Pelihara Institusi Raja Jangan Guna Demi Kepentingan Politik Kata Tengku Hassanal


 
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah bertitah raja pemerintah juga telah diberi tanggungjawab dalam perlembagaan untuk memberi naungan saksama kepada setiap warganegara. (Gambar Bernama)KUANTAN: Institusi raja hendaklah dipelihara dan dikekalkan sebagai salah satu kuasa semak dan imbang terakhir untuk rakyat dan negara, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah.
Baginda bertitah raja pemerintah juga telah diberi tanggungjawab dalam perlembagaan untuk memberi naungan saksama kepada setiap warganegara tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
“Institusi raja mengatasi garis politik yang kekal bertindak tidak berpihak atau ‘non-partisan’ dan boleh bertindak sebagai penimbang tara sekiranya timbul pertelingkahan politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan negara.
“Dalam erti kata lain, ahli politik juga tidak boleh berselindung atau menggunakan institusi raja untuk kepentingan politik mana-mana pihak,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia 2021 di Wisma Sri Pahang.
Persidangan yang berlangsung secara dalam talian itu juga dihadiri Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Tengku Hassanal juga bertitah perkenan raja pemerintah perlu dihormati sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan tidak boleh dianggap sebagai formaliti atau ‘ceremonial’ sahaja.
“Institusi raja di Malaysia hendaklah dihormati semua pihak. Kuasa raja pemerintah sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang tidak wajar dipertikaikan,” titah Tengku Hassanal.
Pada titah itu, Tengku Hassanal juga menasihatkan semua Yang Dipertua Dewan Parlimen dan DUN negeri untuk menjalankan amanah dan tugas sebaik mungkin dengan berpandukan kepada pengalaman, pengetahuan dan integriti yang tinggi bagi menjamin persidangan berjalan telus, adil dan saksama.
“Yang Dipertua mempunyai peranan penting bagi memastikan perdebatan badan legislatif berjalan dengan tertib, sopan dan teratur seperti ‘standing orders’ (peraturan majlis mesyuarat) yang ditetapkan,” titah Tengku Hassanal.
Pada perkembangan lain, Tengku Hassanal bertitah Parlimen dan DUN sebagai badan legislatif yang terulung perlu berusaha memberi pandangan dan rujukan kepada generasi muda sebagai persediaan untuk mereka menggalas tanggungjawab tersebut.
Titahnya, walaupun pelaksanaan persidangan belia di peringkat Parlimen dan negeri diadakan, namun usaha berterusan atau keterlibatan dengan generasi belia perlu diteruskan supaya konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen difahami serta dihayati generasi muda. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/pelihara-institusi-raja-jangan-guna.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Institusi Raja Perlu Di Pelihara Di Kekal Sebagai Kuasa Semak Dan Imbang Terakhir

Institusi Raja Perlu Di Pelihara Di Kekal Sebagai Kuasa Semak Dan Imbang Terakhir

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 226 hits
KUANTAN Institusi raja hendaklah dipelihara dan dikekalkan sebagai salah satu kuasa semak dan imbang terakhir untuk rakyat dan negara titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Bi...
Pandemik Politik Hanya Di Putrajaya Kedah Tak Terjejas Kata Sanusi

Pandemik Politik Hanya Di Putrajaya Kedah Tak Terjejas Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 242 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan situasi di pusat sekarang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri PETALING JAYA Krisis politik ketika ini adalah pandemik yang terhad kepada Putrajaya dan tidak memberi kesan kepada...
Pembangkang Perlu Rebut Peluang Kerjasama Rentas Politik Demi Negara Ongkili

Pembangkang Perlu Rebut Peluang Kerjasama Rentas Politik Demi Negara Ongkili

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 276 hits
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya KOTA KINABALU Pihak pembangkang perlu merebut peluang kerjasama rentas politik bagi mendahulukan keperluan negara dan mengutamakan kestabilan...
Gula Gula Politik Demi Hayat Politik Pihak Desperado

Gula Gula Politik Demi Hayat Politik Pihak Desperado

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 205 hits
Gula gula politik DAP kingmaker penentu hayat politik Muhyiddin KUANTAN Rangka persefahaman rentas parti yang mengemukakan tujuh tawaran kepada ahli Parlimen seperti mana diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan ...
Kekal Patuhi Ordinan Darurat Berkait Pkp Jangan Ambil Risiko Kata Peguam

Kekal Patuhi Ordinan Darurat Berkait Pkp Jangan Ambil Risiko Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 320 hits
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tetap berkuat kuasa dan peraturan serta SOP ditetapkan KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan masih diguna pakai kata Bastian Pius Vendargon PETALING JAYA Seorang peguam menasihatkan orang ramai ...
Pemimpin Politik Sepatutnya Fikir Kepentingan Rakyat

Pemimpin Politik Sepatutnya Fikir Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 238 hits
Semua pemimpin parti politik termasuk pembangkang supaya bersama sama memikirkan kemaslahatan rakyat ketika ini yang lebih memerlukan perhatian ketika pendemik Selain itu pemimpin politik sepatutnya menghentikan segera pergeseran untuk mere...
Raja Raja Melayu Perlu Berperanan Demi Negara

Raja Raja Melayu Perlu Berperanan Demi Negara

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 548 hits
RENCANA AHADGambar fail Majlis persidangan Raja Raja SESUNGGUHNYA negara kita sekarang ini berada dalam keadaan sangat tidak kondusif harubiru Keadaan seburuk hari ini belum pernah berlaku sejak negara ini wujud secara perlembagaan lebih 64...
Tunjuk Sayang Pada Anak Bagus Tapi Jangan Cium Mulut Ini Demi Kebaikan Anak

Tunjuk Sayang Pada Anak Bagus Tapi Jangan Cium Mulut Ini Demi Kebaikan Anak

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 306 hits
Ciuman dan pelukan pada anak adalah salah satu cara nak mengungkapkan rasa kasih sayang Tapi masih ada ibu bapa yang keliru bahagian mana sebenarnya tempat untuk mencium anak anak Bahagian paling digalakan untuk memberi ciuman pada anak ana...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan