Pelitup Muka Perisai Penting Hadapi Covid 19


azrulhakimie
Elak penyebaran 60 peratus penyakit libat saluran pernafasan KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, kini pelitup separuh muka, yang biasanya hanya dipakai sewaktu musim jerebu di negara ini, kini sudah dikategorikan sebagai ‘perisai’ paling penting dalam menghadapi musuh tidak kelihatan COVID-19, selain daripada memastikan penjarakan sosial.
Pemakaiannya dikatakan sebagai kaedah pencegahan penting mengelakkan penyebaran 60 peratus penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19.
Selaras dengan itu, mulai 1 Ogos ini, pelitup separuh muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum, dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
Ini kerana walaupun Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang berjaya dalam menangani pandemik itu, namun nampaknya rakyat bersikap sambil lewa dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, bagi membendung penularan wabak itu.
Peraturan baharu itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak, pakar kesihatan dan orang awam yang bersetuju dengan langkah itu, menyifatkannya sebagai amat tepat bagi memastikan disiplin dan pematuhan orang ramai, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan.
Menyedari keputusan kerajaan itu adalah untuk kebaikan bersama, seorang pekerja swasta Zaiton Mohamad, 35, berkata beliau sendiri berasa lebih yakin untuk berada di tempat awam apabila melihat ramai yang turut mengenakan pelitup separuh muka.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata pemakaian pelitup separuh muka seharusnya sudah lama diwajibkan di kawasan sesak dan padat.
“Bila pakai pelitup separuh muka ini, secara tidak langsung kita menghalang tangan daripada menyentuh kawasan pada anggota badan, yang boleh menyebabkan kemasukan virus ke dalam badan kita,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Farmasi Malaysia menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam membeli pelitup muka fabrik atau tiga lapis, yang banyak dijual dalam talian.
“Pada saya masyarakat kena tahulah, jangan main pakai saja tapi benda itu tidak mendatangkan kesan perlindungan, atau pencegahan.
“Kalau beli dalam talian siapa nak bertanggungjawab jika terjadi apa-apa. Bagaimana mahu tahu sumber pelitup muka itu dari mana pembuatannya. Sebab kita mahukan yang pertama berkualiti yang kedua, selamat digunakan dan ketiga ia berfungsi,” kata Pengerusinya, Amrahi Buang.
Pada masa sama, di sebalik sambutan positif pelbagai pihak atas peraturan baharu itu, timbul juga keluhan mengenai harga pelitup separuh muka yang dikatakan agak mahal, ekoran terdapat peniaga yang menaikkan harga sesuka hati selain penjualan tiruan.
Malahan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), melalui pemeriksaan ke atas 43,402 premis di seluruh negara mulai 29 Jan sehingga hari ini, telah mengeluarkan sebanyak RM392,400 kompaun atas pelbagai kesalahan seperti menjual pelitup separuh muka melebihi harga maksimum.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata turut dikesan banyak kes penjualan pelitup muka tiruan, dengan modus operandinya membeli pelitup separuh muka tanpa jenama daripada China dan membuat pembungkusan semula.
Bagaimanapun, KPDNHEP dilihat mengambil langkah bijak dengan membuat keputusan mengurangkan harga siling pelitup separuh muka kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50, dan harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula 15 Ogos, seperti diumumkan Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini.
Kerajaan juga akan terus mengkaji keperluan untuk menurunkan harga pelitup separuh muka dan memastikan bekalan mencukupi, katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/pelitup-muka-perisai-penting-hadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Gesa Orang Ramai Untuk Terus Memakai Pelitup Muka Bagi Mengurangkan Potensi Jangkitan Covid 19

Kkm Gesa Orang Ramai Untuk Terus Memakai Pelitup Muka Bagi Mengurangkan Potensi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 288 hits
Susulan peningkatan kes jangkitan COVID 19 baru baru ini di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media pada 21 Julai menggesa orang ramai untuk memakai pelitup m...
Covid 19 Jangan Pakai Pelitup Muka Di Dagu Ini 8 Perkara Anda Wajib Ambil Peduli Sebelum Terlambat

Covid 19 Jangan Pakai Pelitup Muka Di Dagu Ini 8 Perkara Anda Wajib Ambil Peduli Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 430 hits
Bermula pada 1 Ogos 2020 masyarakat perlu lebih berjaga jaga dan menitikberatkan tentang pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat tempat awam yang sesak selepas diwajibkan oleh kerajaaan untuk membendung daripada jangkit...
Degil Tidak Mahu Pakai Pelitup Muka Ini Yang Bakal Anda Hadapi

Degil Tidak Mahu Pakai Pelitup Muka Ini Yang Bakal Anda Hadapi

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 835 hits
Foto FacebookOrang ramai boleh didenda RM1 000 di bawah Akta 342 sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan katanya pada sidang media perk...
Pertimbang Wajib Pelitup Muka Ketika Kes Covid 19 Kembali 2 Angka

Pertimbang Wajib Pelitup Muka Ketika Kes Covid 19 Kembali 2 Angka

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 318 hits
PETALING JAYA Kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam sebagai usaha mengurangkan penularan wabak Covid 19 ketika kes jangkitan kembali 2 angka sejak beberapa hari lalu Perdana Menteri Muhyiddin Yassi...
Hanya Pakai Sekali Dan Tak Lebih Lapan Jam Ini 7 Tip Pemakaian Pelitup Muka Penting Untuk Anda Tahu

Hanya Pakai Sekali Dan Tak Lebih Lapan Jam Ini 7 Tip Pemakaian Pelitup Muka Penting Untuk Anda Tahu

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 1046 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia sangat menyarankan agar orang awam memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam terutama sekali tempat tumpuan orang ramai Hal ini kerana peningkatan semula kes positif Covid 19 untuk beberapa hari ini me...
Bantu Golongan Tak Mampu Beli Pelitup Muka Sebelum Diwajibkan

Bantu Golongan Tak Mampu Beli Pelitup Muka Sebelum Diwajibkan

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 411 hits
SHAH ALAM 22 JULAI Kerajaan perlu memikirkan langkah bagi membantu golongan tidak berkemampuan membeli pelitup muka sebelum mewajibkan pemakaiannya di tempat awam kata Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata ia berikutan p...
Kerajaan Sedang Pertimbang Untuk Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Pm

Kerajaan Sedang Pertimbang Untuk Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Pm

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 364 hits
Dalam sidang media yang berkangsung hari ini kerajaan memaklumkan bahawa mereka sedang pertimbangkan tentang kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat awam Perkara ini khas disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin...
Ini 6 Kesalahan Ketika Pakai Pelitup Muka Yang Selalu Dibuat Tanpa Kita Sedari

Ini 6 Kesalahan Ketika Pakai Pelitup Muka Yang Selalu Dibuat Tanpa Kita Sedari

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 712 hits
Semalam dalam Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan sedang pertimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam Pemakaian pelitup ...
Teliti Hukuman Penjara Denda Tak Pakai Pelitup Muka Kkm

Teliti Hukuman Penjara Denda Tak Pakai Pelitup Muka Kkm

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 834 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan sedang meneliti cadangan sama ada akan mengenakan denda RM1 000 atau penjara bagi individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua huk...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich