Pemandu Suv Dan Toyota Vios Adalah Rakan


Ahli keluarga Moey Ketika ditemui di Pengkalan Marin, Batu Uban. Foto oleh Muhammad Yusri MuzammirKELUARGA Moey Yun Peng mengesahkan pelajar yang terhumban dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, semalam, adalah rakan kepada pemandu Toyota Vios.

 Kakak ipar kepada Moey yang enggan dikenali berkata, pemandu kedua-dua kenderaan itu bagaimanapun tidak rapat dan enggan mengulas lanjut.

 “Mereka hanya rakan biasa dan jarang menghabiskan masa berdua, tetapi kurang pasti bagaimana boleh bersama-sama terbabit dalam kemalangan, awal pagi, semalam.

 “Saya juga ada dengar dakwaan pemandu Toyota Vios itu sering terbabit dalam kemalangan sebelum ini,” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

 Terdahulu, beliau ditemani teman wanita Moey dan keluarga mangsa hadir ke pos kawalan tempat kejadian di Pangkalan Pasukan Polis Marin, Batu Uban di sini, bagi mendapatkan maklumat terkini kejadian terbabit.

 Sementara itu teman wanita Moey sempat memberitahu yang mereka sudah dua tahun berkawan sebelum menangis dan berlalu pergi.

 Dalam lawatan terbabit, keluarga mangsa turut bertanyakan perkembangan terkini pemandu Toyota Vios yang dilapor mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dipindahkan ke sebuah hospital swasta dalam daerah Seberang Perai.

 Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi semalam, kenderaan utiliti sukan (SUV) putih dipercayai dipandu Moey, 20, terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios, ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.

 Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dalam jarak seluas 2 batu nautika dari lokasi kejadian, membabitkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Polis Marin.

 Sementara itu, abang kepada Yun Peng yang juga enggan dikenali mengesahkan mangsa memandu SUV putih itu sendirian, selain telefon bimbit milik pelajar sebuah kolej swasta itu tercampak di atas jalan raya, berkemungkinan impak akibat pelanggaran ketika kejadian.

Kredit : Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/01/pemandu-suv-dan-toyota-vios-adalah-rakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Pemandu Vios Didedahkan Rakan Kepada Pemandu Vios Dedahkan Hubungan Vios Dan Suv Yang Jatuh Ke Dalam Laut

Siapa Pemandu Vios Didedahkan Rakan Kepada Pemandu Vios Dedahkan Hubungan Vios Dan Suv Yang Jatuh Ke Dalam Laut

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 860 hits
PEMANDU Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang semalam didapati positif ganja Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata keputus...
Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini

Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1749 hits
Keluarga Yun Peng Belum Sedia Untuk Bertemu Dengan Pemandu Toyota Vios Kerana Perkara Ini
Pemandu Toyota Vios Serah Diri

Pemandu Toyota Vios Serah Diri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 462 hits
SYALMIZI HAMID 23 Januari 2019 2 14 PM SEBERANG PERAI Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan utiliti sukan
Pemandu Toyota Vios Didapati Positif G Anja Oleh Pihak Berkuasa

Pemandu Toyota Vios Didapati Positif G Anja Oleh Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 784 hits
PULAU PINANG 21 Jan Pemandu Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan SUV terhumban ke laut didapati positif dadah jenis ganja Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan ...
Video Hubungan Pemandu Vios Dan Suv Yang Jatuh Dalam Laut Didedahkan

Video Hubungan Pemandu Vios Dan Suv Yang Jatuh Dalam Laut Didedahkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 690 hits
1892 SHARES Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang semalam didapati positif ganja lapor BHarian Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ni...
Pemandu Toyota Vios Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pemandu Toyota Vios Dibebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 750 hits
Gambar BernamaSEBERANG PERAI Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan utiliti sukan terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu dilepaskan dengan jaminan polis sebent...
Suv Tercampak Dalam Laut Selepas Dilanggar Vios Yang Dipandu Laju

Suv Tercampak Dalam Laut Selepas Dilanggar Vios Yang Dipandu Laju

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 361 hits
Sebuah kereta jenis SUV tercampak ke dalam laut selepas dilanggar kenderaan yang terbabas di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata kejadian itu berl...
Inilah Wajah Pemandu Vios Yang Menyebabkan Kereta Lain Terjunam Dalam Laut

Inilah Wajah Pemandu Vios Yang Menyebabkan Kereta Lain Terjunam Dalam Laut

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 603 hits
Seorang lelaki telah membuat laporan polis selepas anak lelakinya berusia 20 tahun tidak pulang sejak malam tadi Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata lelaki tersebut hadir di Ibu Pej...
Vios Dan Suv Dipandu Dengan Kelajuan Maksimum

Vios Dan Suv Dipandu Dengan Kelajuan Maksimum

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 356 hits
Vios dan SUV dipandu dengan kelajuan maksimumPolis akan merekodkan keterangan pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai dekat George Town sehingga menyebabkan sebuah lagi...
Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Musim Bunga Kertas Kenali Id Bunga Kertas Di Halaman Anda

Misi Gsf Kejam Wajah Ardell Ditumbuk Rambut Ditarik Amp Tangan Haikal Dipijak Tentera Isewel

Flavorful Healthy Chicken Yakisoba Recipe

T22j14 Aidan Pengendali Drive Thru Malam

Small Bribes May Seem Harmless But Can Burn Down Nations Warns Kl Macc Chief

Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

Malaysia S Heritage Food Needs More Than Nostalgia It Needs Sustainable Policy Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pecat King Sing Segera Toqqi Kenyataan Media Ppim 06 10 2025

Tasik Cermin 2 Ipoh Hidden Gem Yang Tenang Dan Cantik

Signal To Noise The Best Turn Signals For Your Custom Motorcycle

Kuih Dangai Kukus Harum Kelapa Lembut Wangi Senang Nak Buat

Biar Simple Janji Tenang

Pemandu Treler Rentung Kilometer 27 8 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan