Peluang Cerah Ismail Sabri Tanding Presiden Pulih Maruah Umno


agendaily.com15/12/2021
Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpeluang bertanding merebut jawatan Presiden UMNO daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Susulan sokongan kuat diterima Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal, membuka peluang kepadanya untuk bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti itu.

Ismail Sabri yang dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) kesembilan dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), termasuk UMNO, kini boleh memikirkan strategi seterusnya bersama ‘team’ beliau untuk merebut jawatan itu daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ianya juga membuka peluang kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Shahidan Kassim, serta Datuk Seri Nazri Aziz dan beberapa pemimpin lain untuk kembali memimpin UMNO.

Pemimpin pergerakan Wanita UMNO yang rapat dengan Ismail Sabri juga sekarang ini boleh memikirkan langkah untuk bertanding merebut kerusi Ketua Wanita yang kini disandang Datuk Seri Noraini Ahmad, yang rapat dengan Zahid.

Sebelum ini, ketika merasmikan secara serentak mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bera, Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mengadakan PRU15 kerana masih terdapat banyak ‘urusan yang belum selesai’.

Ini termasuk mengemudi negara keluar daripada krisis pandemik Covid-19 dan menjamin kestabilan politik.

Bukan berniat mengekalkan kuasa PM yang ada sekarang ini, sebaliknya beliau mahu memastikan keperluan rakyat termasuk luar bandar terbela, selain memastikan UMNO melakukan persiapan secukupnya bagi memastikan kemenangan.

Hasrat beliau untuk tidak mengadakan PRU15 lebih awal, menyanggah keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mahu ianya diadakan sebelum pemilihan parti, susulan UMNO/BN menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November lalu.

Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.

Namun, Ismail Sabri menolak kenyataan itu sebaliknya berkata kemenangan BN pada PRN Melaka baru-baru ini tidak boleh dijadikan tanda aras bagi kemenangan BN di seluruh negara dalam PRU15.

Ini kerana undi popular BN dalam PRN berkenaan hanya meningkat 0.88 peratus dan kira-kira 65 peratus keluar mengundi serta ramai penyokong parti lain tidak keluar mengundi.

Keputusan Ismail Sabri menolak PRU15 lebih awal juga mendapat sokongan rakyat yang sekarang ini berdepan dengan krisis kehidupan susulan pandemik Covid-19 yang belum berkesudahan.

Rancangan mengakhiri pandemik dengan endamik pula terbantut susulan penularan varian baharu Omicron yang lebih pantas menular berbanding varian Delta.

Oleh kerana PRU15 tidak akan diadakan dalam masa terdekat atau sehingga tamat penggal Parlimen pada 2023, bermakna pemilihan UMNO bagi penggal 2021/2023 perlu diadakan selewat-lewatnya November tahun depan.

Ini bermakna kedudukan Ismail Sabri sebagai PM sekarang ini yang turut disokong kuat PN, masih selamat, kecuali jika Zahid mengulangi pengkhianatannya yang pernah dilakukan terhadap Kerajaan PN dahulu.

Zahid boleh berpakat dengan beberapa MP UMNO yang menjadi pengikut setianya, termasuk Noraini, selain bantuan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, sekali gus menyebabkan kerajaan Ismail Sabri jatuh.

Tapi beranikah Zahid bertindak demikian dalam keadaan beliau sekarang ini sedang berdepan puluhan tuduhan di mahkamah kerana melakukan jenayah, termasuk rasuah?

Belum pernah berlaku dalam sejarah negara pemimpin nombor satu UMNO berdepan tuduhan jenayah ketika masih dalam tempoh memegang jawatan.

Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi dan dijatuhi hukuman penjara dan denda dalam kes SRC International pun, didakwa di mahkamah setelah meletak semua jawatan.

Apapun, sebagai PM, Ismail Sabri harus bijak mengambil kesempatan sekarang ini menyusun strategi untuk bertanding merebut jawatan Presiden, manakala Hishammuddin pula bagi kerusi Timbalan, disusuli dengan kerus-kerusi Naib Presiden serta MT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/peluang-cerah-ismail-sabri-tanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Beri Isyarat Mahu Jadi Presiden Umno Dulu Sebelum Parlimen Boleh Dibubarkan

Ismail Sabri Beri Isyarat Mahu Jadi Presiden Umno Dulu Sebelum Parlimen Boleh Dibubarkan

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 235 hits
Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak bersabar dan terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan yang dihadapi rakyat sebelum Parlimen boleh dibubarkan Walaupun kes Covid19 semakin menurun berban...
Pesanan Untuk Ismail Sabri Jawatan Pm Bukan Tangkal Sakti Untuk Pasti Menang Presiden Umno

Pesanan Untuk Ismail Sabri Jawatan Pm Bukan Tangkal Sakti Untuk Pasti Menang Presiden Umno

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 172 hits
Apabila Kelab Penyokong Kerajaan atau BBC mengadakan sidang media menyatakan sokongan terbuka agar Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob diberi tempoh berkuasa menerajui negara sehingga tahun 2023 tujuan paling mudah difahami di sebaliknya ia...
Segerakan Pemilihan Umno Beri Peluang Pada Ismail Sabri Sehingga 2023

Segerakan Pemilihan Umno Beri Peluang Pada Ismail Sabri Sehingga 2023

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 229 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 17 2021 6 01 PMUmno bahagian Ketereh hari ini mengemukakan usul menggesa supaya pemilihan parti itu diadakan segera tahun hadapan sebelum November Usul berkenaan dibentang Ketua Penerangan Umno bahagian Rosla...
Jika Ismail Sabri Terus Lengahkan Pru15 Mungkinkah Umno Sendiri Paksa Parlimen Dibubarkan

Jika Ismail Sabri Terus Lengahkan Pru15 Mungkinkah Umno Sendiri Paksa Parlimen Dibubarkan

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 175 hits
Berikutan kenyataan Ismail Sabri yang memperlekeh kemenangan BN dalam PRN Melaka dengan menyebut undi popular UMNO hanya meningkat sebanyak 1 peratus saja lalu mengatakan sabar dulu untuk diadakan PRU15 Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dus...
Dasar 1 Peratus Peluang Kerja Oku Jadi Kpi Semua Kementerian Ismail Sabri

Dasar 1 Peratus Peluang Kerja Oku Jadi Kpi Semua Kementerian Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 201 hits
Oleh KERAJAAN menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya dijadikan petunjuk prestasi utama bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022 kata Datuk Seri Ismail Sab...
Pru 15 Dahulu Atau Pemilihan Umno Ismail Sabri Dakwa Beliau Lebih Selesa Berdiam Diri

Pru 15 Dahulu Atau Pemilihan Umno Ismail Sabri Dakwa Beliau Lebih Selesa Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 221 hits
BERA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau lebih selesa untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai sama ada pemilihan UMNO atau Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diadakan terlebih dahulu walaupun beliau selaku Perdana M...
Panas Ismail Sabri Akhirnya Akui Umno Berkuasa Bukan Sebab Menang Pilihanraya

Panas Ismail Sabri Akhirnya Akui Umno Berkuasa Bukan Sebab Menang Pilihanraya

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 176 hits
December 12 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kembalinya UMNO memegang tampuk pemerintahan negara bukan kerana menang lebih 112 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Beliau berkata dengan kudr...
Sokongan Padu Umno Penting Untuk Selesaikan Isu Rakyat Ismail Sabri

Sokongan Padu Umno Penting Untuk Selesaikan Isu Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 196 hits
BERA Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu terus mendapat sokongan parti sebagai Perdana Menteri untuk membantunya fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat Beliau berkata walaupun kes Covid 19 semakin m...
Video Pendek Ini Memerli Ismail Sabri Lihatlah Bagaimana Presiden Jokowi Melawat Petani Diwaktu Hujan Lebat

Video Pendek Ini Memerli Ismail Sabri Lihatlah Bagaimana Presiden Jokowi Melawat Petani Diwaktu Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 189 hits
BANYAK KEJAYAAN YANG DILAKSANAKAN OLEH JOKOWI BAGI MEMBANTU PETANI DIINDONESIA PERANA BELIAU IALAH MEMASTIKAN RASUAH DIHENTIKAN DAN PETANI DIMODENKAN LIHATLAH BAGAIMANA BELIAU MELAWAT KAWASAN PETANIAN DI INDONESIA
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly