Pelitup Muka Diwajib Di Kawasan Penjarakan Sosial Tidak Dapat Dipraktik


PUTRAJAYA, 29 JULAI: Peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka dikenakan terhadap kawasan awam yang penuh sesak dan penjarakan sosial tidak dapat dipraktikkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pelitup muka digunakan dengan meluas oleh pengguna pengangkutan awam dan kerajaan kini melihat untuk menguatkuasakan peraturan ini secara berperingkat.
“Mulanya, pelitup muka (diperkenalkan) untuk pengangkutan awam. Sekarang kami melihat kepada tempat awam terutamanya kawasan awam yang terlalu sesak.
Bukannya tempat awam seperti tempat parkir kereta yang ada penjarakan sosial. Isunya apabila tiada penjarakan sosial dalam kawasan awam yang penuh sesak,” kata beliau dalam satu sesi libat urus bersama media di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga sedang melihat tempoh tangguh selama sebulan sebelum menguatkuasakan peraturan ini sepenuhnya bagi memastikan setiap orang mempunyai akses kepada pelitup muka.
“Yang miskin dan memerlukan mesti juga diberikan pelitup muka. Jadi, sekiranya setiap orang mempunyai akses kepada pelitup muka maka mungkin selepas PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), kami pasti akan menguatkuasakannya,” kata beliau.
Dr Noor Hisham berkata selain daripada memakai pelitup muka, orang ramai perlu juga mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan tangan untuk mengelak jangkitan Covid-19.
Pada 23 Julai lepas, kerajaaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak atau tumpuan ramai dan pengangkutan awam akan diwajibkan bermula 1 Ogos ini.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini telah menyaring seramai 949,141 individu sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Januari, dan daripada jumlah itu 8,943 orang disahkan positif.
“Jumlah kes sembuh pula adalah 8,607 atau 96.24 peratus manakala jumlah kematian akibat Covid-19 ialah 124,” katanya.
Katanya hampir separuh kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pesakit dalam siasatan (PUI) dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif.
“Sebanyak 4,559 kes positif dikesan dari PUI manakala 3,375 kes adalah daripada Kluster Perhimpunan Sri Petaling.
Sehingga kini KKM turut merekodkan 751 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 258 kes dikesan hasil daripada aktiviti surveilan,” katanya.
Wabak maut yang bermula di Wuhan, China pada Disember tahun lalu, sehingga kini telah menjangkiti 16.49 juta individu seluruh dunia dan mengakibatkan 654,327 kematian.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/pelitup-muka-diwajib-di-kawasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Di Kuching Ditampar Pelanggan Kerana Disuruh Memakai Pelitup Muka

Pekerja Di Kuching Ditampar Pelanggan Kerana Disuruh Memakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 309 hits
Berang tidak dibenarkan masuk ke restoran kerana tidak memakai pelitup muka seorang pelanggan bertindak menampar muka pekerja restoran dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 15 pagi 15 Julai 2020 di Satok Kuching Sarawak Terdahulu pasangan ...
Kerajaan Wajibkan Pelitup Muka Mulai 1 Ogos

Kerajaan Wajibkan Pelitup Muka Mulai 1 Ogos

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM 23 JULAI Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat sesak bermula 1 Ogos bagi mencegah gelombang baharu jangkitan Covid 19 Menteri kanan berkata langkah tersebut perlu selepas masyarakat didap...
Kkm Gesa Orang Ramai Untuk Terus Memakai Pelitup Muka Bagi Mengurangkan Potensi Jangkitan Covid 19

Kkm Gesa Orang Ramai Untuk Terus Memakai Pelitup Muka Bagi Mengurangkan Potensi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 212 hits
Susulan peningkatan kes jangkitan COVID 19 baru baru ini di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media pada 21 Julai menggesa orang ramai untuk memakai pelitup m...
Bantu Golongan Tak Mampu Beli Pelitup Muka Sebelum Diwajibkan

Bantu Golongan Tak Mampu Beli Pelitup Muka Sebelum Diwajibkan

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM 22 JULAI Kerajaan perlu memikirkan langkah bagi membantu golongan tidak berkemampuan membeli pelitup muka sebelum mewajibkan pemakaiannya di tempat awam kata Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata ia berikutan p...
Teliti Hukuman Penjara Denda Tak Pakai Pelitup Muka Kkm

Teliti Hukuman Penjara Denda Tak Pakai Pelitup Muka Kkm

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 742 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan sedang meneliti cadangan sama ada akan mengenakan denda RM1 000 atau penjara bagi individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua huk...
Hanya Pakai Sekali Dan Tak Lebih Lapan Jam Ini 7 Tip Pemakaian Pelitup Muka Penting Untuk Anda Tahu

Hanya Pakai Sekali Dan Tak Lebih Lapan Jam Ini 7 Tip Pemakaian Pelitup Muka Penting Untuk Anda Tahu

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 951 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia sangat menyarankan agar orang awam memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam terutama sekali tempat tumpuan orang ramai Hal ini kerana peningkatan semula kes positif Covid 19 untuk beberapa hari ini me...
Pengilang Gesa Harga Siling Pelitup Muka Diturunkan Lagi

Pengilang Gesa Harga Siling Pelitup Muka Diturunkan Lagi

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 263 hits
Seorang pengeluar pelitup muka berkata ada orang tidak mampu bayar RM1 20 untuk sekeping pelitup muka PETALING JAYA Seorang ketua syarikat yang membuat pelitup muka menggesa Putrajaya menurunkan lagi harga siling topeng dari RM1 20 kepada 8...
Orang Ramai Diminta Lebih Berdisiplin Lupus Pelitup Muka Terpakai

Orang Ramai Diminta Lebih Berdisiplin Lupus Pelitup Muka Terpakai

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 274 hits
KUCHING 24 Julai Orang ramai digesa agar lebih berdisiplin dalam melupuskan pelitup muka terpakai bagi mencegah penularan wabak COVID 19 lebih lebih apabila pemakaian pelitup muka itu diwajibkan pada 1 Ogos ini di kawasan awam sesak Ahli De...
Pelitup Muka Perisai Penting Hadapi Covid 19

Pelitup Muka Perisai Penting Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 236 hits
Elak penyebaran 60 peratus penyakit libat saluran pernafasan KUALA LUMPUR Percaya atau tidak kini pelitup separuh muka yang biasanya hanya dipakai sewaktu musim jerebu di negara ini kini sudah dikategorikan sebagai perisai paling penting da...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan