Dasar 1 Peratus Peluang Kerja Oku Jadi Kpi Semua Kementerian Ismail Sabri


Oleh Bernama
  KERAJAAN menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, penetapan ini adalah berikutan dasar berkenaan belum lagi mencapai sasaran setakat ini.
“Di dalam Bajet 2022 menyediakan peluang untuk anak muda OKU dilantik menerusi skim MySTEP (Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia) dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Jan 2022. 
Azam dan usaha ini sekali gus membantu mempercepatkan Dasar 1 Peratus OKU dalam sektor awam tercapai,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia sempena Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak pernah sesekali meminggirkan golongan OKU, malah sentiasa mengiktiraf peranan dan kepentingan mereka terutamanya dalam agenda Keluarga Malaysia.
Kerajaan, katanya, menyedari dalam tempoh hampir dua tahun ini seluruh rakyat terbeban dengan ancaman pandemik COVID-19 dan golongan OKU merupakan antara kelompok yang sangat terkesan akibat wabak itu.
Justeru, selain menyeru OKU bersiap siaga untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ke arah fasa endemik, kerajaan katanya akan sentiasa membantu dan menyokong agar golongan ini terus kental, berdaya tahan dan bersifat anjal bagi menyesuaikan diri dengan cara hidup norma baharu.
“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 lebih banyak peluang ekonomi disediakan kepada OKU melalui pelbagai platform termasuk ekonomi perkongsian dan ekonomi digital,” katanya.
Beliau berkata KPWKM serta agensi terlibat perlu memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan dalam Bajet 2022 untuk keperluan OKU dibelanjakan dengan optimum.
“Isu-isu berbangkit perlu diselesaikan dengan sempurna dan benar-benar sampai kepada penerima manfaat, sebagai contoh, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk menjadikan bangunan kerajaan mesra OKU perlu direalisasikan secara holistik oleh kementerian-kementerian lain yang berkaitan.
Ini bagi membolehkan bangunan-bangunan terbabit mematuhi undang-undang dan peraturan yang relevan. Selain itu Pihak Berkuasa Tempatan akan terus digalakkan untuk menerima pakai prinsip ‘Universal Design’ atau Reka Bentuk Sejagat bagi menambah baik akses kemudahan awam untuk OKU,” katanya.
Beliau berkata ia termasuk peruntukan-peruntukan lain yang telah diluluskan perlu dilaksanakan dengan lebih teliti, supaya usaha memperkasa OKU secara komprehensif dapat direalisasikan.
Sementara itu, Rina berkata sehingga 30 Nov tahun ini terdapat seramai 587, 608 OKU telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) dan kementerian akan terus berusaha supaya lebih ramai OKU dalam keluarga Malaysia mendaftar dengan JKM.
Beliau berkata antara Aspirasi Keluarga Malaysia di bawah kementerian adalah memperkenalkan inisiatif MyDaftar OKU dengan permohonan secara dalam talian supaya mewujudkan pangkalan data OKU dan sistem maklumat yang komprehensif.
Katanya pengurusan pendaftaran kad OKU melalui MyDaftarOKU akan memudahkan OKU tanpa pengisian borang secara manual, pengesahan ketidakupayaan oleh pakar, pegawai atau pengamal perubatan secara dalam talian.
Tema Sambutan Hari OKU pada tahun ini iaitu “Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19” yang dipilih supaya golongan OKU bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ke arah fasa endemik COVID-19.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/dasar-1-peratus-peluang-kerja-oku-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Kpi Sepanjang Pemerintahan Ismail Sabri Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Antara Kpi Sepanjang Pemerintahan Ismail Sabri Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 291 hits
1 Barang Najib yang disita di kembalikan semula 2 Najib tidak dipenjarakan walaupun mahkamah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara 3 Kerajaan Ismail Sabri ada banduan nasional 4 Najib dapat pasportnya untuk keluar negara 5 Rosmah dapat paspo...
Umno Tekan Ismail Sabri Rancang Letak Zahid Sebagai Pm Lepas Pru15

Umno Tekan Ismail Sabri Rancang Letak Zahid Sebagai Pm Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 402 hits
agendailt com1 12 2021Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO menolak pengeluaran i Citra RM10 000 secara one off menyebabkan beliau kini menjadi sasaran tekanan pemimpin kanan parti sendiri Sat...
8 Disember Bukan Doomsday Najib Tapi Doomsday Ismail Sabri Zeti Dan Mahathir Juga

8 Disember Bukan Doomsday Najib Tapi Doomsday Ismail Sabri Zeti Dan Mahathir Juga

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 370 hits
Oleh Sirajuddin AhmadHari penentu sama ada Datuk Seri Najib bersalah atau tidak dalam kes rayuannya akan di tentukan bersempena 100 hari Datuk Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Pada hari penentu itu nama nama selain dari nama Najib nama ...
Kalau Betul Bersatu Mahu Jatuhkan Ismail Sabri Memang Patut Pun Beliau Dijatuhkan

Kalau Betul Bersatu Mahu Jatuhkan Ismail Sabri Memang Patut Pun Beliau Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 246 hits
Kata bekas Perdana Menteri Najib Razak Bersatu kini sedang menyusun propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata objektif utama mereka berbuat demikian adalah untuk mengembalikan Mahiaddin Md Yasin sebaga...
Harga Barang Naik Anwar Kata Kerajaan Ismail Sabri Gagal

Harga Barang Naik Anwar Kata Kerajaan Ismail Sabri Gagal

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 361 hits
December 1 2021 Kerajaan dilihat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tidak mengemukakan sebarang tindakan drastik untuk mengatasi isu berkenaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan yang sepa...
Harga Ais Naik Rm0 50 Sebungkus Ianya Tidak Sepatutnya Berlaku Pm Ismail Sabri

Harga Ais Naik Rm0 50 Sebungkus Ianya Tidak Sepatutnya Berlaku Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 355 hits
PUTRAJAYA 1 Dis Syarikat pengeluar ais tidak mempunyai alasan kukuh untuk menaikkan harga di pasaran kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Mengulas laporan mengenai peningkatan harga sebungkus ais sebanyak RM0 50 bermula hari ...
Wartawan Wira Tak Didendang Di Era Covid Kata Ismail Sabri

Wartawan Wira Tak Didendang Di Era Covid Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 230 hits
Media yang bebas dan terbuka disifatkan sebagai mekanisme semak dan imbang yang menjadi teras konsep Keluarga Malaysia kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakon menyifatkan wartawan wira yang...
Daggers Out For Ismail Sabri In Bersatu Propaganda Machine Claims Najib

Daggers Out For Ismail Sabri In Bersatu Propaganda Machine Claims Najib

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 247 hits
The Bersatu propaganda machine is moving against Prime Minister Ismail Sabri Yaakob who is from Umno claims BN advisory board chairperson Najib Abdul Razak He said they are blaming Ismail Sabri for the rising prices of goods when it is Bers...
Sebenarnya Berapa Ramai Penasihat Yang Ismail Sabri Ada

Sebenarnya Berapa Ramai Penasihat Yang Ismail Sabri Ada

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 267 hits
ISMAIL Sabri Yaakob yang dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos lalu membentuk barisan kabinet dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri bagi membantu beliau mentadbir negara Beliau juga meneruskan gaya awal pendahulunya Muhyiddin Ya...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya