Pemandu Teksi Di Penjara Dua Tahun Bunuh Kucing Di Dobi



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang videonya tular berhubung tindakan kejam bersama rakannya membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, dihukum penjara 2 tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.

Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas pemandu teksi A Mohanraj, 42, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah, pada sebutan kes hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 14 Sept 2018.

Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves antara 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 Sept tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini rakan Mohanraj, S Satthiya, 27, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan sama manakala seorang lagi pekerja kontrak K Ganesh, 42, masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor Roslan Mohd Isa memohon hukuman berat dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah zalim.

“Kes ini melibatkan kepentingan awam kerana menyaksikan tingkah laku menganiayai dan menzalimi haiwan yang tidak mampu melawan adalah satu sikap yang tidak boleh diterima masyarakat.

“Sebagai seorang manusia yang berakal tertuduh sepatutnya melindungi haiwan kerana haiwan tersebut (kucing) bukan haiwan berdosa atau berbahaya,” katanya.

Mohanraj yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama serta perlu menanggung keluarga.

“Saya berasa kesal dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi.

“Semasa saya berada dalam tahanan saya sering diejek dan dihina oleh banduan lain atas kesalahan saya ini,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada 11 Sept tahun lepas pengurus dobi tersebut menerima panggilan daripada seorang pelanggan wanita yang memberitahu terdapat bangkai seekor kucing yang berada di dalam mesin pengering baju kedai dobi layan diri tersebut.

Pengurus dobi kemudian mengarahkan pekerja kedai membuat pemeriksaan di dalam mesin pengering itu dan mendapati seekor bangkai kucing berada di dalam mesin itu.

Hasil pemeriksaan rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat 2 lelaki dan seorang daripada lelaki tersebut mengambil seekor kucing yang berada di bawah meja lipat baju di kedai dobi tersebut dan mencampakkan kucing itu ke dalam sebuah mesin pengering baju.

Kedua-dua tertuduh kemudian memasukan token dan menekan butang mula sebelum beredar meninggalkan kedai dobi berkenaan.

Pengadu terpaksa menutup sementara kedainya akibat gangguan bau bangkai yang sangat teruk. Berikutan itu, pengadu membuat laporan polis dan tangkapan dibuat pada 14 Sept tahun lepas.

Pegawai penyiasat mengambil sampel bulu dan darah yang berada di dalam mesin pengering baju itu untuk pemeriksaan DNA.

Laporan analisis DNA mengesahkan DNA yang dijumpai di dalam mesin pengering baju itu berpadanan dengan DNA seekor kucing jenis domestik.

Sebelum ini, tular satu rakaman CCTV memaparkan tindakan kejam 3 individu yang membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering berkenaan.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut kemudian tersebar di media sosial dan menerima kecaman masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan polis dan kedua-dua individu itu kemudiannya ditahan polis.

Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie.

Turut hadir mengikuti prosiding hari ini adalah Pengarah Penguatkuasa JPV Malaysia Zaharinan Abd Aziz. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/pemandu-teksi-di-penjara-dua-tahun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panggang Kucing Dalam Mesin Pengering Pemandu Teksi Dipenjara 2 Tahun

Panggang Kucing Dalam Mesin Pengering Pemandu Teksi Dipenjara 2 Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 266 hits
Seorang pemandu teksi yang viral dalam rakaman kamera litar tertutup menangkap dan memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering sehingga mati dalam keadaan berdarah dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di ...
Saya Dihina Dan Diejek Oleh Banduan Lain Sehingga Jatuh Sakit Pemandu Teksi Aniaya Kucing Sampai Mati Dipenjara 2 Tahun

Saya Dihina Dan Diejek Oleh Banduan Lain Sehingga Jatuh Sakit Pemandu Teksi Aniaya Kucing Sampai Mati Dipenjara 2 Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 306 hits
Pemandu teksi yang didakwa menganiaya seekor kucing betina yang bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi layan diri September lalu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang Hakim R...
Tolak Pledoi Dhani Jaksa Tetap Tuntut Penjara Dua Tahun

Tolak Pledoi Dhani Jaksa Tetap Tuntut Penjara Dua Tahun

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 244 hits
Menurut Jaksa cuitan Dhani menyatakan permusuhan kebencian atau penghinaan terhadap sesuatu atau golongan penduduk Negara Indonesia dan dengan sengaja di muka umum mengeluarkan perasaan atau melakukan perbuatan yang pada pokoknya bersifat p...
Perantara Suap Apbn P Eka Kamaluddin Dituntut 5 Tahun 6 Bulan Penjara

Perantara Suap Apbn P Eka Kamaluddin Dituntut 5 Tahun 6 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 228 hits
Perantara Suap APBN P Eka Kamaluddin Dituntut 5 Tahun 6 Bulan Penjara Eka didakwa secara bersama sama menerima suap sebesar Rp 3 6 miliar terkait usulan dana perimbangan keuangan daerah RAPBN Perubahan 2018
Lebih 90 Peratus Daripada Pemandu Teksi Dan Kenderaan Seru Pandu Tempatan Masih Belum Mendaftar Caruman Perkeso

Lebih 90 Peratus Daripada Pemandu Teksi Dan Kenderaan Seru Pandu Tempatan Masih Belum Mendaftar Caruman Perkeso

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 213 hits
Pertubuhan Keselamatan Sekuriti Sosial ataupun PERKESO SOCSO ialah sebuah pertubuhan yang sentiasa memastikan anda dijaga dari segi kewangan jika anda menghadapi kemalangan kecederaan ataupun kematian apabila anda sedang bekerja dan ini tel...
Bos Pt Abu Tours Hamzah Mamba Dituntut 20 Tahun Penjara Dan Denda Rp 100 Juta

Bos Pt Abu Tours Hamzah Mamba Dituntut 20 Tahun Penjara Dan Denda Rp 100 Juta

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 218 hits
Sebelumnya majelis hakim mempersilakan penasehat hukum terdakwa untuk ajukan pleidoi dan disepakati sidang ditunda untuk dilanjutkan Kamis mendatang Agenda sidang ini pembacaan pleidoi atau pembelaan terdakwa
Terbukti Terima Suap Bupati Mojokerto Divonis 8 Tahun Penjara

Terbukti Terima Suap Bupati Mojokerto Divonis 8 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 254 hits
Terbukti Terima Suap Bupati Mojokerto Divonis 8 Tahun Penjara Hakim menganggap Bupati Mojokerto tersebut terbukti telah menyalah gunakan jabatannya untuk mengeruk keuntungan pribadi terkait dengan berbagai perizinan yang ada di wilayah kerj...
Suap Rp 3 3 Miliar Mantan Anggota Dpr Amin Santono Dituntut 10 Tahun Penjara

Suap Rp 3 3 Miliar Mantan Anggota Dpr Amin Santono Dituntut 10 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 234 hits
Mantan Anggota DPR Amin Santono Dituntut 10 Tahun Penjara dan dicabut hak politiknya Amin Santono Dia sebelumnya didakwa menerima suap sebesar Rp 3 3 miliar terkait pembahasan alokasi tambahan anggaran dalam APBN Perubahan 2018
Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam Hanya Libatkan Perjawatan Tidak Diisi Melebihi Dua Tahun

Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam Hanya Libatkan Perjawatan Tidak Diisi Melebihi Dua Tahun

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 306 hits
25 Januari 2019 6 20 PM PUTRAJAYA Pelaksanaan rasionalisasi kawalan saiz perkhidmatan awam hanya melibatkan perjawatan yang tidak diisi dan tidak digunakan bagi tempoh melebihi dua tahu
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi