Buat Duit Secara Online Dari Rumah Tanpa Modal 2019
Hanya tinggal tidak sampai lagi dua bulan sebelum tahun 2019 akan berakhir. Sememangnya saya sangat bersyukur berada dalam tahun 2019 kerana terdapat beberapa perkara baru yang di luar jangkaan telah saya lakukan dalam tahun ini. Sebelum tahun 2019 berakhir, apa kata saya kongsikan beberapa cara yang telah saya lakukan untuk buat duit secara online hanya dari rumah
Kalau sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk belajar berenang, akhirnya pada tahun 2019 saya menyertai kelas renang saya yang pertama. Bukan itu sahaja, saya juga mula melabur dan mendaftar diri sebagai seorang agen unit amanah.
Apa lagi perkara baru yang saya buat? Saya sediakan jadual aktiviti harian untuk kakak, wajibkan solat dan mengaji baginya serta mengajar subjek Bahasa Melayu dan Inggeris kepadanya setiap hari kecuali hujung minggu. Kami juga mula menanam pokok jika ada kelapangan pada waktu petang
Saya mula berbasikal walaupun bukan dengan menaiki basikal sendiri, menyertai larian dan mengikuti kelas serta booth jualan. Tidak lupa juga saya menghasilkan blog kedua saya iaitu www.laburduit.com dan saya juga telah merancang untuk melakukan beberapa perkara baru untuk tahun hadapan.
Buat Duit Online Tanpa Modal dari Rumah 2019
Alhamdulillah kerana sepanjang hampir dua tahun kembali aktif berblogging, tanpa sangka saya mula menjana duit secara online hanya dari rumah. Bukan hanya disebabkan oleh blog semata-mata, terdapat beberapa cara lain juga boleh dilakukan hanya dari rumah untuk buat duit secara online tanpa memerlukan sebarang modal.
1. Buat BlogIni merupakan target utama saya dalam menjana wang secara online hanya dari rumah tanpa memerlukan modal yang besar. Bagi blogger yang telah menukar domain blog, kami terpaksa mengeluarkan sedikit modal namun bagi pemula yang ingin menjadi blogger, awak boleh mula membuat blog secara percuma tanpa sebarang modal tau.
Bagaimana duit boleh terjana dengan blog? Dua cara iaitu samada melalui review berbayar atau melalui Adsense. Review berbayar biasanya diterima apabila pengiklan ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan di blog. Sebagai pulangan, blogger pula akan menulis mengenai kebaikan produk mereka di blog
Adsense pula merupakan suatu platform pengiklanan yang diletakkan di blog dan merupakan antara perkara wajib ada pada setiap blog. Jumlah bayaran bergantung kepada bilangan pembaca yang melihat iklan serta jumlah klik yang diterima pada iklan.
Selain itu, Nuffnang, Klikjer atau medium pengiklanan lain juga boleh digunakan untuk menjana wang bagi blogger namun tidaklah selumayan dan semudah Adsense
2. InstagramInstagram merupakan antara medium pengiklanan yang paling laku dan mudah dilakukan berbanding blog serta menghasilkan bayaran yang lumayan. Itulah sebabnya mengapa wujud golongan instafamous bagi mereka yang popular dalam komuniti Instagram.
Bagi mereka yang ingin membuat duit secara online tanpa modal hanya dari rumah, bolehlah mula mengumpul follower di Instagram. Tidak perlu menulis di blog, tidak perlu mengiklankan di media sosial yang lain, hanya post di Instagram dan terima bayaran. Namun dengan syarat, follower Instagram haruslah tinggi
Tetapi jangan pula membeli follower dengan menggunakan apps ya. Tanpa engagement, jumlah follower yang tinggi tidak menjanjikan instagrammer akan menerima job kerana PR juga melihat kepada nilai engagement yang tinggi.
Usah risau, saya juga tidak mempunyai jumlah follower yang ramai namun telah berjaya menghasilkan duit daripada Instagram. Jika berminat, instagrammer boleh mendaftar di apps KOMACI, Sushivid atau Ittify untuk mendapatkan peluang job di Instagram
3. Involve AsiaBerkongsi kod link kepada rakan-rakan atau sahabat handai juga boleh menghasilkan duit tau. Dengar macam tidak logik tapi ini kenyataan. Mendaftar di Involve Asia dan berkongsi link daripada senarai merchant yang terdapat di laman web Involve Asia boleh menghasilkan duit secara online hanya dari rumah tanpa mengeluarkan modal.
Saya sendiri tidak menyangka akaun Involve Asia yang saya buat secara suka-suka sebelum ini juga menghasilkan duit walaupun setelah sekian lama saya tidak membukanya. Selain berkongsi link, awak juga boleh berkongsi banner atau deeplink. Klik sini untuk mendaftar >> Involve Asia atau baca sini untuk mengetahui cara mendaftar serta info lanjut >> Buat Duit Online dengan Involve Asia.
4. PanelPlaceBagi mereka yang tidak mahu mengiklankan produk atau perkhidmatan seperti dalam senarai ketiga-tiga cara di atas, ada satu cara yang boleh dipilih iaitu melalui soal kaji selidik. PanelPlace menyediakan perkhidmatan ini. Dengan PanelPlace, awak hanya perlu menjawab soal kaji selidik dan dibayar setelah semua soal selidik lengkap dijawab.
Tidak perlu mengiklan, tidak perlu keluar rumah dan tidak terikat dengan masa. Buat duit dengan menjawab kaji selidik hanya dari rumah secara online tanpa sebarang modal. Mudah kerana ia terpulang kepada diri sendiri ingin menjana wang sebanyak mana yang dikehendaki melalui soal jawab selidik semata-mata.
Klik sini untuk mendaftar >> PanelPlace dan baca sini untuk cara mendaftar dan info lanjut >> Buat Duit dengan PanelPlace.
Jadi, ini adalah antara apa yang saya lakukan sepanjang tahun 2019 untuk buat duit secara online hanya daripada rumah tanpa memerlukan modal yang besar. Pelbagai jenis apps dan alternatif lain yang boleh juga dilakukan selain daripada senarai di atas. Apa kata share cara awak pula bagaimana buat duit daripada rumah secara online, mana tau saya pun boleh join sama..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2019/11/buat-duit-online-tanpa-modal-dari-rumah-2019.html