Pemain Badminton Bakal Kembali Berlatih Bulan Jun


KUALA LUMPUR, 7 Mei – Pemain badminton negara di bawah program Road to Tokyo (RTT) mungkin kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada 1 Jun dan masih menunggu kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sesi latihan untuk atlet negara terhenti berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac bagi mengekang penularan COVID-19.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga memutuskan untuk mengundang pemain bebas yang berkemungkinan besar layak ke Olimpik Tokyo berdasarkan ranking semasa dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk berlatih dua kali seminggu di ABM bersama-sama dengan skuad kebangsaan pada pertengahan Julai.
“Demi kepentingan negara dan skuad badminton kebangsaan, saya membuat keputusan untuk mengundang pemain-pemain bebas. Sebaik sahaja pemain ini mengesahkan kelayakan mereka ke Olimpik Tokyo, mereka akan diundang untuk menjalani latihan sepenuh masa di ABM.
“Saya amat berharap pemain ini akan mengambil peluang ini untuk bekerja sebagai satu pasukan Malaysia dan pada masa yang sama, bekerja lebih keras untuk mencapai impian Olimpik. Selepas mesyuarat baru-baru ini dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, BAM telah bergerak secara proaktif membuat persediaan bagi pemain kebangsaan kita kembali ke ABM.
“Sebagai Presiden BAM, saya telah mengambil langkah untuk memastikan BAM dan ABM bersedia untuk dibuka secara berperingkat. ABM menempatkan pemain, jurulatih dan pejabat pentadbiran BAM dan dengan itu semua prosedur operasi standard (SOP) telah dipertingkat dan akan dipatuhi sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.
Norza menegaskan langkah berhati-hati tambahan akan dilaksanakan untuk keselamatan semua orang di premis itu.
Antara pemain badminton bebas yang dilihat bakal menempah tiket ke Tokyo ialah pemenang pingat perak pada temasya Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki).
Norza, yang menjangkakan skuad Piala Thomas dan Piala Uber untuk mula menjalani latihan dari 15 Jun, mahu pasukan berkenaan mencatatkan kejayaan pada Piala Thomas dan Uber selepas kedua-dua kejohanan dijadualkan semula ke 3-11 Okt di Aarhus, Denmark disebabkan pandemik COVID-19.
“Berikutan kita mahu pemain terbaik untuk mewakili Malaysia, saya ingin mengundang pemain bebas untuk menyertai pasukan ini dalam kejohanan ini. Pemain bebas yang dipilih akan diundang untuk menjalani latihan di ABM menjelang pertengahan Julai 2020.
“Ini dengan harapan pemain ini akan dapat berlatih bersama-sama dan pada masa yang sama, membina ‘esprit de corps’ sesama mereka. Berikutan BAM mengambil langkah proaktif seumpama itu, saya amat berharap para pemain akan berusaha keras dan pada masa yang sama, membawa kegemilangan kepada negara kita yang tercinta, Malaysia,” katanya.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/pemain-badminton-bakal-kembali-berlatih-bulan-jun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sertai Agensi Sama Dengan Lee Kwangsoo Jun Somin Disahkan Bakal Kembali Ke Running Man

Sertai Agensi Sama Dengan Lee Kwangsoo Jun Somin Disahkan Bakal Kembali Ke Running Man

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 425 hits
Lama betul tak dengar khabar berita mengenai Jun So min yang mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni dek kepenatan yang teruk Bahkan wanita tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan...
Selepas Dua Bulan Berkahwin Tegar Penyanyi Viral Indonesia Umum Bakal Jadi Ayah Tahniah Buat Pasangan Muda Ni

Selepas Dua Bulan Berkahwin Tegar Penyanyi Viral Indonesia Umum Bakal Jadi Ayah Tahniah Buat Pasangan Muda Ni

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 645 hits
Setelah dua bulan melangsungkan perkahwinan dengan isteri tercinta Sarah Sheika Penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian yang cukup popular dengan lagi Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang mengumumkan bakal menjadi seorang ayah tidak lama la...
Sikap Alpa Ketika Pkpb Bakal Cetus Penularan Kembali Covid 19

Sikap Alpa Ketika Pkpb Bakal Cetus Penularan Kembali Covid 19

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 392 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula Isnin ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah khabar gembira buat rakyat Malaysia selepas hampir dua bulan terkurung di dalam rumah Kebenaran untuk seb...
Ainul Mardhiah Nak Jadi Kakak Tak Lama Lagi Mama Ainul Sedang Hamil 7 Bulan Bakal Dapat Anak Lelaki

Ainul Mardhiah Nak Jadi Kakak Tak Lama Lagi Mama Ainul Sedang Hamil 7 Bulan Bakal Dapat Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 536 hits
Gelagat comel buah hati rakyat Malaysia Ainul Mardhiah memang sering kali menjadi tumpuan ramai Apa sahaja yang dimuat naik oleh mama atau walidnya di akaun Instagram milik mereka pasti akan mendapat reaksi yang dari warga maya Terkini di l...
Aliff Syukri Kembali Ke Pangkuan Isteri Selepas 4 Bulan

Aliff Syukri Kembali Ke Pangkuan Isteri Selepas 4 Bulan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 423 hits
Usahawan kosmetik popular iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya sudah kembali bersama Apabila Datuk sendiri berkongsi dalam sebuah posting di instagram beliau dia telah kembali ke pangkuan keluarga selepas 4 bulan berjauhan Foto Beaut...
Isteri Hamil 2 Bulan Jamal Abdillah Bakal Timang Cahaya Mata Lagi

Isteri Hamil 2 Bulan Jamal Abdillah Bakal Timang Cahaya Mata Lagi

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1104 hits
Selepas menyambut kelahiran anak perempuan pertama pada Oktober tahun lepas hari ini Datuk Jamal Abdillah telah memaklumkan berita gembira sekali lagi apabila isterinya hamil anak kedua mereka Dapat baby lagiMenerusi Harian Metro Jamal memb...
Mak Ayah Bakal Bekerja Boleh Tarik Nafas Lega Mkn Keluarkan Sop Untuk Taska Kembali Beroperasi

Mak Ayah Bakal Bekerja Boleh Tarik Nafas Lega Mkn Keluarkan Sop Untuk Taska Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 917 hits
Selepas pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri semalam untuk membuka hampir keseluruh sektor ekonomi bermula 4 Mei ini Majlis Keselamatan Negara hari ini mengeluarkan SOP kepada pengusaha Taska untuk mereka beroperasi semula Dengan...
Inter Ac Milan Kembali Berlatih

Inter Ac Milan Kembali Berlatih

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 291 hits
GERGASI bola sepak Itali Inter Milan dan AC Milan kembali berlatih hari ini selepas dua bulan menjalani perintah berkurung di bandar utara Itali itu Inter berkata semua pemain dan staf mereka diuji negatif koronavirus dan membolehkan merka ...
Selepas Empat Bulan Berjauhan Aliff Syukri Buang Ego Kembali Ke Pangkuan Isteri

Selepas Empat Bulan Berjauhan Aliff Syukri Buang Ego Kembali Ke Pangkuan Isteri

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 452 hits
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri sudah kembali bersama Perkara menggembirakan ini dikongsi sendiri oleh Aliff menerusi sebuah posting di Instagram Tulisnya dia telah kembali ke pangkuan keluarga selepas empat bul...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Kedai Serbaneka Thailand Terbesar Di Kuala Lumpur Thai Street Mart

Urban Renewal Not A Dirty Term

Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening