Pelawaan Tak Masuk Akal Adakah Daripada Sedap2 Sebagai Perdana Menteri Tun M Mahu Jadi Ketua Pembangkang





Berikutan gesaan Tun Mahathir Mohamad dua hari lalu agar ahli UMNO beramai-ramai menyertai Bersatu, Annuar Musa tampil mempelawa Perdana Menteri dua kali itu supaya kembali semula ke pangkuan UMNO.


Sesungguhnya, kata Setiausaha Agung UMNO itu, ramai ahli UMNO, termasuk dirinya amat sayang dan menghormati Tun Mahathir dengan hati yang tulus ikhlas.


“Insya Allah UMNO ini tidak akan mati. Apa yang buruk, kita sama-sama perbaiki.


“Umat Melayu dan Islam akan lebih bersyukur kiranya ini terjadi. Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur,” tambah Annuar lagi.


Ehhh...bukankah sejak dulu UMNO dan Annuar sendiri tak suka dan keji Tun Mahathir dengan macam-macam gelaran?


Sejak bila ada perasaan sayang dan hormat kepada beliau dengan rasa yang tulus ikhlas kononnya?


Dalam pada itu, dari segi logik dan hukum akalnya, gesaan yang dibuat oleh Tun Mahathir adalah dikira munasabah kerana UMNO ketika ini sudah hilang kuasa serta berdepan pelbagai masalah lainnya, di samping imej buruknya yang berterusan di mata rakyat.


Oleh kerana perjuangan mana-mana parti di dunia ini ialah untuk mendapat kuasa dan mahu menjadi kerajaan, maka gesaan agar ahli UMNO menyertai Bersatu itu tentunya dianggap suatu bentuk pelawaan yang boleh diterima oleh sesiapa saja.


Lebih-lebih lagi jika apa yang ditawarkan misalnya, sama ada jawatan, kedudukan atau sebagainya, kena dengan kehendak serta selera mereka yang diberi tawaran itu, tentu saja menyertai Bersatu atau mana-mana parti yang berada dalam kerajaan adalah pilihan yang sukar ditolak.


Lagi pula, UMNO sudah terlalu biasa menjadi kerajaan dan mungkin suatu kejanggalan apabila tiba-tiba bergelar pembangkang seperti sekarang.


Oleh itu, jika ingin kembali semula sebagai kerajaan, pilihan yang terbaik ialah dengan masuk secara beramai-ramai ke dalam Bersatu dan kemudian sama-sama memperjuangkan nasib rakyat serta membina semula negara ini.


Tetapi, apabila Annuar membalas gesaan Tun Mahathir itu dengan mempelawa Perdana Menteri supaya kembali semula ke pangkuan UMNO, ia adalah suatu bentuk tawaran yang janggal dan nampak kelakar.


Di mana logiknya Tun Mahathir yang sudah menjadi Perdana Menteri mahu kembali ke pangkuan UMNO yang kini telah bertukar nasibnya menjadi parti pembangkang dan meninggalkan Bersatu yang ditubuhkannya?


Soal UMNO parti yang besar, cawangan yang banyak dan sebagainya tidak harus dijadikan perbandingan kerana ketika ini, meskipun Bersatu merupakan parti yang lebih kecil, tetapi ia adalah kerajaan.


Apa jadi kepada Tun Mahathir jika beliau masuk semula UMNO seperti yang ditawarkan oleh Annuar?


Apakah daripada Perdana Menteri, Tun Mahathir mahu dijadikan Ketua Pembangkang pula?


Kalau daripada Ketua Pembangkang, mungkin ramai yang tidak menolak apabila ditawarkan menjadi Perdana Menteri, tetapi adakah mana-mana pemimpin di dunia ini yang tengah sedap-sedap duduk sebagai Perdana Menteri, tiba-tiba mahu dipelawa menyertai parti yang hanya memungkinkannya menjadi Ketua Pembangkang saja? (ShahbudinHusin 25/10/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/pelawaan-tak-masuk-akal-adakah-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Perlu Rombak Kabinet Tak Cantik Bakal Perdana Menteri Berada Di Luar Kerajaan

Tun Mahathir Perlu Rombak Kabinet Tak Cantik Bakal Perdana Menteri Berada Di Luar Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 339 hits
Kembalinya semula Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen semalam merupakan satu lagi detik bersejarah dalam hubungan beliau dengan Tun Mahathir Mohamad Pernah merupakan gandingan paling rapat ketika dalam UMNO kemudian terpecah pada 1998 seter...
Jawatan Perdana Menteri Ketua Menteri Dan Menteri Besar Dihadkan 2 Penggal

Jawatan Perdana Menteri Ketua Menteri Dan Menteri Besar Dihadkan 2 Penggal

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 383 hits
Tempoh perkhidmatan bagi jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja juga melibatkan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai langkah untuk mereformasi sistem politik Menurut Tun Mahathir Perdana Menteri juga tida...
Tun M Pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar Ketua Menteri

Tun M Pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 261 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke 132 di Perdana Putra di sini Ini merupakan mesyuarat pertama setelah Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir meme...
Warkah Ringkas Untuk Tun Dr Mahathir B Mohamad Perdana Menteri Malaysia Yg Ke 7

Warkah Ringkas Untuk Tun Dr Mahathir B Mohamad Perdana Menteri Malaysia Yg Ke 7

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 443 hits
Assalamualaikum Tun moga Tun sihat adanya dan sentiasa di berkati oleh Allah S w t Tun baru baru ini Tun ada menyatakan kekesalan Tun kerana masih ada Pegawai pegawai tertinggi KERAJAAN yg cuba mensabotaj kerajaan pimpinan Tun Ketika Tun me...
Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Pertama Yew Meninggal Dunia Berumur 91

Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Pertama Yew Meninggal Dunia Berumur 91

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 387 hits
SINGAPURA Encik Lee Kuan Yew yang menjadi Perdana Menteri pertama Singapura apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1965 telah meninggal dunia pada hari Isnin pada usia 91 Perdana Menteri sangat sedih untuk mengumumkan pemergian Enci...
Bekas Timbalan Perdana Menteri Zahid Diikat Jamin Rm2 Juta

Bekas Timbalan Perdana Menteri Zahid Diikat Jamin Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan ikat jamin RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 45 pertuduhan melibatkan 10 kes pecah amanah lapan kes menerima suapan dan sembilan kes peng...
Orang Melayu Ada 16 Juta Kenapa Tun Nak Sangat Ahli Umno Masuk Ppbm

Orang Melayu Ada 16 Juta Kenapa Tun Nak Sangat Ahli Umno Masuk Ppbm

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 377 hits
Tun Mahathir mengajak ahli Umno sertai Bersatu Tun kata Umno sudah hilang pedoman untuk membantu Bangsa Melayu Pernah sebelum pilihanraya dulu Tun berkata ahli Umno menyokong pemimpin yang korup penyamun dan pelbagai lagi malah tidak keterl...
Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Pertama Yew Meninggal Dunia Berumur 91

Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Pertama Yew Meninggal Dunia Berumur 91

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 409 hits
SINGAPURA Encik Lee Kuan Yew yang menjadi Perdana Menteri pertama Singapura apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1965 telah meninggal dunia pada hari Isnin pada usia 91 Perdana Menteri sangat sedih untuk mengumumkan pemergian Enci...
Apa Komen Bekas Perdana Menteri Singapura

Apa Komen Bekas Perdana Menteri Singapura

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 495 hits
Bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong berkata tidak seperti Malaysia negara pulau itu tidak memerlukan bekas Perdana Menteri untuk kembali menyelamatkannya Menurut The Straits Times di Singapura beliau juga berkata walaupun ia adala...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti