Peluang Untuk Mengubah Diri Nak Ubah Hidup 2019
Assalamualaikum
Hi korang
Siapa yang terlepas menyertai Program Nak Ubah Hidup 2019 tempohari? Sangat merugikan tau.. Rugi bukan kerana apa, tapi kerana korang tak dapat timba ilmu yang telah dikongsikan oleh Dr. Azizan tempohari. Siapa yang dapat mengubah diri sendiri dan hidup kita kalau bukan diri kita sendiri, kan
Pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 yang lalu, Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Program 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Dan kaklong salah seorang daripadanya. Hihi.. Bangga jap. Bukan senang nak dapat peluang menghadiri program yang sebegini
Objektif Program
Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang telah dilihat ialah semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan, malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.
Akibatnya, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan.
Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah melalui liku-liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan, beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain.
Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.
Susah Seorang Diri, Senang Dikongsi Bersama
Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.
Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu.
Bukan sahaja duit, semua perkara yang menambah nilai dan kualiti dalam hidup adalah REZEKI dari Allah swt. - Dr. Azizan Osman, NUH 2019
Cepat klik sini --> Daftar NUH 2020
Dasar Kepercayaan Tinggi
Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi.
Sambutan Hari Merdeka & Awal Muharram
Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam.
Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah.
Berhijrah Merdekakan Diri
Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.
Lebih manis bila Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara untuk pihak RichWorks bantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.
Alhamdulillah, kejayaan pihak RichWorks menganjurkan program yang disifatkan oleh peserta sebagai – program konsert tapi padat dengan ilmu yang diyakini telah memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir
Eh! Takkan korang tak nak join next program? Jom kita sama-sama mengubah diri kita, persepsi kita dan juga pandangan kita tentang bisnes... Kan best kita dapat maju kedepan tanpa menoleh kerugian di belakang.. >.<
DAFTAR SINI UNTUK PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2020
Facebook : Azizan Osman Official PageInstagram : Azizan Osman OfficialTwitter : Azizan OfficialYoutube : Azizan OsmanLinked : Azizan Osman Official
Website : www.nakubahhidup2020.com
Email:
[email protected] : 1-300-88-2424
Ceritera,Sue Sopian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suesopian.com/2019/09/peluang-untuk-mengubah-diri-nak-ubah.html