Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk


MyMetroNurul Hidayah Bahaudin
[email protected]
BOMBA membantu mengeluarkan mayat mangsa. FOTO Ihsan Bomba
SEORANG anggota polis bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dekat Kajang, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki mabuk, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.11 pagi.

"Siasatan mendapati ketika kejadian, pemandu Toyota Hilux berusia 44 tahun itu memandu dari arah Kajang menuju ke arah Plaza Tol Kajang Selatan.

"Sebaik tiba di sekatan jalan raya berkenaan, pemandu berkenaan gagal mengawal kenderaan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kejadian itu menyebabkan kenderaan terbabit melanggar seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya itu dan melanggar kenderaan anggota yang diletakkan di tepi jalan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya berkenaan, manakala pemandu Toyata Hilux terbabit masih belum membuat laporan polis.

"Kertas siasatan berhubung kejadian itu sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.09 pagi.

"Seramai tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati mangsa tersepit akibat dihempap Toyota Hilux terbabit sebelum dia berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, berdasarkan maklumat awal diterima, Toyota Hilux terbabit melanggar Perodua Kancil milik seorang anggota polis bertugas di sekatan jalan raya terbabit yang diletakkan di tepi jalan.

"Kejadian itu mengakibatkan mangsa diseret kira-kira 70 meter oleh kenderaan itu, manakala pemandu Toyata Hilux terbabit dilaporkan cedera di kepala.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2020 @ 7:39 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/polis-maut-dirempuh-pemandu-mabuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 388 hits
Seorang anggota polis gugur di medan peperangan ketika bertugas di sekatan jalan raya Lebuhraya LEKAS awal pagi tadi Menurut Ketua Polis Daerah Kajang berkata mangsa maut dilanggar pemandu mabuk ketika bertugas di sekatan jalan raya 5 Ops C...
Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Di Sekatan Jalan Di Kajang

Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Di Sekatan Jalan Di Kajang

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 559 hits
Sebuah motosikal milik anggota polis yang diletakkan di tepi Lebuhraya Kajang Seremban remuk dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu pemandu mabuk KUALA LUMPUR Seorang anggota polis maut dilanggar kenderaan dipandu pemandu yang diperc...
Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Kamarul Disekolahkan Peguam

Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Kamarul Disekolahkan Peguam

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 454 hits
MALAYSIA DATELINE Kamarul disekolahkan peguam Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff dilihat terus dihujani kritikan berhubung pendiriannya yang menyalahkan DAP dalam insiden kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk Beliau menganggap ...
Polis Maut Angkara Mabuk Hebatnya Islam

Polis Maut Angkara Mabuk Hebatnya Islam

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 762 hits
KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang terbalik di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS Kajang awal pagi tadi PKP Polis maut angkara pemandu mabuk rempuh sekatanKUALA LUMPUR Seorang anggota polis maut selepas sebuah pacuan empat roda ...
Dua Kali Panggil Polis Sial Kerana Disaman Pemandu Lori Ditahan

Dua Kali Panggil Polis Sial Kerana Disaman Pemandu Lori Ditahan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 364 hits
KANGAR 9 Mei Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata kata kesat kepada seorang anggota polis trafik ketika disaman akibat melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kangar Padang Besar berhampiran Kampung Salang dekat sini semala...
Pemandu Mabuk 13 Kali Berisiko Sebabkan Kemalangan

Pemandu Mabuk 13 Kali Berisiko Sebabkan Kemalangan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 267 hits
Pemandu di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali lebih berisiko menyebabkan kemalangan berbanding pemandu yang bebas daripada pengaruh alkohol demikian menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Ketua Pengarah MIROS Dr Kh...
Peguam Gesa Pemandu Mabuk Dibatal Lesen Seumur Hidup Dan Hukuman Berat

Peguam Gesa Pemandu Mabuk Dibatal Lesen Seumur Hidup Dan Hukuman Berat

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 449 hits
KUALA LUMPUR Lesen mereka yang memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian wajar ditarik balik untuk seumur hidup saran pengamal undang undang Peguam Datuk N Sivanathan berkata apa juga alasan untuk memandu dalam keadaan mabuk dan ...
Undang Undang Berat Untuk Pemandu Mabuk Menteri Dari Dap Lebih Awal Sedar Dari Puak Lebai

Undang Undang Berat Untuk Pemandu Mabuk Menteri Dari Dap Lebih Awal Sedar Dari Puak Lebai

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 335 hits
Pada penghujung Januari 2020 Menteri Pengangkutan ketika itu YB Anthony Loke telah mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk meminda Undang Undang berkaitan pemandu mabuk Harus diingat kejadian orang mabuk membawa kenderaan ini telah...
Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Ketika Ops Cantas Covid 19

Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Ketika Ops Cantas Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 452 hits
KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar maut selepas kereta peronda dinaiki bersama dua anggotanya terbabas dan terbalik di lampu isyarat Arkib Negara Alor Setar hari ini Dalam kejadian pada 11 30 pagi h...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust