berasakan pendidikan tidak memberi jaminan kepada kehidupan mereka pada masa depan. Sebab itu mereka mengambil keputusan berhenti belajar atau tidak mengambil peperiksaan dan terus bekerja

"Jika kita lihat profil pelajar yang tidak menduduki peperiksaan ini, mereka dalam kalangan murid dalam kumpulan prestasi akademik lemah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima

"Pencapaian akademik golongan ini tidak memberangsangkan kerana lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M)

"Pada waktu sama, mereka sudah hilang kepercayaan kepada jaminan bahawa pendidikan akan memberi peluang lebih baik dalam kehidupan pada masa depan," katanya kepada BH

BH sebelum ini melaporkan, sudah bekerja atau hilang minat meneruskan pelajaran dikenal pasti antara punca menyebabkan 1,106 daripada 32,735 calon SPM 2022 di Perak tidak menduduki peperiksaan berkenaan

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, dilaporkan berkata kaedah pembelajaran secara dalam talian juga menyebabkan ada pelajar tidak menamatkan persekolahan kerana sudah menjana pendapatan sendiri dengan bekerja sambilan

Mengulas lanjut, Anuar berkata antara langkah boleh diambil KPM adalah dengan memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar seawal Tingkatan Satu lagi, supaya kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan akademik ini boleh dialirkan ke bidang terbabit, seterusnya mengelakkan isu keciciran pelajar

"Dengan cara ini, bagi pelajar yang tidak berminat bidang akademik atau mereka yang mempunyai prestasi lemah dalam akademik, boleh masuk aliran TVET kerana mungkin mereka lebih selesa dan serasi dengan program di bidang itu

"Jadi kita berharap KPM boleh mempertimbangkan TVET diperkenal sejak Tingkatan Satu lagi," katanya

Anuar berkata, pemantauan terhadap prestasi pelajar sejak Tingkatan Satu juga perlu dilakukan dengan proaktif, bukan hanya ketika SPM

"Pemantauan ini perlu dilaksanakan bagi memastikan mereka berada dalam prestasi akademik yang memuaskan," katanya

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Akademik Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa ), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Suriyani Ariffin berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan satu platform pilihan lain bagi pelajar bukan hanya SPM

"Kerajaan perlu menyediakan pelbagai sijil lain yang setaraf dengan SPM sebagai penanda aras untuk pelajar masuk ke pengajian lebih tinggi kelak

"Dengan adanya sijil ini, pelajar mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih program atau bidang diminati," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/selesai-segera-isu-pelajar-enggan-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Sahaja Kemiskinan Hala Tuju Sektor Pendidikan Punca Keciciran Murid Pensyarah

Bukan Sahaja Kemiskinan Hala Tuju Sektor Pendidikan Punca Keciciran Murid Pensyarah

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 215 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi mengkaji serta menyelesaikan masalah keciciran pelajar sekolah yang semakin ketara Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian P...
Teliti Semula Penggunaan Keciciran Spm Pensyarah

Teliti Semula Penggunaan Keciciran Spm Pensyarah

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 232 hits
Imej hiasanISTILAH cicir SPM sepatutnya diteliti semula kata Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad Beliau juga mempersoalkan benarkah wujud keciciran SPM sedangkan pendidikan peri...
Dapat 9a Dalam Spm Cikgu Add Math Belanja Pelajar Ps5

Dapat 9a Dalam Spm Cikgu Add Math Belanja Pelajar Ps5

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 308 hits
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 yang diumumkan pagi tadi menghadirkan pelbagai cerita kegembiraan daripada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang guru dikenali sebagai S...
Innalillah Ibu Pelajar Cemerlang 11a Spm Meninggal Dunia

Innalillah Ibu Pelajar Cemerlang 11a Spm Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 261 hits
Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia yang memperoleh 11A Muhammad Syahril Saidi 18 meninggal dunia kira kira jam 8 malam tadi Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail 53 meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar kira kira j...
Peluang Berniaga Atas Talian Antara Punca Keciciran Spm

Peluang Berniaga Atas Talian Antara Punca Keciciran Spm

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 310 hits
Imej hiasanPADANG BESAR Peluang perniagaan yang semakin terbuka khususnya secara dalam talian mendorong sesetengah remaja tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebaliknya terus mencari pendapatan sendiri Potensi besar dalam b...
Berjaya Dapat 9a Spm Pelajar Lelaki Ini Akui Dengar Lagu Blackpink Untuk Hiburkan Diri Ketika Belajar

Berjaya Dapat 9a Spm Pelajar Lelaki Ini Akui Dengar Lagu Blackpink Untuk Hiburkan Diri Ketika Belajar

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 240 hits
Ada tak calon SPM 2022 kat sini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 8 Jun pelajar kelahiran 2005 telah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia mereka Menarik perhatian salah seorang pelajar lelaki berbangsa India iaitu Bhuvenraj Ganesh di Ge...
Peluang Pendidikan Tinggi Bagi Lepasan Spm Stpm Dan Matrikulasi

Peluang Pendidikan Tinggi Bagi Lepasan Spm Stpm Dan Matrikulasi

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 177 hits
Portal dan serta adalah Portal untuk Penasihat Pendidikan salah satu yang utama di Malaysia yang membantu pelajar dalam memilih kursus dan universiti yang sesuai Jika anda mencari maklumat lanjut hubungi kami di 0146214388 atau sila daftar ...
Kerajaan Teliti Isu Elaun Pelajar Intern

Kerajaan Teliti Isu Elaun Pelajar Intern

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 143 hits
Kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu elaun untuk mahasiswa yang menjalani latihan industri atau intern Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata memandangkan intern tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma kerajaan berpandangan...
Pensyarah Universiti Sindir Kualiti Gred A Calon Spm

Pensyarah Universiti Sindir Kualiti Gred A Calon Spm

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 202 hits
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 baharu saja diumumkan dan peningkatan yang baik dalam GPN serta bilangan yang mendapat semua juga meningkat Seperti biasa sekolah meraikan murid murid yang telah cemerlang di sekolah mereka dengan ber...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal