Sikap Alpa Ketika Pkpb Bakal Cetus Penularan Kembali Covid 19




Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, adalah khabar gembira buat rakyat Malaysia selepas hampir dua bulan ‘terkurung’ di dalam rumah.
Kebenaran untuk sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan beroperasi, selain beberapa aktiviti lain dengan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat, pasti amat ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk kembali bekerja, lebih-lebih lagi ramai yang telah terputus mata pencarian ekoran pelaksanaan PKP.
Dalam tempoh berkenaan telah ramai yang kehilangan pekerjaan, tidak kurang yang terpaksa dipotong gaji, apabila majikan masing-masing sudah tidak mampu untuk menampung kerugian dan hal ini berlaku di hampir di seluruh negara, yang diserang oleh virus pandemik ini.
Muhyiddin berkata, kesan tersebut turut dirasai kerajaan, apabila negara mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, dan jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion.
Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, Malaysia dilaporkan akan mengalami kerugian RM35 bilion lagi menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion, dan ini sudah tentu akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara dan mengambil masa lama untuk pulih kembali.
Pelbagai reaksi turut diberikan rakyat atas tindakan melaksanakan PKPB ini, dan walaupun ramai yang menzahirkan sokongan serta memahami keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu, namun tidak kurang juga menyatakan kebimbangan, langkah itu akan menyebabkan kes positif COVID-19 kembali meningkat.
Segala tindakan kerajaan itu, pastinya dibuat setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan pelbagai kementerian berkaitan, dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.
Kerajaan ternyata mempunyai perancangan yang jelas menggunakan enam strategi utama iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal penularan wabak COVID-19 dengan melaksanakan PKP, serta membina ketahanan melalui pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, untuk meningkatkan kemampuan rakyat dan ekonomi.
Kini kerajaan dalam fasa ketiga iaitu menjana semula ekonomi secara teratur dan terkawal; diikuti melaksanakan strategi pemulihan ekonomi; memperkasa ekonomi secara menyeluruh; dan terakhir menyusun semula struktur ekonomi, untuk menghadapi perubahan kehidupan dengan adanya ‘normal baharu’.
Disebabkan itu juga kerajaan menetapkan pelbagai SOP yang ketat, untuk semua sektor perniagaan yang beroperasi selain menggalakkan sektor awam dan swasta mengamalkan normal baharu pekerjaan, termasuk bekerja dari rumah selain penggiliran jadual harian bekerja untuk membendung virus COVID-19.
Oleh itu sebagai rakyat, kita perlu patuh kepada langkah kerajaan ini membalas jasa petugas barisan hadapan, dengan mematuhi SOP yang telah disediakan untuk mengelak penularan kembali wabak ini.
Patuhi jarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai penutup hidung dan mulut, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19, dan lindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Jangan dek keterujaan dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan itu kita menjadi alpa, kerana tidak mustahil kes positif COVID-19 kembali meningkat, seperti yang berlaku di Jerman dan Hokkaido, Jepun. Bersama kita perangi COVID-19. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/02/sikap-alpa-ketika-pkpb-bakal-cetus-penularan-kembali-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sikap-alpa-ketika-pkpb-bakal-cetus-penularan-kembali-covi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengantin Baru Ketika Covid 19

Pengantin Baru Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga alam maya Rasa kekok sikit sebab dah lama tak keudara dalam ni Faktor faktor kesibukan dalam persediaan perkahwinan pada bulan 21 Mac 2020 Ya Tarikh tersebut merupakan tempoh Perintah Kawalan P...
Ini Cara Unik Pelajar Di China Kembali Ke Sekolah Selepas Pasca Covid 19

Ini Cara Unik Pelajar Di China Kembali Ke Sekolah Selepas Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 626 hits
Tak perlu teknologi yang sofistikated Corona Virus aka Covid 19 mula dikesan di negara China pada lewat tahun 2019 lalu Kini selepas berbulan berjuang memerangi wabakmaut itu China sudah kembali menjalankan aktiviti seperti biasa Pelbagai s...
Penularan Covid 19 Boleh Meletup Jika Pkp Ditamatkan

Penularan Covid 19 Boleh Meletup Jika Pkp Ditamatkan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 390 hits
Raja Noraina Raja Rahim PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid 19 sudah pun di fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei ini Tempoh PKP yang berlanjutan hampir dua bulan itu dianggap masih belum cukup untuk...
Eijkman Sebut Pasien Sembuh Bisa Kembali Terinfeksi Covid 19

Eijkman Sebut Pasien Sembuh Bisa Kembali Terinfeksi Covid 19

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 219 hits
Dia mengungkapkan pada umumnya orang orang yang sembuh dari Covid 19 akan punya antibodi untuk melawan penyakit itu Namun ada beberapa orang yang antibodinya tidak cukup tinggi untuk memproteksi tubuhnya sehingga bisa terjadi reinfeksi
Covid 19 Koloni Warga Asing Berisiko Cetus Kluster Baharu

Covid 19 Koloni Warga Asing Berisiko Cetus Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Koloni buruh warga asing yang berselerakan di sekitar Lembah Klang berisiko tinggi mencetuskan kluster baharu jangkitan wabak COVID 19 di negara ini sekali gus berpotensi merencatkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia mengawa...
Covid 19 Pemimpin Who Beri Amaran Musibah Bakal Terjadi

Covid 19 Pemimpin Who Beri Amaran Musibah Bakal Terjadi

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 338 hits
GENEVA Pemimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran bahawa musibah bakal terjadi berhubung COVID 19 susulan tindakan beberapa negara mula melonggarkan peraturan khusus bagi membasmi pandemik itu Ketua Pengarahnya Tedros Adhanom Gheb...
Covid 19 Masih Berleluasa Netizen Selar Song Seunghun Tak Sarung Face Mask Ketika Di Pasar Raya

Covid 19 Masih Berleluasa Netizen Selar Song Seunghun Tak Sarung Face Mask Ketika Di Pasar Raya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 497 hits
Siapa tak kenal pelakon kacak Song Seung hun Meskipun lelaki ini boleh dikatakan sempurna daripada pelbagai aspek tetapi dia nampaknya masih lagi belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai untuk melangkah ke fasa hisup yang lebih serius Sel...
Malaysia Sertai Kaji Selidik Dunia Bakal Mulakan Kajian Klinikal Ubat Covid 19 Dalam Masa Terdekat Kkm

Malaysia Sertai Kaji Selidik Dunia Bakal Mulakan Kajian Klinikal Ubat Covid 19 Dalam Masa Terdekat Kkm

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 603 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia bakal memulakan kajian klinikal bagi menguji keberkesanan dan keselamatan ubat Remdesivir Lopinavir Ritonavir Interferon Beta Choloquine dan Hydroxychloroquine untuk merawat pesakit COVID 19 dalam masa terdeka...
Sweden Guna Tahi Ayam Cegah Penularan Covid 19

Sweden Guna Tahi Ayam Cegah Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 287 hits
Penyemburan kotoran tahi ayam di taman bandar Lund bagi mengelakkan orang ramai berkumpul Penduduk Lund di Sweden melakukan cara unik untuk mencegah penularan Covid 19 menggunakan kotoran tahi ayam bagi mengelak orang ramai berkumpul di tam...
Insurance Premium Hike In Line With Bnm S Interim Measures Says Prudential

Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

Allahuakbar Baru Baru Ni Ada Laporan Matahari Terbenam Dengan Cara Yang Aneh Di P

Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Tik Tok Kena Banned

Nasib Ahli Perniagaan Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Diketahui Jumaat Ini

Isu Tapak Kuil Selesai Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu Dr Zaliha


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Kualiti Dan Pengagihan Air Di Selangor Belum Selesai Tarif Air Bakal Di Naikkan

Memburu Lailatul Qadar Buat 5 Perkara Ni Confirm Berjaya

Lirik Lagu Insafi Di Aidilfitri Chlypdy

Buat Kejutan Untuk Adik

Waktu Paling Sesuai Balik Kampung Sebelum Raya

Muka Sembang Kari Dah Setahun Tunggu Lod Mana Dia Sanusi