Pemandu Mabuk Kudeta Pn Punca Pindaan Undang Undang Terhalang



Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah berusaha bagi meningkatkan hukuman kepada pemandu mabuk
Malangnya, pertukaran kerajaan secara tiba-tiba dari PH kepada PN mengakibatkan usaha telah terencat.
Menurut Ketua Amanah Tanah Merah, Hisham Fauzi, proses meningkatkan hukuman tersebut telah pun mendapat kelulusan kabinet pada akhir Januari yang lalu.
“Walau bagaimanapun usaha terencat akibat pengkhianatan yang telah berlaku yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.
“Kabinet kerajaan PH pada masa itu telah bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah; serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut,” kata beliau dipetik.
Menteri Pengangkutan ketika itu, YB Anthony Loke Siew Fook telah berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat.
Loke dalam kenyataannya semasa itu berkata kementeriannya telah memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen segera.
Mengenai Seksyen 45 berhubung kepekatan alkohol pemandu yang dicadangkan dipinda, Loke telah berkata undang-undang di Malaysia buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.
“Peruntukan sekarang ini kurang ketat berbanding piawaian antarabangsa, WHO,” katanya ketika itu, dalam sidang media pasca Kabinet di kementeriannya.
Turut akan dipinda ialah Seksyen 41 mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000.
Pindaan Seksyen 44 pula mengenai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000.
Berikutan beberapa kemalangan yang diakibatkan pemandu mabuk kebelakangan ini netizen kembali mempersoalkan apakah tindakan kerajaan PN untuk membendungnya kerana ketika menjadi pembangkang 22 bulan lalu mereka berkempen mencerca PH setiap hari lewat isu berkenaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27451

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undang Undang Berat Untuk Pemandu Mabuk Menteri Dari Dap Lebih Awal Sedar Dari Puak Lebai

Undang Undang Berat Untuk Pemandu Mabuk Menteri Dari Dap Lebih Awal Sedar Dari Puak Lebai

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 305 hits
Pada penghujung Januari 2020 Menteri Pengangkutan ketika itu YB Anthony Loke telah mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk meminda Undang Undang berkaitan pemandu mabuk Harus diingat kejadian orang mabuk membawa kenderaan ini telah...
Dari Isu Pemandu Mabuk Hingga Faedah Bank Hairan Pas Mendiamkan Diri

Dari Isu Pemandu Mabuk Hingga Faedah Bank Hairan Pas Mendiamkan Diri

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 392 hits
Pas dilihat mendiamkan diri dalam isu yang berbangkit seperti pemandu mabuk dan faedah bank walaupun telah menjadi pertikaian oleh asatizah Parti Amanah Negara Negeri Johor Ketuanya Azam Razak berkata Pas seperti tidak jujur dalam memperjua...
Contohi Thailand Wajibkan Pemandu Mabuk Bayar Pampasan

Contohi Thailand Wajibkan Pemandu Mabuk Bayar Pampasan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 301 hits
Sungguh tidak adil Gara gara gelagat jahat pemandu mabuk insan yang tidak berdosa menjadi korban Semalam kita kehilangan seorang anggota polis berprestasi tinggi Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail 31 akibat dilanggar pemandu mabuk K...
Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Kamarul Disekolahkan Peguam

Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Kamarul Disekolahkan Peguam

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 420 hits
MALAYSIA DATELINE Kamarul disekolahkan peguam Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff dilihat terus dihujani kritikan berhubung pendiriannya yang menyalahkan DAP dalam insiden kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk Beliau menganggap ...
Hukum Pemandu Mabuk Penyebab Kematian Dengan Hukuman Lebih Berat Zahida

Hukum Pemandu Mabuk Penyebab Kematian Dengan Hukuman Lebih Berat Zahida

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 446 hits
Sudah sampai masanya untuk negara ini memperketat dan menambah hukuman sedia ada terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian Kemalangan jiwa berpunca daripada pemandu di bawah pengaruh alkohol tidak sepatutnya hanya didakwa di bawah se...
Bertindak Tegas Ke Atas Pemandu Mabuk Dppns

Bertindak Tegas Ke Atas Pemandu Mabuk Dppns

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 299 hits
HARAKAH DAILYKUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memandang serius isu pemandu mabuk yang mengakibatkan seorang anggota polis Koperal Safwan Muhammad Ismail maut di tempat kejadian Insiden itu berlaku ketika mangsa sedang bertugas ...
Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 590 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myBOMBA membantu mengeluarkan mayat mangsa FOTO Ihsan BombaSEORANG anggota polis bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Kajang Seremban dekat Kajang meninggal duni...
Kpn Tuntut Hukuman Maksimum Ke Atas Pemandu Mabuk

Kpn Tuntut Hukuman Maksimum Ke Atas Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 355 hits
SERDANG Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menuntut hukuman maksimum terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan nahas mengorbankan seorang anggota polis di sekatan jalan raya Op COVID 19 dekat Plaza Tol Kajang Selatan awal pagi tadi ...
Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 356 hits
Seorang anggota polis gugur di medan peperangan ketika bertugas di sekatan jalan raya Lebuhraya LEKAS awal pagi tadi Menurut Ketua Polis Daerah Kajang berkata mangsa maut dilanggar pemandu mabuk ketika bertugas di sekatan jalan raya 5 Ops C...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong