Peluang Buat Duit Dengan Youtube
SOURCE : Peluang Buat Duit Dengan Youtube (Income RM2000 Sebulan) appeared first on Portal Mypt3.
Peluang Buat Duit Dengan Youtube (Income RM2000 Sebulan)
Jikalau ikut sejarah, youtube ini sudah lama. Dan ramai yang sudah mula menggunakannya. Ada yang untuk tujuan hiburan dan ada juga menggunakannya untuk tujuan mendapatkan info dan maklumat dalam bentuk visual.
Trend juga sudah menunjukkan yang mana lebih ramai yang menonton di video online seperti Youtube berbanding di kaca-kaca televisyen sekarang. Baik di Malaysia mahupun di lur negara, trend adalah sama. Faktanya jumlah masa yang dihabiskan rakyat malaysia terutamanya orang muda hari ini lebih banyak di platform internet.
Google pun pandai. Sejak mereka beli Youtube dengan jumlah berbilion dolar, mereka tidak tergopoh gapah untuk memperkenalkan iklan. Apabila sudah ramai berkumpul dan menonton video youtube, perlahan-lahan mereka memperkenalkan pelbagai jenis dan format iklan.
Dan bagi merancakkan lagi kandungan video di youtube, mereka mempelawa kalangan anda semua yang berminat dan berkelayakan untuk membuat dan menghasilkan video original. Setiap 1,000 video yang ditonton anda akan menerima pendapatan daalam USD.
Cara Buat Duit Dengan Youtube
Ya. Memang sekarang ini boleh buat duit dengan youtube. Persoalannya bagaimana? Mari kami kongsikan untuk anda. Teruskan membaca..
Daftar Akaun
Hasilkan video sehingga anda berjaya menarik 1,000 subscribers dan pastikan jumlah tontonan video terkumpul untuk tempoh 12 bulan terakhir adalah 4 jam lamanya. Usaha sehingga melepasi syarat kelayakan yaang ditetapkan Youtube sendiri
Kemudian barulah anda boleh jana pendapatan daan buat duit dengan youtube. Yang mana semua video anda boleh mula menyiarkan iklan
Teruskan tonton video di bawah ini untuk lebih faham
8 Tips Jana Income & Pendapatan Tinggi
1) Untuk mendapatkan lebih banyak iklan yang berkualiti terpapar, pastikan anda buat video lebih daripada 10 minit.
2) Elakkan video berbentuk viral. Video juta-juta tontonan, income kecil buaat apaa
3) Hasilkan video yang mensasarkan demografi negara seperti UK, Kanada, Australia, USA yang mana setiap 1,000 tontonan adalah lebih banyak berbanding 1,000 yang mana ditonton oleh majoriti rakyat Malaysia.
4) Hasilkan video dalam bahasa Inggeris. Peluang untuk buat duit dengan youtube monetization dengan income dan pendapatan lebih tinggi adalah lebih mudah
5) Hasilkan video yang berkualiti. Kejar kualiti penonton video anda berbanding jumlah jutaan video tontotan
6) Kami sarankan anda memilih kategori seperti kereta, melancong, tutorial make up, fesyen dan tidak lupa juga kongsi main game di Youtube. Kelima-lima channel atau kategori ini menjanjikan income yang cukup tinggi dikalangan Youtuber.
7) Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perlu konsisten. Sekurang-kurangnya 2 video pada setiap minggu. Contohnya tetapkan video keluar pada Hari Isnin dan Khamis contohnya.
8) Hasilkan grafik thumbnail yang menarik kalangan penonton untuk klik deretan video anda yang lain
Berapa Income Youtuber Malaysia
Di bawah ini kami kongsikan antara contoh video pendapatan dan income Youtube secara bulanan dikalangan Youtuber malaysia
Pendapatan sebulan Cardock sehingga RM11 ribu
Pendapatan sebulan Youtube Alif Syukri sekitar RM23 ribu sebulan. Sekarang dikatakan mencecah sekurang-kurangnya RM50 ribu sebulan
SOURCE : Peluang Buat Duit Dengan Youtube (Income RM2000 Sebulan) appeared first on Portal Mypt3.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/buat-duit-dengan-youtube