Pelindung Seorang Puteri
Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi novel yang akan diadaptasi ke drama bersiri menerusi slot MegaDrama di Astro RIA. Novel hasil karya Mia Kiff ini akan diarahkan oleh pengarah Yusri Abdul Halim dan bakal menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu Farid Kamil bersama Lisa Surihani. Gandingan mereka ini bukanlah pertama kalinya, malah mereka pernah digandingkan dalam beberapa buah filem antaranya I’m Not Single (2008), Lagenda Budak Setan (2010) dan Semerah Cinta Stiletto (2010).
Selain mereka berdua, drama ini turut menampilkan Sharnaaz Ahmad yang juga merupakan watak ketiga / watak penting drama dan beberapa pelakon seperti Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid dan ramai lagi.
Drama ini dijadualkan akan menemui para penonton bermula pada 23 mac 2020 sebaik sahaja berakhirnya siri drama Chandelier.
TAJUK
PELINDUNG SEORANG PUTERI
EPISOD : –
TARIKH MULA TAYANGAN : 23 Mac 2020 / 10 PM
SLOT : MegaDrama
SALURAN : Astro RIA & RIA HD
NOVELIS : Mia Kiff
ARAHAN : Yusry Abdul Halim
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PARA PELAKON : Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick, Zainol Macwilson
Pelakon Dan Watak
Lisa Surihani – Rose
Farid Kamil – Saiful (Epul)
Sharnaaz Ahmad – Hazril
Haleeda Mazlin – Mak Ndak Liza
Haris Ismail – Alif
Zain Hamid – Firdaus (Fido)
Asyiqin Zaed – Aziani
Juliana Evans – Laila
Jasmine Suraya – Bainun
Norreen Iman – Muna
Faez Nick – Halim
Sinopsis Novel
Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami.
Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.
Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca.
Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya?
Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya? Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?
The post Pelindung Seorang Puteri (MegaDrama Astro RIA) appeared first on DilarangBising ™.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dilarangbising.com/pelindung-seorang-puteri-megadrama-astro-ria.html