Peluang Ph Padam Kekecewaan Gagal Pertahan Majoriti Dua Pertiga


bharian.com.my
Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub 
[email protected] April 21, 2024 @ 9:01am
Foto hiasan. -Foto fail NSTP
Politik Selangor kembali menjadi tumpuan selepas kekosongan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong.

Susulan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan dengan penamaan calon pada 27 April, hari undi awal (7 Mei) dan pengundian pada 11 Mei ini.

Meskipun PRK ini tidak mengubah status kedudukan kerajaan negeri, kemenangan Pakatan Harapan (PH) amat penting bagi memastikan luka kegagalan mempertahankan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tidak kembali berdarah, sekali gus meremukkan semangat parti pemerintah.

Bagi Perikatan Nasional (PN), PRK ini menjadi medan pertempuran sengit untuk menebus semula kekecewaannya gagal merampas kerajaan negeri dalam PRN apabila hanya memenangi 22 daripada 56 kerusi keseluruhannya.

Dalam PRN itu juga, PN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, DUN Hulu Bernam dan Batang Kali tetapi tewas di Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi.

PRK ini juga penting kepada PN kerana bakal mencerminkan kekuatan kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerajui PN Selangor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Abdul Rashid Asari daripada BERSATU membuat kejutan dengan mengalih sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan PH negeri.

Sekiranya PN berjaya memenangi PRK Kuala Kubu Bharu, imej Mohamed Azmin dan PN di Selangor akan kembali pulih, sekali gus mampu membenam persepsi musuh politiknya untuk menyekat momentum gabungan parti berkenaan.

Namun, kedua-dua gabungan parti politik ini mempunyai kekuatan tersendiri dan peluang untuk menang masih terbuka berdasarkan suasana perkembangan politik nasional serta tempatan sekiranya memilih strategi politik tepat serta tercetusnya 'ledakan bom politik' pada saat-saat akhir menjelang hari pengundian.

Kepada PH, beberapa pemerhatian penting dapat disimpulkan. Pertama, gabungan ini tidak berhadapan kesukaran meraih sokongan pengundi Cina dan India berjumlah 48 peratus tetapi jenteranya perlu memastikan segmen pengundi berkenaan keluar mengundi dengan peratusan tinggi dan mencalonkan individu bukan Melayu mewakili PRK berkenaan.

Faktor calon amat penting kerana kerusi DUN Kuala Kubu Bharu tidak pernah disandang wakil rakyat Melayu seperti Hulu Bernam dan Batang Kali. Sekiranya PH menukar calon kepada Melayu, eksperimen ini bakal mengundang malapetaka politik kepada PH apabila tahap sokongan berkemungkinan merosot secara mendadak.

Kedua, PH tidak perlu berkerja keras mendapatkan sokongan lebih 50 peratus pengundi Melayu, sebaliknya hanya perlu menyalurkan tenaga gerak kerja dengan meyakinkan pengundi Melayu sedia ada.

Ini kerana PH masih memperoleh sokongan padu pengundi bukan Melayu, sekali gus menjadi kelebihan kepada mereka berbanding kawasan lain.

Ketiga, PH sebenarnya berupaya menang 'cepumas' dalam PRK ini kerana ia tuan rumah PRK dan kerajaan semasa mentadbir Selangor.

Justeru, PH perlu memaksimumkan penggunaan jentera, kekuatan kewangan dan ketersediaan maklumat untuk menjejaki kumpulan pengundi sasaran bagi mencapai kempen berkesan.

Kerajaan Selangor perlu mengambil kesempatan PRK kali ini untuk menghebahkan pelbagai manfaat dan inisiatif berjaya, sedang dilaksanakan serta bakal dirancang bagi meningkatkan keyakinan pengundi.

Sokongan pengundi Melayu meningkat

Bagi PN pula, pemerhati politik dan rakyat hari ini melihat sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu semakin meningkat berbanding sebelumnya.

Pada PRN lalu, PN mendapat peningkatan undi 30.85 peratus, sekali gus menunjukkan peralihan sokongan berlaku walaupun tewas kepada calon PH.

Peratusan undi ini dijangka bertambah dalam PRK apabila pelbagai isu nasional memanaskan suhu politik negara seperti cadangan mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), isu stoking, kos harga barang dan isu 3R (agama, kaum dan raja) lain yang berpotensi menguntungkan gabungan berkenaan.

Emosi orang Melayu mudah 'terjentik' sekiranya mana-mana ada isu berkaitan Islam, bahasa, hak orang Melayu dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Ini bukanlah baharu kerana ahli akademik Singapura, Lily Zubaidah Rahim pada 1999 dalam bukunya juga mengakui dan menulis panjang lebar perihal sama mengenai sensitiviti Melayu di Singapura.

Oleh itu, PN mempunyai peluang terbaik dalam PRK untuk berpaut atas emosi orang Melayu yang sedang 'dijentik' untuk meraih lebih tinggi sokongan daripada segmen pengundi berkenaan.

Di samping itu, PN perlu berani meletakkan calon Melayu meskipun secara tradisinya GERAKAN bertanding dalam PRN lalu wajar diberi keutamaan. Suhu politik Melayu antara faktor dimanfaat PN dengan meletakkan calon Melayu termasuk daripada PAS demi memastikan sokongan segmen pengundi berkenaan terus melonjak.

Berdasarkan sifir politik, PN hanya perlu menarik 10 peratus sokongan undi bukan Melayu jika mereka yakin 80 peratus undi Melayu sudah berada dalam genggaman.

Cuma, timbul persoalan mengapa calon PAS, bukan BERSATU? Ini kerana pengundi bukan Melayu pernah melihat dan menilai prestasi PAS sebagai antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Selangor pada 2008.

Malah, PAS pernah bekerjasama dan mempunyai hubungan baik dengan pimpinan DAP serta masyarakat bukan Melayu di Selangor. Pengalaman ini amat mahal sebagai modal menarik sokongan pengundi bukan Melayu yang memiliki kematangan politik dan masih sukar menerima kerjasama politik DAP dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun, peluang PH dan PN dalam PRK masih terbuka luas. Bagi PH, kemenangan ini penting untuk menoktahkan gelombang hijau di utara Selangor, manakala bagi PN inilah masanya 'memadamkan' lambang PH sepenuhnya dalam peta kawasan Parlimen Hulu Selangor, sekali gus menambah koleksi bilangan kerusi DUN sedia ada.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya (UM)

Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/peluang-ph-padam-kekecewaan-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Sultan Pas Jangan Ambil Sikap Dua Darjat Bertindak Ke Atas Ahli Biasa

Hina Sultan Pas Jangan Ambil Sikap Dua Darjat Bertindak Ke Atas Ahli Biasa

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 159 hits
Pemuda Pas harus berani untuk menegur kesilapan dan kecuaian pimpinan mereka agar kenyataan yang bersifat menghina institusi diraja tidak berulang lagi Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Nasional Danial Al Rashid Haron berkata Pas ju...
Jurutera Saman Hospital Rm55 Juta Akibat Hilang Dua Kaki

Jurutera Saman Hospital Rm55 Juta Akibat Hilang Dua Kaki

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 250 hits
Seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam mendakwa dirinya menjadi Orang Kelainan Upaya akibat kecuaian doktor bedah sebuah hospital swasta terkemuka Akibat daripada kecuaian itu Isman Ibrahim 41 telah memfailkan saman terhadap h...
Dua Perwira Polisi Di Kuansing Jatuh Dari Udara Akibat Mesin Paramotor Mati 1 Luka Serius

Dua Perwira Polisi Di Kuansing Jatuh Dari Udara Akibat Mesin Paramotor Mati 1 Luka Serius

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 117 hits
Kepala Polres Kuansing AKBP Pangucap Priyo Soegito Selasa membenarkan peristiwa tersebut terjadi pada Senin
Video Tegas Menlu Retno Respons Serangan Iran Ke Israel Perintah Jokowi Dua

Video Tegas Menlu Retno Respons Serangan Iran Ke Israel Perintah Jokowi Dua

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 102 hits
Menlu Retno Marsudi mengungkapkan pemerintah telah membahas mengenai respons peningkatan tensi geopolitik dunia usai serangan rudal Iran ke Israel
Video Dua Jenderal Polisi Tni Al Turun Tangan Usai Anggota Bentrok Di Pelabuhan Sorong

Video Dua Jenderal Polisi Tni Al Turun Tangan Usai Anggota Bentrok Di Pelabuhan Sorong

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 192 hits
Bentrokan terjadi antara anggota Pomal Lantamal IV Sorong dan Brimob Papua Barat di ruang tunggu keberangkatan Pelabuhan Sorong Minggu
19 Korban Tanah Runtuh Dua Hilang

19 Korban Tanah Runtuh Dua Hilang

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 107 hits
AFPANNGGOTA menyelamat Indonesia bersama penduduk mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di selatan Sulawesi FOTO Reuters Antara Jakarta Sekurang kurangnya 19 orang ditemui mati dan dua lagi hilang selepas berlaku tanah runtuh d...
Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 253 hits
Keadaan 4WD dinaiki mangsa yang terbabas sebelum terbalik di parit di Jalan Kampung Gana Kota Marudu hari ini 2 bersaudara maut 3 cedera parah nahas 4WD KOTA MARUDU Dua wanita bersaudara maut manakala tiga parah selepas kenderaan dinaiki di...
Buaya Tembaga Seberat Dua Tan Berjaya Ditangkap Nelayan

Buaya Tembaga Seberat Dua Tan Berjaya Ditangkap Nelayan

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 146 hits
nbsp Seekor buaya tembaga dianggarkan seberat dua tan dan sepanjang 4 5 meter berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring Pulai di sini hari ini Seorang nelayan Mohd Amin Mohd Yatim 53 berkata dia menemukan reptilia itu kira kira ...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life