Panggang Kucing Dalam Mesin Pengering Pemandu Teksi Dipenjara 2 Tahun



Seorang pemandu teksi yang viral dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menangkap dan memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering sehingga mati dalam keadaan berdarah, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 14 September tahun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Moharaj didakwa dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria, di sini, jam 12.54 tengah malam hingga 1 pagi, pada 16 September tahun lalu.

Loading...
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dijatuhi hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung isteri dan menjaga ibu yang sedang sakit.

“Sepanjang dalam tahanan, saya sering diejek dan dihina oleh banduan lain. Sehubungan itu, saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, Roslan Mohd Isa, membantah rayuan itu dan memohon hukuman berat kerana kesalahan membabitkan kepentingan awam yang menyaksikan tingkah laku menganiaya dan menzalimi haiwan yang tidak mampu melawan.

“Sebagai manusia berakal, tertuduh seharusnya melindungi binatang kerana ia tidak berdosa dan mendatangkan bahaya.

“Perbuatan menganiaya dan menzalimi haiwan adalah sikap yang tidak boleh diterima oleh masyarakat,” katanya.
Menurut laporan Berita Harian, sebelum ini, pada 20 September 2018, Mohanraj dan juruteknik, SS Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.
Pada 16 Oktober tahun lalu, pekerja kontrak, K Ganesh 41, pula dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, pada prosiding sama, Satthiya, dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah untuk dijadikan saksi pendakwaan.

Mengikut fakta kes, pada 11 September 2018, pengadu yang juga pengurus premis dobi menerima panggilan telefon daripada pelanggan yang memaklumkan terdapat bangkai kucing dalam mesin pengering baju bernombor siri D12.

Selepas membuat pemeriksaan dalam mesin itu, pengadu mengambil tindakan memeriksa rakaman CCTV dan mendapati dua lelaki mengambil kucing yang berada di bawah meja lipat serta mencampakkan haiwan berkenaan dan menutup mesin pengering.

Kedua-dua tertuduh kemudian memasukkan token dan menekan butang mula sebelum beredar meninggalkan kedai dobi berkenaan. Ekoran tindakan itu, pengadu terpaksa menutup sementara kedainya akibat gangguan bau bangkai yang sangat teruk.

Beliau kemudian membuat laporan polis dan tangkapan dibuat pada 14 September tahun lalu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/panggang-kucing-dalam-mesin-pengering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Dihina Dan Diejek Oleh Banduan Lain Sehingga Jatuh Sakit Pemandu Teksi Aniaya Kucing Sampai Mati Dipenjara 2 Tahun

Saya Dihina Dan Diejek Oleh Banduan Lain Sehingga Jatuh Sakit Pemandu Teksi Aniaya Kucing Sampai Mati Dipenjara 2 Tahun

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 311 hits
Pemandu teksi yang didakwa menganiaya seekor kucing betina yang bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi layan diri September lalu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang Hakim R...
Pemandu Teksi Di Penjara Dua Tahun Bunuh Kucing Di Dobi

Pemandu Teksi Di Penjara Dua Tahun Bunuh Kucing Di Dobi

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang videonya tular berhubung tindakan kejam bersama rakannya membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri dihukum penjara 2 tahun oleh M...
Lelaki Dipenjara 3 Tahun Denda Rm5 130 Kerana Hina Dan Ugut Bunuh Raja

Lelaki Dipenjara 3 Tahun Denda Rm5 130 Kerana Hina Dan Ugut Bunuh Raja

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 279 hits
Lelaki dipenjara 3 tahun denda RM5 130 kerana hina dan ugut bunuh rajaMahkamah di Kemboja menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap seorang lelaki kerana menghina raja dalam penulisannya di Facebook Tertuduh Ieng Cholsa mengaku...
Kucing Berusia 5 500 Tahun

Kucing Berusia 5 500 Tahun

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 534 hits
Sekumpulan ahli arkeologi menemui sejumlah mumia kucing yang dipercayai digunakan dalam ritual pengorbanan ketika Tamadun Mesir Purba kira kira 5 500 tahun lalu Selain itu mereka buat julung julung kalinya menjumpai sejumlah mumia kumbang s...
Sebulan Dipenjara Pemuda Serik Jadi Pemandu Pelancong

Sebulan Dipenjara Pemuda Serik Jadi Pemandu Pelancong

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 228 hits
Foto BernamaALOR STAR Rakyat Malaysia Wan Mohamad Amirul Adib Wan Mohd Subhi yang ditahan di Thailand kerana membawa walkie talkie dan membawa kenderaan tanpa permit berterima kasih kepada rakyat negara ini yang telah menyalurkan sumbangan ...
Lelaki Yemen Langgar Peragut Sehingga Menyebabkan Kematian Didakwa Dan Bakal Dipenjara 10 Tahun Denda Rm20k

Lelaki Yemen Langgar Peragut Sehingga Menyebabkan Kematian Didakwa Dan Bakal Dipenjara 10 Tahun Denda Rm20k

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 243 hits
Seorang perekrut pelajar warga Yemen dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang peragut yang meragut begnya semasa sedang minum di sebuah restoran dua tah...
Lebih 90 Peratus Daripada Pemandu Teksi Dan Kenderaan Seru Pandu Tempatan Masih Belum Mendaftar Caruman Perkeso

Lebih 90 Peratus Daripada Pemandu Teksi Dan Kenderaan Seru Pandu Tempatan Masih Belum Mendaftar Caruman Perkeso

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 224 hits
Pertubuhan Keselamatan Sekuriti Sosial ataupun PERKESO SOCSO ialah sebuah pertubuhan yang sentiasa memastikan anda dijaga dari segi kewangan jika anda menghadapi kemalangan kecederaan ataupun kematian apabila anda sedang bekerja dan ini tel...
Tak Masuk Akal Pengadu Dicaj Rm94 Oleh Pemandu Teksi Untuk Jarak Perjalanan 15km

Tak Masuk Akal Pengadu Dicaj Rm94 Oleh Pemandu Teksi Untuk Jarak Perjalanan 15km

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 578 hits
Tak masuk akal Pengadu dicaj RM94 oleh pemandu teksi untuk jarak perjalanan 15kmSeorang wanita mendakwa dia telah ditipu oleh pemandu teksi yang meminta dia membayar sebanyak RM94 bagi perjalanan jarak 15 kilometer Insiden itu berlaku pada ...
Hampir 2 Tahun Kasus Novel Tak Tuntas Kapolri Akhirnya Bentuk Tim Gabungan

Hampir 2 Tahun Kasus Novel Tak Tuntas Kapolri Akhirnya Bentuk Tim Gabungan

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 323 hits
Kapolri Jenderal Tito Karnavian merespons rekomendasi Komnas HAM membentuk tim gabungan untuk menuntaskan kasus Novel Baswedan Penyidik Komisi Pemberantasan Korupsi itu disiram air keras oleh orang tak dikenal pada 11 April 2017 lalu
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

The Case Against European Rearmament

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons