Pelbagai Resipi Ketupat Mudah Dan Sedap
Pelbagai Resipi Ketupat Mudah Dan Sedap. Apabila aidilfitri menjelma, ketupat pulut atau ketupat nasi adalah hidangan yang paling digemari. Rasa tak meriah jika tiada menu ini. Boleh dikatakan setiap rumah yang dikunjungi menghidangkan ketupat dengan rendang atau kari atau serunding. Dulu terasa susah hendak buat ketupat kerana perlu mencari daun palas. buka daun palas dan balut. Jika tiada daun palas, tak jadi ketupatnya. Itu dulu, tapi sekarang kalau takde daun palas, boleh saja guna daun pisang ataupun daun pandan yang besar dan lebar. Boleh juga ikut kreativiti korang untuk masak ketupat ni. Okaylah tahun ni ramai yang akan buat sendiri ketupat, meh la tengok resipi ketupat mudah dan sedap mana yang korang berkenan. Ada original, ada kacang, ada jagung, pulut hitam dan lain-lain lagi...
Pelbagai Resipi Ketupat Mudah Dan Sedap
Pelbagai Resipi Ketupat Mudah Dan Sedap
#1 Ketupat Daun Palas Original
Ketupat Daun Palas
Bahan:
sekilo pulut susu
1/2 kilo pati santan+ secawan lg pati santan + campur 7 cawan air
garam 1 sudu besar
gula satu sudu besar
daun pandan simpul
Caranya:
Masak santan letak daun pandan, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih sekejap
Masuk pulut dan kacau sampai kering.
Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Sedia di balut dengan daun palas.
Bila dah siap balut, rebus ketupat sampai air kering atau kukus sehingga pulut masak sepenuhnya.
#2 Ketupat Daun Palas Kacang
Ketupat Daun Palas Kacang
Bahan:
1 cawan kacang ketupat direndam 1jam atau lebih dan direbus bersama 1/2 sdk garam hingga lembut dan toskan.
1 kilo beras pulut direndam selama 20 minit. Cuci bersih dan toskan
4 cawan santan pekat*
1 sdb gula*
2 sdk garam*
3 helai daun pandan*
3 sdb minyak...*(klu guna santan kotak)
Caranya:
Masuk kan ke dalam periuk dan panas kan semua bahan bertanda sambil di kacau selalu sehingga mendidih.
Masuk beras pulut dan kacau sampai santan kering.
Masuk kan kacang dan kacau lagi. Adunan ni memang mentah ye...
Tutup api sejuk kan sekejap sebelum di balut dengan daun palas.
#3 Ketupat daun Palas Jagung
Ketupat daun Palas Jagung
Bahan:
Beras pulut 1/2 kilo
jagung 3 batang
santan 1/2 kilo (tmbah lagi rm2)
gula
garam
cara2:
Masak santan, daun pandan, gula dan garam dengan api kecil.
Bila santan dh mendidih sikit masukkan beras kacau smpai sedikit kering.
Masukkan jagung. Biarkan jagung masak seketika bersama pulut.
Bila dah kering, boleh angkat dan biarkan suam. Sedia di balut.
Lepas siap balut dah boleh rebus.
#4 Ketupat Daun Palas Pulut Hitam
Ketupat Daun Palas Pulut Hitam
Bahan2 :
1 kg pulut putih1/2 cwn pulut hitam ( sy beli pulut utk ketupat)1/2 kg santanGaram /gula
Cara2 :
Masak pulut sekali santan garam dan gula separa masak
Angkat dan balut dengan daun palas atau daun pisang
kemudian di rebus semula dgn air biasa sehingga air kering.
#5 Ketupat Daun Kelapa
Ketupat Daun Kelapa
Bahan-bahan
10 helai daun kelapa muda
1 mangkuk besar beras
Garam secukup rasa
3 liter air utk merebus
Cara-cara
Mula-mula anyam daun kelapa sehingga semuanya nampak padat dan tidak menampakkan lubang, agar beras tidak bocor.
Masukkan beras ke dalam acuan anyaman sehingga setengah paras. Setelah itu ikat bersama semua ketupat itu. Didihkan air terlebih dahulu dan barulah dimasukkan ketupat tadi, rebus sehingga masak lebih kurang satu jam setengah
Daun kelapa mestilah yang muda sahaja. Selamat mencuba!
#6 Ketupat Daun Pisang
Ketupat Daun Pisang
Bahan:
4 cawan beras pulut
2 biji kelapa - ambil santannya
1 helai daun pandan
garam secukup rasa
daun pisang secukupnya - dilayur atas api terlebih dahulu
Caranya :
Basuh beras pulut dan rendam selama 2 jam. Toskan.
Kukus beras pulut bersama santan yang dicamour dengan garam serta daun pandan. Boleh kukus sampai masak atau separuh masak.
Biarkan pulut sejuk seketika sebelum di balut dengan daun pisang. Balut dan ikat kemas di kedua-dua belah balutan.
Bila dah siap balut, boleh kukus selama 15-20 minit lagi.
Angkat dan sedia untuk dinikmati dengan rendang atau serunding kegemaran anda.
#7 Ketupat Pulut KelantanKetupat Pulut Kelantan
Bahan:
Daun palas 8 pelepah
Santan 1/2 kilo
Beras pulut 1 kilo
Garam 1 sudu besar
Gula 1/2 sudu besar
Rendam beras pulut 8 jam
Kukus sehingga masak
Santan 1/2 kilo (hanya santan) tidak perlu campur air
Caranya:
Masak santan bsama garam dan sedikit gula sehingga mendidih.
Masukkan pulut dan sebatikan bersama santan atau sehingga sedikit kering.
Sejukkan dan balut ketupat menggunakan daun palas. Rebus sehingga kering air.
#ketupat ni biasa dimakan bersama rendang dan juga kalau kat kelantan mkn bsama nise cair
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yatizul.com/2020/05/pelbagai-resipi-ketupat-mudah-dan-sedap.html