Habis Dinding Anak Tampal Dengan Pelekat Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan


Selalu kalau pergi ke kedai alat tulis, si kecil ada yang cenderung memilih pelekat atau sticker yang comel-comel. Kadang kala kita tak bagi beli maklumlah takut habis bersepah dan entah mana-mana ditampalnya pelekat tu. Sampaikan beg tangan mama pun boleh jadi mangsa.
Menurut satu perkongsian yang dibuat oleh Najmi Nawawi menerusi laman Facebook miliknya, bermain sticker untuk anak-anak kecil banyak kebaikannya. Salah seorang Occupational Therapist yang dia temui menyatakan sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.
google image Anak suka main STICKER? Ianya satu benda yang tersangat bagus. Lagipun sticker bukanlah mahal. Aku biasa beli dekat DIY memang harganya tersangat murah, seringgit pun ada dan boleh dapat banyak terus.
Aku masih ingat kata salah seorang Occupational Therapist kami, katanya sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.
1. Bagus untuk motor halus
Bukan senang untuk mencabut sticker yang melekat dekat plastik itu. Hujung jari yang halus itu diperlukan untuk memastikan sticker berjaya dicabut dengan sempurna. Bahkan untuk sesetengah anak, ianya sangat sukar walaupun nak pegang hujung kertas yang nipis. Itu belum lagi kita bercerita tentang size-size sticker yang kadang-kadang itu tersangat kecil, sampaikan orang dewasa pun belum tentu boleh cabut.
2. Koordinasi tangan
Semestinya, sebab anak akan gunakan kedua-dua tangan mereka untuk membuka sticker. Satu tangan untuk pegang buku sticker dan satu lagi untuk mencabut sticker. Ini ialah satu latihan yang sangat baik untuk koordinasi tangan kiri dan kanan. Tangan dominan dan tangan kedua mereka agar dapat berkoordinasi dengan sempurna.
3. Kemahiran visual dipertingkat
Bukan semua sticker yang dibeli akan diminati anak kita. Katakan kita beli buku sticker yang ada dekat DIY tadi, pastinya anak akan scan satu per satu terlebih dahulu sebelum membuat pilihan sticker mana yang mahu dimain. Kalau ada sticker, jenis yang kena padankan seperti pilihan warna dan bentuk pastinya lebih membantu mempertingkatkan daya visual anak-anak.
4. Eksplorasi daya sensori
Sticker datang dengan kepelbagaian jenis dan tekstur. Ada yang jenis kembung dan licin, anda yang jenis rata dan kasar, ada juga yang jenis manik-manik dan macam-macam lagi. Setiap daripada semua jenis ini dapat membantu anak-anak belajar mengenal semua tekstur yang ada dan seterusnya membantu perkembangan daya sensori dengan baik.
google image 5. Kiri dan kanan
Anak-anak biasanya perlu ambil masa untuk belajar kenal yang mana kiri dan yang mana kanan. Itu yang sampai kasut pun boleh tertukar kasut kiri dan kasut kanan. Dengan sticker, kita dapat bantu mereka kenal dan bezakan kiri dan kanan. Contoh, tampal satu sticker di pipi kiri, dan satu lagi di pipi kanan. Tampal juga satu sticker di tangan kiri dan lagi satu sticker di tangan kanan. Begitulah mereka akan belajar mengenal kiri dan kanan.
Selain daripada lima yang aku huraikan ini, sebenarnya ada banyak sangat lagi kelebihan kalau bagi anak main sticker. Seperti dapat membantu anak dengan kemahiran membaca, menyusun, berbahasa, kreatif, inovatif, keyakinan diri, sosial, dan macam-macam lagi.
p/s : Jangan pandang rendah terhadap kelebihan bermain sticker! Ala kita yang dewasa ini pun suka main sticker dekat fb komen tu apa.
Dahla murah bagus pula tu untuk perkembangan si kecil. Lepas ni mama papa boleh beli banyak-banyak dan main Bersama anak-anak di rumah. Sepah sikit takpe la kan asalkan boleh bantu perkembangan si kecil tersayang.
Sumber: Najmi Nawawi
The post Habis Dinding Anak Tampal Dengan Pelekat, Rupanya Main Sticker Bagus Untuk Perkembangan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/habis-dinding-anak-tampal-dengan-pelekat-rupanya-main-sticker-bagus-untuk-perkembangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ketakutan Cctv Rakam Susuk Bayi Lain Temani Anak Tidur Selepas Diperiksa Rupanya Ini Yang Berlaku

Wanita Ketakutan Cctv Rakam Susuk Bayi Lain Temani Anak Tidur Selepas Diperiksa Rupanya Ini Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 323 hits
Seorang wanita diselubungi misteri apabila terlihat seorang bayi menemani anak kecilnya berusia 18 bulan yang sedang tidur di bilik berasingan Penampakan tersebut telah terakam di kamera litar tertutup bilik berkenaan yang menunjukkan seola...
Quot Walid Tahu Adik Kuat Lawan Sakit Ye Sayang Quot Ali Puteh Kongsi Perkembangan Anak

Quot Walid Tahu Adik Kuat Lawan Sakit Ye Sayang Quot Ali Puteh Kongsi Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 358 hits
Hiburan Pelawak Ali Puteh memberitahu keadaan anaknya Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan pada Isnin lalu berikutan masalah injap jantung terbalik Berita mengenai perkembangan...
Anak Lelaki Belajar Sambil Main Yang Perempuan Tekun Tengok Buku Tak Sama Tapi Tetap Pandai

Anak Lelaki Belajar Sambil Main Yang Perempuan Tekun Tengok Buku Tak Sama Tapi Tetap Pandai

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 391 hits
Jika seorang ibu itu ada rezeki dikurniakan anak perempuan dan anak lelaki pasti anda akan sedar akan perbezaan kedua dua mereka Untuk mendidik anak perempuan tidak sama seperti mahu mengajar anak lelaki Pendekatan perlu berbeza tidak boleh...
Anak Main Basikal Lajak Ibubapa Penjara 5 Tahun

Anak Main Basikal Lajak Ibubapa Penjara 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 1017 hits
Mengikut pengarah ketua bahagian jalan raya Bukit Aman Datuk Azisman Alias ibu bapa boleh dikenakan tindakkan dibawah seksyen 33 Akta Kanak kanak 2001 jika anak anak mereka didapati terlibat dengan aktiviti berbahaya basikal lajak Seksyen t...
Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 497 hits
Selain nasi roti antara makanan wajib yang sentiasa ada di rumah kita Pun begitu bukan semua kepingan roti ini dapat dihabiskan sebelum tarikh luputnya Belum sempat di makan roti sudahpun bakal menghampiri waktu tarikh luputnya Jangan buang...
Kalau Anak Main Ketuk Periuk Belanga Ibu Maknanya Dia Bijak Janganlah Dimarah

Kalau Anak Main Ketuk Periuk Belanga Ibu Maknanya Dia Bijak Janganlah Dimarah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 388 hits
Lumrah menjadi ibu ayah berhadapan dengan perangai anak yang pelbagai ada masanya buat kita hilang sabar juga Habis semua benda nak dibuat main Boleh dikatakan semua rumah yang ada anak kecil pasti pernah atau masih ada dinding yang bercont...
Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur

Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 513 hits
Penjagaan oral dan gigi anak anak memang sepatutnya dimulakan sejak si kecil anda mula tumbuh gigi Tapi kadang sebagai ibu yang mungkin tak ada pengalaman atau baru punya seorang anak pasti kurang jelas tentang pemilihan ubat gigi yang baik...
Pilu Ayah Dukung Anak Sambil Buat Kerja Tampal Tayar Jadi Viral

Pilu Ayah Dukung Anak Sambil Buat Kerja Tampal Tayar Jadi Viral

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 437 hits
Sayu hati tatkala melihat kegigihan seorang bapa tunggal yang membesarkan anaknya secara sendirian sanggup melakukan apa sahaja demi untuk anaknya itu Menurut satu posting di laman instagram seorang lelaki dilihat sedang bekerja sambil meng...
Bapa Cuai Tak Tutup Pagar Anak Kecil Keluar Main Basikal Dirempuh Kereta

Bapa Cuai Tak Tutup Pagar Anak Kecil Keluar Main Basikal Dirempuh Kereta

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 780 hits
Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang kanak kanak dilanggar kereta sebaik saja keluar dari rumahnya Berdasarkan tarikh yang tertera pada video itu kejadian berlaku pada jam 6 27 petang Ahad lalu ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation