Pemain Import Dari Asia Tengah Tiba Bulan Depan



KUALA TERENGGANU: Pemain negara Asia Tengah menjadi buruan terakhir skuad Terengganu FC (TFC) dalam misi memperkuatkan pasukan menghadapi musim baharu 2019.

Sebelum ini skuad Penyu mengekalkan tonggak import musim ini iaitu Lee Tuck, Kipre Tchetche, Igor Zonjic dan Thierry Chantha Bin.

Ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pemain kuota Asia yang bakal beraksi di posisi tengah itu dijangka tiba pertengahan bulan depan kerana masih mempunyai kontrak bersama pasukan lamanya.

"Kita sudah berunding dengan pemain itu yang belum pernah bermain dalam Liga Malaysia (Liga M), tetapi buat masa ini nama pemain itu tidak boleh diumum lagi kerana masih terikat dengan pasukannya.:

"Jika semua berjalan lancar pemain yang menggantikan tempat Do Dong Hyun yang tidak disambung kontrak akan diumumkan pada pertengahan Disember ini," kata Irfan Bakti ketika ditemui selepas majlis menandatangani kontrak 10 pemain baharu skuad Penyu itu di pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) petang semalam.

Sepuluh pemain baharu berkenaan ialah Ahmad Shamim Yahaya, Muhamad Khairu Azrin Khazali, Ilham Amirullah Razali, Khairul Anwar Shahruddin, Mohd Khairul Izuan Rosli, Azalinullah Mohd Alias, Haidir Suhaini, Shahrin Sapein dan Muhammad Mohd Fauzi selain penjaga gol skuad Piala Presiden negeri, Shafawi Mohamad.

Pemain sedia ada yang dikekalkan ialah pemain pertahanan Mohd Kamal Azizi Mohd Zabri, Adib Aizuddin Ab Latif, Hasnizaidi Jamian, Nasrullah Haniff Johan, Mohd Radhi Mohd Yusof dan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris.

Turut dikekalkan penyerang berpengalaman, Mohd Ashari Shamsudin selain penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh dan Mohd Suffian Abdul Rahman serta pemain tengah Mohd Shahrul Aizad Zulkufli dan Abdul Malik Mat Ariff.




Semalam, Sepuluh muka baharu adalah antara 25 pemain yang dirantai naib juara Piala Malaysia musim ini, Terengganu FC (TFC) dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bagaimanapun tonggak Kedah, Baddrol Bakhtiar dan bekas pemain FELDA United, Hadin Azman yang sebelum ini dikatakan berada dalam radar skuad Penyu tidak disenaraikan.

Turut tidak berada dalam senarai Faiz Nasir dan Latiff Suhaimi yang sebelum ini dikhabarkan mahu membuat pusingan U.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abdul Karim berkata, kehadiran 10 pemain baharu itu dilihat mampu memberi impak positif kepada pasukan yang menyasarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC musim 2020 selain meraih sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan musim depan.

“Cabaran TFC musim depan dijangka lebih mencabar kerana prestasi musim ini begitu memberangsangkan sesudah merangkul naib juara Piala Malaysia.

“Bagi meningkatkan prestasi pasukan, kerjasama dan komitmen tinggi daripada pemain selain jurulatih ditagih bagi memastikan KPI (petunjuk prestasi utama) dicapai,” ujar Hishamuddin pada majlis menandatangani kontrak pemain baharu skuad TFC di pejabat PBSNT yang turut dihadiri jurulatih Irfan Bakti Abu Salim.

Beliau berkata, 10 muka baharu berjaya disambar skuad Penyu itu termasuk bekas pemain tengah FELDA United, Shamim Yahaya dan Khairu Azrin Khazali serta tiga bekas pemain Negeri Sembilan iaitu penjaga gol, Ilham Amirullah Razali, pertahanan Khairul Anwar Shahruddin dan penyerang Khairul Izuan Rosli.

Tonggak import musim ini iaitu penyerang Kipre Tchetche, pemain tengah Lee Tuck dan Thierry Chantha Bin serta pertahanan Igor Zonjic antara pemain yang dikekalkan musim depan. - Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2018/11/pemain-import-dari-asia-tengah-tiba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Ilya Bakal Nikah Di Australia Bulan Depan

Raja Ilya Bakal Nikah Di Australia Bulan Depan

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 299 hits
Baru sahaja memberitahu berita lamaran yang diterimanya kini Raja Ilya berkongsi tarikh pernikahannya pada 23 Disember nanti yang bakal diadakan di kediaman The post appeared first on
Biodata Shakir Hamzah Pemain Import Baru Kedah 2019

Biodata Shakir Hamzah Pemain Import Baru Kedah 2019

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 1381 hits
Biodata Shakir Hamzah Pemain Import Baru Kedah 2019 SIAPAKAH sebenarnya pemain yang dikenali sebagai Shakir Hamzah Menerusi Portal Rasmi KFA Shakir Hamzah menjadi pemain import baharu Kedah FA yang bakal dibawa masuk pada jendela perpindaha...
Singapura Tak Lama Lagi Akan Memperkenalkan Hybrid Bas Pada Bulan Disember Depan

Singapura Tak Lama Lagi Akan Memperkenalkan Hybrid Bas Pada Bulan Disember Depan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 405 hits
SINGAPURA 10 buah bas hibrid diesel elektrik pertama dalam 50 armada akan berada di jalan dari bulan depan sebagai sebahagian daripada usaha nasional untuk menjadikan armada bas awam di sini lebih mesra alam Mereka akan dikendalikan oleh pe...
Lynas Hentikan Sementara Operasi Kilang Pada Bulan Depan

Lynas Hentikan Sementara Operasi Kilang Pada Bulan Depan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 296 hits
KUANTAN Kilang memproses nadir bumi Lynas Corporation Ltd akan menghentikan sementara operasi kilang mereka di Pusat Perindustrian Gebeng di sini pada bulan depan Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunannya di Sydney Australia har...
Terkejut Tmj Bila Gaya Free Kick Isteri Dia Sebijik Macam Pemain Bola Sepak Australia Dan Tiba Tiba Tmj Menjerit

Terkejut Tmj Bila Gaya Free Kick Isteri Dia Sebijik Macam Pemain Bola Sepak Australia Dan Tiba Tiba Tmj Menjerit

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 285 hits
Terkejut TMJ Bila Gaya Free Kick Isteri Dia Sebijik Macam Pemain Bola Sepak Australia Dan Tiba Tiba TMJ MenjeritTerkejut TMJ Bila Gaya Free Kick Isteri Dia Sebijik Macam Pemain Bola Sepak Australia Dan Tiba Tiba TMJ Menjerit
Ada Menteri Tidak Perform Rombakan Kabinet Bulan Depan

Ada Menteri Tidak Perform Rombakan Kabinet Bulan Depan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 333 hits
SINAR HARIAN KUALA LUMPUR Isu rombakan Kabinet hanya sekadar spekulasi dan ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat PH Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau tidak mendengar kemungkinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melaku...
Pknp Gugur Semua Pemain Import

Pknp Gugur Semua Pemain Import

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 238 hits
Abu Bakar Fadzim Kelab Liga Super PKNP FC sah akan menggugurkan kesemua lima pemain import mereka susulan prestasi hambar yang ditampilkan dalam saingan Liga Malaysia 2018 Ketua jurulatih PKNP FC Abu Bakar Fadzim berkata beliau agak kecewa ...
The Fighters Belum Jumpa Pemain Import

The Fighters Belum Jumpa Pemain Import

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 251 hits
JURULATIH FELDA United Mohd Nidzam Jamil tidak dapat mengesahkan status pemain import yang bakal memperkuatkan kelab itu Foto MOHD YUSNI ARIFFINThe Fighters belum jumpa pemain importKUANTAN Pengendali FELDA United FC Mohd Nidzam Jamil tidak...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Catatan Hujung Minggu

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Cita Cita Mahasiswi Ini Bikin Ulama Al Azhar Takjub

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way