Hina Sultan Pas Jangan Ambil Sikap Dua Darjat Bertindak Ke Atas Ahli Biasa





 

Pemuda Pas harus berani untuk menegur kesilapan dan kecuaian pimpinan mereka agar kenyataan yang bersifat menghina institusi diraja tidak berulang lagi.





Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Nasional, Danial Al Rashid Haron berkata Pas juga diingatkan agar tidak bertindak antara dua darjat atau berat sebelah dalam menangani isu tersebut.





"Sebelum ini, Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) mengeluarkan satu tulisan yang membawa kenyataan hampir serupa yang menghina sultan sehingga membawa kepada rasa dukacita Sultan Selangor.





"Pemuda Pas seharusnya menyiasat punca di sebalik tindakan ahli-ahli mereka menghina sultan secara terbuka. Mungkin ada kekurangan dalam pemahaman terhadap nilai-nilai kebudayaan dan sensitiviti terhadap institusi monarki," katanya.





Danial yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga berkata siasatan juga perlu melihat kesan dan implikasi dari kenyataan Presiden Pas yang mungkin memberi kesan langsung kepada sikap dan tindakan ahli-ahli parti.





"Kesedaran terhadap betapa pentingnya menghormati institusi monarki harus disemai dari puncanya termasuk dari kalangan pemimpin tertinggi parti itu sendiri.





"Jangan hanya berani menyeru tindakan kepada ahli biasa, tetapi menutup mata terhadap kebiadaban pimpinan parti," katanya.





Dalam pada itu, Danial menghargai kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pemuda Pas Johor dan Selangor berhubung tindakan seorang ahli mereka menghina sultan amat dihargai.





"Penghormatan terhadap institusi monarki adalah asas penting dalam masyarakat Malaysia. Kenyataan media tersebut menunjukkan kesedaran terhadap nilai-nilai kebudayaan dan tradisi yang perlu dijaga dalam menjaga keharmonian sosial.





"Gesaan Pemuda Pas Selangor agar tindakan tatatertib diambil terhadap individu terbabit juga penting untuk memastikan kredibiliti parti itu di mata masyarakat awam," katanya.





Sebelum ini tular hantaran seorang ahli Pas Hezry Yasin menerusi Facebook berhubung keengganannya untuk mengaminkan doa buat Yang di-Pertuan Agong dan sultan ketika menunaikan solat Jumaat di Johor baru-baru ini.





Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan.





Pemuda Pas Selangor dalam kenyataannya semalam menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kenyataan bekas ahli jawatankuasa sayap parti itu.





"Pemuda Pas Selangor menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar sekiranya tindakan Hezry itu melanggar displin parti," kata Setiausahanya, Aubidullah Fahim.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/hina-sultan-pas-jangan-ambil-sikap-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enggan Tadah Tangan Doa Buat Sultan Dan Agong Ahli Pas Mohon Maaf

Enggan Tadah Tangan Doa Buat Sultan Dan Agong Ahli Pas Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 297 hits
FMT ReportersHezry Yasin dalam hantaran yang dipadamkan antara lain menyatakan akan menurunkan tangan ketika doa buat sultan atau Agong semasa khutbah Jumaat PETALING JAYA Individu memuat naik hantaran berhubung doa buat sultan Agong Jumaat...
Akhirnya Ahli Pas Hina Raja Raja Dan Agong Kini Bersendirian Tanggung S

Akhirnya Ahli Pas Hina Raja Raja Dan Agong Kini Bersendirian Tanggung S

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 197 hits
Pemuda PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut ke atas bekas ahli jawatankuasa mereka yang terpalit dengan isu raja raja Melayu Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah...
Dua Masalah Utama Pas

Dua Masalah Utama Pas

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 205 hits
Here is another interesting video by RPK Raja Petra Kamaruddin Its an interesting observation about PAS But when I watched the video I was intrigued by RPK s shirt or windbreaker or rain poncho Very colourful Bang Cute headgear too Lama tak...
Perkembangan Isu Ahli Pas Katanya Masih Sayang Isteri

Perkembangan Isu Ahli Pas Katanya Masih Sayang Isteri

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 387 hits
Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini membenarkan proses sambung reman terhadap suspek yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang pada 14 April lalu Ia selepas reman selama tujuh hari yang dibenarkan mahk...
Jangan Terpedaya Kolaborasi Dengan Zico Netizen Gesa Untuk Boikot Lagu Baru Jennie Bp Atas Sebab Ini

Jangan Terpedaya Kolaborasi Dengan Zico Netizen Gesa Untuk Boikot Lagu Baru Jennie Bp Atas Sebab Ini

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 411 hits
Selepas keluar dari YG Entertainment Jennie BLACKPINK nampaknya makin aktif dengan aktiviti solonya kini Artikel Berkaitan Terbaru Zico telah mengumumkan keluaran single barunya berjudul SPOT pada 26 April ini berkolaborasi dengan Jennie Me...
Kritik Tak Apa Jangan Kutuk Hina Itu Tak Sesuai Sebagai Guru

Kritik Tak Apa Jangan Kutuk Hina Itu Tak Sesuai Sebagai Guru

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 337 hits
Najib Bakar Kelakar gila seorang cikgu walaun bernama Mohd Zulhelmi Mansor buat laporan polis terhadap Ustaz Miqdad Zakaria Profile cikgu tu mengajar di Teknik Gombak mungkin https www facebook com mohdzulhelmi mansor 7 mibextid ZbWKwLAlasa...
Lagi Hina Agama Sultan Pdrm P Rk 6 Parlimen

Lagi Hina Agama Sultan Pdrm P Rk 6 Parlimen

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 363 hits
Nurhafizah dan Munirah ketika hadir menyerahkan satu memorandum kepada agong di Pintu 3 Istana Negara di sini petang tadi I Isu Ganesparan PUTRA serah memorandum mohon kepada AgongKUALA LUMPUR Parti Bumiputera Perkasa Malaysia pada hari ini...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi