Peluang Niaga Di Saudi Visa Luaskan Agensi Pelancongan



KUALA LUMPUR, 28 Sept -- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) melihat rancangan Arab Saudi untuk membuka pintunya kepada pelancong asing sebagai langkah yang akan meluaskan peluang perniagaan pelancongan di Malaysia.

Timbalan Presiden MATTA Mohd Akil Yusof berkata pengumuman rejim visa baharu itu akan mewujudkan peluang perniagaan baharu kepada agensi pelancongan untuk menjual pakej pelancongan dan menawarkan kepada orang Islam dan bukan Islam di negara ini.
”Langkah oleh kerajaan Arab Saudi akan membuka destinasi baharu kepada ramai pelancong di negara ini kerana visa pelancong ini untuk semua orang. Kini semua orang boleh datang dan melawat Arab Saudi walaupun mereka bukan Muslim,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini baru-baru ini.
Mohd Akil mencadangkan supaya pelancong terlebih dahulu membaca mengenai kelayakan visa sebelum memohon secara dalam talian, bagi mengelakkan kekeliruan dengan visa untuk menunaikan umrah dan haji atau aktiviti berkaitan selain pelancongan.
Mengenai rancangan kerajaan Arab untuk membuka pintunya kepada pelancong bukan Muslim dan mencapai 30 juta kedatangan pelancong setiap tahun menjelang 2030, beliau berkata negara Islam itu perlu melakukan banyak aktiviti pemasaran dan menawarkan pakej destinasi unik bagi menarik lebih ramai pelancong.
“Apabila lebih ramai pelancong mula memasuki Arab Saudi, pelancong akan berminat untuk melawat tempat-tempat berbeza di negara itu seperti Jeddah, Riyadh...dan destinasi berkenaan memerlukan pasaran pelancongan tempatan di sana menawarkan pakej unik,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Akil menasihatkan orang awam supaya tidak pergi ke Arab Saudi dengan sendiri tetapi mempertimbangkan perkhidmatan yang disediakan ahli MATTA (agensi pelancongan) bagi memastikan pelancong faham undang-undang dan peraturan visa pelancong mereka.
“Kami merasakan penglibatan agensi pelancongan adalah perlu kerana halangan bahasa dan pasaran pelancongan di sana masih baharu. Dinasihatkan supaya pelancong menggunakan agensi pelancongan supaya perjalanan mereka lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.
Beliau menambah, MATTA dan ahlinya akan menyokong langkah dibuat negara konservatif itu dan akan mempromosikan Arab Saudi sebagai satu lagi destinasi kepada rakyat Malaysia sama ada yang beragama Islam atau tidak.
Pada Jumaat, Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) mengumumkan buat pertama kali, kerajaan itu melancarkan visa pelancongan yang akan dikeluarkan melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi di seluruh dunia.
Rakyat dari 49 negara di seluruh dunia termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Denmark, Itali, Jerman, Singapura, Brunei dan Malaysia layak memohon visa pelancong secara dalam talian.
Langkah itu adalah satu daripada agenda utama program reformasi Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai persediaan untuk ekonomi terbesar rantau Arab itu berdepan zaman selepas era minyak dan menarik syarikat asing untuk melabur dalam sektor berkenaan yang diharapkan dapat menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Pengerusi SCTH Ahmed al-Khateeb mengesahkan abaya tidak akan menjadi mandatori kepada pelancong wanita tetapi perlu berpakaian sopan manakala alkohol tetap diharamkan.
Sehingga kini, pelancong asing yang memasuki Arab Saudi terhad kepada pekerja pemastautin dan tanggungan mereka, pengembara perniagaan dan jemaah Muslim yang diberi visa khas untuk melawat Makkah dan Madinah.-- BERNAMA

Lihat sebelum ini..
Pemuda M'sia Jual Produk Halal M'sia Di Saudi (14)..Saudi Buka Pintu Pelancong (16). Ini 7 Tempat Law...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/peluang-niaga-di-saudi-visa-luaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agensi Pelancongan Saman Azmin Rm329k Tuntut Hutang Perjalanan

Agensi Pelancongan Saman Azmin Rm329k Tuntut Hutang Perjalanan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 394 hits
Hidir Reduan Abdul Rashid Sebuah agensi pelancongan memfailkan saman terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menuntut RM328 901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum dibayar Dalam kenya...
Dua Mantan Pegawai Twitter Diadili Di As Karena Jadi Mata Mata Saudi

Dua Mantan Pegawai Twitter Diadili Di As Karena Jadi Mata Mata Saudi

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 181 hits
Pengadilan Seattle Amerika Serikat mendakwa agen Arab Saudi telah mencari informasi pribadi tentang pengguna Twitter termasuk kritik terhadap Kerajaan Arab Saudi
Stupid Maszlee To Import Wahabi Teachers From Saudi Arabia

Stupid Maszlee To Import Wahabi Teachers From Saudi Arabia

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 227 hits
Saudi govt agree to send teachers in English Maths Science to M siafor training to prepare for the 21st Century educational systemEducation Ministry said agreement reached between Maszlee and Saudi Saudi teachers teaching these three subjec...
Perjanjian Damai Pemerintah Yaman Dan Pemberontak Disepakati Di Saudi

Perjanjian Damai Pemerintah Yaman Dan Pemberontak Disepakati Di Saudi

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 169 hits
MBS menyebutnya sebagai Kesepakatan Riyadh sebagai langkah krusial solusi politik mengakhiri perang berdarah selama empat tahun di Yaman
Saudi Teachers Malaysians Can Learn From One Another

Saudi Teachers Malaysians Can Learn From One Another

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 235 hits
A few days ago Malaysians must have been stunned to learn about an exchange programme between the Malaysian and Saudi Arabian education ministries whereby Saudi Arabian teachers would gain teaching experience in Malaysia The reasons for the...
Arab Saudi Sedia Taja 300 Pelajaran Malaysia Dalam Bidang Sains Dan Teknologi

Arab Saudi Sedia Taja 300 Pelajaran Malaysia Dalam Bidang Sains Dan Teknologi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 309 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bertemu Dubes Saudi Prabowo Tak Bahas Pencekalan Rizieq

Bertemu Dubes Saudi Prabowo Tak Bahas Pencekalan Rizieq

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 306 hits
Bertemu Dubes Saudi Prabowo Tak Bahas Pengakuan Rizieq Dicekal Dalam pertemuan dengan Dubes Arab Saudi Dahnil mengaku Prabowo tak membahas pengakuan Pimpinan FPI Rizieq Syihab yang dicekal untuk pulang ke Indonesia
Sprmmalaysia Terima 16 Laporan Urus Niaga Land Swap Kementerian Pertahanan

Sprmmalaysia Terima 16 Laporan Urus Niaga Land Swap Kementerian Pertahanan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 192 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Gusti Wanita Pertama Kali Di Saudi Patuh Syariah Kah

Gusti Wanita Pertama Kali Di Saudi Patuh Syariah Kah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 561 hits
Ahli Gusti wanita Lacey Evans akan bertanding melawan Natalya di Riyadh pada Khamis malam 31 Oktober 2019 merupakan pertunjukan gusti wanita pertama di Arab Saudi SUKANARAB Saudi buat kali pertama menjadi tuan rumah pertunjukan gusti wanita...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba