Pemakanan Sihat Cukup Nutrisi Penentu Perkembangan Fizikal Mental Anak


Kepentingan menjaga pemakanan sejak dari awal adalah asas yang penting terutamanya untuk anak agar dapat membesar dengan sihat. Ibu bapa kena pastikan setiap pengambilan makanan si kecil perlu mempunya nutrisi yang lengkap dan seimbang bagi mengelakkan anak mengalami masalah obesiti di usia yang masih muda.
Menurut Pakar Kanak-Kanak Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Dr Sherina Shereen Rizlan Ross, ibu bapa tak boleh ambil mudah bab pemakanan anak. Ini kerana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan anak tak cukup zat dan tidak dapat membesar dengan sempurna.

“Perlu diingatkan juga seawal anak mula belajar makan iaitu diperingkat usia 6 bulan pertama lagi ibu bapa harus memastikan bayi mendapat set makanan yang tinggi khasiat dan seimbang.
“Pentingnya pengambilan makanan yang berkarbohidrat dan berprotein tinggi untuk memberi kelebihan kalori bagi keperluan badan anak.
“Sekiranya tak cukup karbohidrat secara tak langsung badan anak akan memecahkan sel-sel muscle untuk menambah kalori bagi pertumbuhan fizikal dan metabolisma badan,” ujarnya.

Obesiti Sindrom Baru
Sementara itu, Dr Sherina turut berkongsi pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah obesiti di peringkat awal kanak-kanak.
“Obesiti ini di anggap sindrom baru sebab kanak-kanak berusia 5 atau 6 tahun pun dah ada yang mencecah berat sehingga 60 kilogram melebihi dari graf pertumbuhan yang normal.
“Keadaan ini jika tak dikawal akan menyebabkan perkembangan anak terganggu dan biasanya berisiko menjadi obes atau gemuk sehingga dewasa” katanya.
Ibu Bapa Mesti Kreatif
Bila anak cerewet makan atau pun susah nak makan seperti anak orang lain, ibu bapa jangan cepat nak marah atau memaksa sehingga anak rasa tak gembira bila tiba waktu makan.
Biasanya antara umur 2-3 tahun antara tempoh yang cukup mencabar kerana waktu itu anak dah ada pemikiran sendiri atau pandai buat pilihan berbanding usia setahun ke bawah.
Apa yang boleh ibu bapa buat untuk ambil hati anak mesti kena kreatif dalam penyediaan makanan. Makanan yang berwarna-warni dengan bentuk yang menarik semestinya buat anak teruja nak makan.
Pelbagaikan pilihan snek yang sihat dari buah-buahan dan kudapan berkhasiat supaya anak tak jemu.
Jika cara ini masih tak mampu tarik perhatian anak, ibu bapa kena banyak sabar dan cubalah cari jalan yang terbaik. Jangan ada sikap putus asa kerana inilah yang akan buat anak lagi cerewet makan.

Banyak Makan Pisang Boleh Buat Anak Sembelit
Memandangkan ramai ibu bapa yang sering mengajukan persoalan anak kerap sembelit, Dr Sherina turut berkongsi salah satu punca anak selalu sembelit kerana pengambilan pisang yang berlebihan.
“Sebenarnya pisang adalah buah yang berkhasiat. Bagaimanapun jika di ambil berlebihan boleh jadi punca pada masalah sembelit. Sebab itulah anak yang sememangnya jenis mudah sembelit jika diberi makan pisang akan lebih teruk lagi kerana pisang mengandungi kanji yang tinggi.
“Pisang yang belum cukup masak tak boleh nak hadam dengan elok. Jadi disebabkan kanji yang tinggi ini menyebabkannya tertinggal dalam usus dan menyebabkan anak makin kerap sembelit,” jelasnya.

Sebagai penyelesaiannya, beri anak minum susu tepung sebab ia mempunyai keseimbangan kalsium dan zat besi yang kurang dalam pemakanan kita secara natural dan susah untuk diserap. Lebih dua tahun bolehlah pilih susu formula yang sesuai dengan anak.
Dr Sherina menasihatkan ibu bapa jika nak anak makan makanan yang sihat ibu bapa mesti jadi contoh yang baik. Apa yang ibu bapa makan mestilah yang mempunyai nutrisi. Jika kita makan makanan yang kurang nutrisi anak pun akan makan makanan yang sama.
The post Pemakanan Sihat, Cukup Nutrisi Penentu Perkembangan Fizikal & Mental Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pemakanan-sihat-cukup-nutrisi-penentu-perkembangan-fizikal-mental-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 526 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Habis Dinding Anak Tampal Dengan Pelekat Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan

Habis Dinding Anak Tampal Dengan Pelekat Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 486 hits
Selalu kalau pergi ke kedai alat tulis si kecil ada yang cenderung memilih pelekat atau sticker yang comel comel Kadang kala kita tak bagi beli maklumlah takut habis bersepah dan entah mana mana ditampalnya pelekat tu Sampaikan beg tangan m...
Quot Walid Tahu Adik Kuat Lawan Sakit Ye Sayang Quot Ali Puteh Kongsi Perkembangan Anak

Quot Walid Tahu Adik Kuat Lawan Sakit Ye Sayang Quot Ali Puteh Kongsi Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 358 hits
Hiburan Pelawak Ali Puteh memberitahu keadaan anaknya Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan pada Isnin lalu berikutan masalah injap jantung terbalik Berita mengenai perkembangan...
6 Tahun Tunggu Nak Dapat Zuriat Wanita Ni Kongsi Amalan Pemakanan Sihat Untuk Hamil

6 Tahun Tunggu Nak Dapat Zuriat Wanita Ni Kongsi Amalan Pemakanan Sihat Untuk Hamil

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 401 hits
setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka Tapi tak semua orang Allah terus kurniakan cahaya mata Ada yang terus bunting pelamin dan ada juga yang perlu menunggu agak lama barulah dikurnia...
Buatkan Aiskrim Kurma Homemade Anak Kenyang Sihat Pulak Tu

Buatkan Aiskrim Kurma Homemade Anak Kenyang Sihat Pulak Tu

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 328 hits
Setiap kali belikan aiskrim pada anak anak mama selalu rasa ragu ragu akan kandungan bahannya Tak perlu bimbang jika mama sediakan sendiri aiskrim homemade buat anak di rumah Selain dapat mencipta bonding dengan anak anak kandungan bahannya...
Air Putih Bisa Jadi Minuman Yang Paling Bermanfaat Bagi Perkembangan Otak Anak

Air Putih Bisa Jadi Minuman Yang Paling Bermanfaat Bagi Perkembangan Otak Anak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 366 hits
Banyak orangtua yang mencoba meningkatkan kemampuan kognitif mereka dengan berbagai macam cara Namun sesungguhnya terdapat sebuah minuman ajaib yang bisa berdampak terhadap kemampuan kognitif anak
Tak Perlu Lebih Yogurt Dengan Betik Pun Dah Cukup Berat Naik Sihat Pulak Tu

Tak Perlu Lebih Yogurt Dengan Betik Pun Dah Cukup Berat Naik Sihat Pulak Tu

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 250 hits
Ada masanya anak kita kurang selera untuk makan seperti biasa Mungkin anak sudah mula bosan dengan rutin makanannya atau juga kurang selera Sesekali ubah selera anak dengan menu simple Yogurt antara yang disarankan Tak perlu dioleh hebat se...
Cerewet Makan Tapi Anak Obes Pakar Ini Bagi Tip Nak Galak Anak Makan Lebih Sihat Bukan Makanan Tinggi Kalori

Cerewet Makan Tapi Anak Obes Pakar Ini Bagi Tip Nak Galak Anak Makan Lebih Sihat Bukan Makanan Tinggi Kalori

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 329 hits
Bila ada anak anak yang mengalami masalah berlebihan berat badan tentu ramai yang ingat mereka makan tak memilih Tapi mungkin juga terlalu memilih makanan membuatkan mereka menjadi overweight atau obese Melalui perkongsian pakar pemakanan N...
Bahaya Halang Anak Lelaki Menangis Boleh Menyebabkan Perkembangan Eq Terbantu

Bahaya Halang Anak Lelaki Menangis Boleh Menyebabkan Perkembangan Eq Terbantu

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 629 hits
Jangan menangis abang kan dah besar malu orang tengok Dah dah diam kata ibu kepada anaknya yang berusia 4 tahun Situasi ini sangat biasa kita lihat dalam masyarakat kita malah lelaki juga tidak digalakkan menangis kerana lelaki seharusnya t...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls