Pelbagai Genre Ini 10 K Drama Raih Rating Tertinggi Bagi Separuh Pertama 2023
Cerita yang dihasilkan oleh pengarah Korea tidak akan pernah mengecewakan penonton dalam negara dan luar negara.
ARTIKEL BERKAITAN
"Tall, Dark, Handsome" - Setaraf BTS & EXO, Klip Dance Cover K-Pop Jejaka Ini Bikin Hati Gadis Cair
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 10 K-Drama yang berjaya meraih rating tertinggi setakat bulan Julai 2023.
10. Tale Of The Nine Tailed 1938 (8.024%)
“Tale of the Nine Tailed 1938” mengisahkan di mana Lee Yeon (Lee Dong-wook) telah diheret kembali ke tahun 1938 semasa Pendudukan Jepun di Korea. Tanpa diduga disebabkan oleh satu peristiwa tertentu yang berlaku, dia bertemu dengan Lee Rang (Kim Beom) dan Ryu Hong-joo (Kim So-yeon). Ia meraih rating tinggi kerana plotnya yang menarik dan membuatkan penonton teruja sepanjang drama ini berlangsung.
9. Divorce Attorney Shin (9.488%)
“Divorce Attorney Shin” mengisahkan tentang Shin Sung-han ialah seorang artis yang bertukar menjadi peguam yang sangat sensitif ketika menangani kes perceraian. Sementara itu, rakan rapatnya Jang Hyung-geun yang juga sedang mengalami masalah bersama isterinya dan akhirnya berpindah. Walaupun tengah serabut dengan masalahnya kawannya namun persahabatan mereka masih kekal. Melalui cerita ini penonton dapat mengaitkan dengan kisah orang biasa yang berjaya melalui masa hidup yang sukar tanpa risau dengan kelemahan mereka.
8. Payback (9.7%)
Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Payback” mendapat purata penilaian seluruh negara sebanyak 9.7 peratus dan menjadi pilihan utama K-Drama untuk ditonton. “Payback” menceritakan tentang kisah orang yang mempertaruhkan segala-galanya untuk melawan kartel wang yang bersekongkol dengan undang-undang negara. Mereka enggan berdiam diri dan berjuang dengan penuh semangat dengan untuk menumpaskan orang yang menyalahguna kuasa.
7. Red Ballon (11.566%)
“Red Balloon” mengisahkan tentang Jo Eun-kang (Seo Ji-hye) dan rakannya yang ingin mencapai satu matlamat selepas mengalami masalah. Mereka telah terjerat dalam pelbagai konflik yang bakal merumitkan hidup. Jo Eun-kang bercita-cita menjadi seorang guru tetapi sebaliknya bekerja sebagai tutor selepas gagal dalam peperiksaan. “Red Balloon” ialah cerita yang mendebarkan namun penuh semangat tentang rasa kekurangan yang kita rasakan apabila dibandingkan dengan orang lain.
6. The Good Bad Mother (12.032%)
Siri ini tentang anak kepada pasangan penternak khinzir yang menjadi pendakwa raya untuk membalas dendam ke atas kematian bapanya, namun menjadi lupa diri dan menjauh dari ibunya. Setiap episod “The Good Bad Mother” membuatkan penonton keliru dalam masa yang sama ianya sangat menyeronokan dan berjaya membuat penonton tertunggu-tunggu untuk episod yang seterusnya. Oleh sebab itulah drama ini berjaya dapat rating tinggi.
5. Agency (16.044%)
“Agency” merupakan sebuah drama diarahkan oleh Lee Chang-min dan ditulis oleh Song Soo-han menggambarkan kisah Go Ah-in yang melalui jalan berliku untuk mendapatkan jawatan tertinggi di satu syarikat pengiklanan. Dia berasal dari keluarga miskin dan tidak lulus dari universiti berprestij. Drama ini mempunyai mesej yang mendalam kepada penontonnya. Disebabkan oleh ramai orang percaya kepada stereotaip peranan wanita dalam masyarakat, “Agency” mendedahkan bagaimana seorang wanita menghadapi halangan besar dalam hidupnya akhirnya berjaya menjadi yang terbaik.
4. Dr. Romantic 3 (16.8%)
Pada minggu pertama bulan Jun “Dr. Romantic 3″ mengatasi “Doctor Cha” dalam senarai mingguan Good Data Corporation bagi drama yang menjadi bualan ramai. Kedudukan setiap minggu ditentukan dengan mengumpul data daripada artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video dan media sosial tentang drama yang sedang disiarkan.
3. Crash Course In Romance (17.038%)
Percintaan manis dan misteri yang menyeramkan dalam “Crash Course in Romance” ketika itu menarik perhatian penonton di banyak negara. Jung Kyung-ho mempamerkan gabungan hebat bersama dengan Jeon Do-yeon dalam siri ini dan menunjukkan potensinya sebagai pelakon yang sangat berbakat. Ini merupakan salah satu faktor menarik penonton untuk menonton drama ini setiap minggu.
2. Doctor Cha (18.546%)
Drama perubatan keluarga terbaharu Korea Selatan “Doctor Cha” perlahan-lahan mendapat perhatian daripada penonton drama tempatan dan global dengan kisah yang boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan sebenar. Ramai penonton bersimpati dengan Dr. Cha yang mengorbankan nyawa dan kerjaya untuk keluarganya.
1. Taxi Driver 2 (21.0%)
Siri aksi jenayah “Taxi Driver 2” berakhir dengan rating tertinggi sepanjang masa. Drama ini mengungguli carta penonton dengan memperoleh purata penonton seluruh negara sebanyak 21.0% dan ia merupakan rating tertinggi yang pernah dicapai. “Taxi Driver 2” yang terdiri daripada pelbagai watak yang lucu telah mengalahkan drama “The Glory” sebagai siri drama Korea yang paling banyak ditonton!
Hebat-hebat K-Drama ni.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Pelbagai Genre, Ini 10 K-Drama Raih Rating Tertinggi Bagi Separuh Pertama 2023 first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/pelbagai-genre-ini-10-k-drama-raih-rating-tertinggi-bagi-separuh-pertama-2023/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelbagai-genre-ini-10-k-drama-raih-rating-terti