Program Nak Ubah Hidup 2019 Bantu Lebih 10 000 Orang
PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 (NUH 2019) BANTU LEBIH 10,000 ORANG
ANJURAN RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD
SEMPENA MERDEKA 2019
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir dan memeriahkan Program Nak Ubah Hidup (NUH 2019) anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. Program 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Memang padat dengan orang ramai bila AM melangkah masuk ke SCCC.
AM dimaklumkan yang objektif penganjuran Program NUH 2019 ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.
AM kagum dengan cara persembahan Dr Azizan Osman yang begitu bersahaja dan kelakar di samping padat dengan ilmu untuk dikongsi bersama dengan puluhan ribu peserta yang membanjiri NUH 2019. AM masih ingati istilah ‘Biawak’ yang dibawa oleh beliau.
Untuk berjaya jangan biarkan biawak sewa percuma dalam otak kerana biawak suka meronok-ronok, penuh dengan ego, emosi tak tentu tempat dan ambil enteng dalam segala hal!
- Dr Azizan Osman -
RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain.
Apa yang menariknya, kegagalan beliau dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.
Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.
Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu.
Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi.
Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam.
Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah.
Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.
Lebih manis bila Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Hafiz Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Dan pihak RichWorks juga telah menghantar jemputan khas kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Media sebagai salah satu cara membantu mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.
Kepada yang berminat untuk turut sama dalam Program ini pada tahun hadapan boleh layari www.nakubahhidup2020.com sekarang kerana dapat berpeluang mendapat tawaran eksklusif program Nak Ubah Hidup 2020
KATA ALONGMURNI
PERTAMA KALI AM HADIRI PROGRAM SEUMPAMA INI YANG RATA-RATA PESERTANYA BEGITU BERSEMANGAT DAN YAKIN UNTUKMELANGKAH BERJUANG MENGUBAH HIDUP MEREKA. SATU PROGRAM MOTIVASI YANG SANGAT BAGUS DAN MEMBERI INSPIRASI BILA MELIHAT DAN BERPELUANG DUDUK DI SAMPING MEREKA YANG TELAH BERJAYA HASIL DARI PROGRAM INI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2019/09/program-nak-ubah-hidup-2019-nuh-2019.html