Vios Dan Suv Dipandu Dengan Kelajuan Maksimum


Vios dan SUV dipandu dengan kelajuan maksimum


Polis akan merekodkan keterangan pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat George Town sehingga menyebabkan sebuah lagi kereta terhumban ke dalam laut awal pagi semalam, dalam masa terdekat

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, ketika ini lelaki berusia 21 tahun itu masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil

"Sama ada lelaki itu akan ditahan atau sebaliknya bergantung pada siasatan yang polis jalankan. Beri ruang kepada polis lengkapkan siasatan," katanya kepada Bernama, hari ini

Beliau berkata polis juga masih menunggu laporan ujian darah pemandu Toyota Vios itu untuk memastikan sama ada lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah ketika kemalangan berkenaan atau tidak

"Selain laporan ujian darah, pihak polis juga menunggu laporan perubatan lelaki itu daripada doktor merawatnya bagi membantu siasatan kes kemalangan berkenaan," katanya

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata pihaknya tidak dapat memastikan sama ada dua kereta berkenaan sedang berlumba ketika kemalangan tersebut seperti dakwaan orang ramai berdasarkan rakaman kamera video 'dash cam' kereta milik seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian

Bagaimanapun, beliau percaya kedua-dua kereta itu dalam kelajuan maksimum kerana mereka tidak dapat mengawal kenderaan masing-masing sehingga berlaku kemalangan teruk dan menyebabkan sebuah daripadanya terhumban ke dalam laut

"Saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kemalangan tersebut diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kami," katanya.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi semalam

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta. - Bernama

BERITA BERKAITAN:(Video) SUV tercampak dalam laut selepas dilanggar Vios yang dipandu lajuBapa buat laporan polis anak tak pulang semalaman, pemandu SUV putih dikenal pasti

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/01/vios-dan-suv-dipandu-dengan-kelajuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suv Tercampak Dalam Laut Selepas Dilanggar Vios Yang Dipandu Laju

Suv Tercampak Dalam Laut Selepas Dilanggar Vios Yang Dipandu Laju

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 332 hits
Sebuah kereta jenis SUV tercampak ke dalam laut selepas dilanggar kenderaan yang terbabas di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata kejadian itu berl...
Pemandu Suv Dan Toyota Vios Adalah Rakan

Pemandu Suv Dan Toyota Vios Adalah Rakan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 573 hits
Ahli keluarga Moey Ketika ditemui di Pengkalan Marin Batu Uban Foto oleh Muhammad Yusri MuzammirKELUARGA Moey Yun Peng mengesahkan pelajar yang terhumban dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai semalam adalah rakan...
Siapa Pemandu Vios Didedahkan Rakan Kepada Pemandu Vios Dedahkan Hubungan Vios Dan Suv Yang Jatuh Ke Dalam Laut

Siapa Pemandu Vios Didedahkan Rakan Kepada Pemandu Vios Dedahkan Hubungan Vios Dan Suv Yang Jatuh Ke Dalam Laut

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 827 hits
PEMANDU Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang semalam didapati positif ganja Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata keputus...
15 Kronologi Kemalangan Tragik Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Selepas Dilanggar Vios

15 Kronologi Kemalangan Tragik Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Selepas Dilanggar Vios

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1398 hits
Sebuah kereta jenis SUV Mazda CX 5 yang dipandu seorang penuntut kolej swasta Moey Yun Peng 20 terjunam ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios di Jambatan Pulau Pinang Pada 20 Januari 2019
Video Hubungan Pemandu Vios Dan Suv Yang Jatuh Dalam Laut Didedahkan

Video Hubungan Pemandu Vios Dan Suv Yang Jatuh Dalam Laut Didedahkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 653 hits
1892 SHARES Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang semalam didapati positif ganja lapor BHarian Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ni...
Suv Akhirnya Berjaya Dinaikkan Dari Laut

Suv Akhirnya Berjaya Dinaikkan Dari Laut

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 852 hits
PULAU PINANG Selepas lebih dua hari terjunam ke dalam laut di bawah Jambatan Pulau Pinang kenderaan SUV Mazda CX 5 akhirnya berjaya dinaikkan kira kira pukul 5 50 petang tadi Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama mangsa Muey Yun Peng 20 y...
Kenderaan Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Dinaikkan

Kenderaan Suv Terhumban Di Jambatan Pulau Pinang Dinaikkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 413 hits
Kenderaan SUV terhumban di jambatan Pulau Pinang dinaikkan Dikemas kini 39 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 Jan 201
Suv Putih Sudah Ditemui

Suv Putih Sudah Ditemui

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 339 hits
Anggota Pasukan mencari dan menyelamat berada di lokasi penemuan SUV putih yang terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang Foto Hadzlihady HassanKENDERAAN utiliti sukan Mazda CX 5 yang terjatuh selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer...
Video Cctv Dari Sudut Pandangan Lain Rakam Saat Suv Terpelanting Ke Dalam Laut

Video Cctv Dari Sudut Pandangan Lain Rakam Saat Suv Terpelanting Ke Dalam Laut

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 458 hits
GEORGETOWN Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemlangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang semalam didapati positif g4nja Ketua P0lis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berka...
Continuous Learning In Business

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Jalan Jalan Bukit Bendera

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penat Tapi Tetap Kena Buat

10 Checklist Lengkap Cara Jadi Virtual Assistant Dari Zero

Baked Pasta Yang Sedap

Resepi Sup Tulang Bawang Goreng

Menambah Custom Field Pada Wordpress

Bread High In Protein Omega 3 And Fibre In Every Low Carb Bite