Pelarian Rohingya Minum Air Kencing Sendiri Lagi Masalah Penghijrah



Pelarian Rohingya dakwa minum air kencing sendiri untuk terus hidup. Ada mayat mati di dalam bot dan terpaksa dibuang ke laut.LHOKSEUMAWE (INDONESIA), 5 Zulkaedah 1441H, Ahad – Nasib malang menimpa pelarian Rohingya yang terdampar di laut apabila mendakwa mereka dipukul penyeludup, malah lebih teruk terpaksa meminum air kencing sendiri bagi meneruskan kehidupan sepanjang tempoh empat bulan.Rabu lalu, mereka telah diselamatkan oleh nelayan Indonesia dan ditarik ke pantai oleh penduduk tempatan pada keesokannya.Kira-kira 100 pelarian Rohingya yang ditemui kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.Berkongsi pengalaman pahit, mereka turut mendakwa, ada di antara mereka yang mati dan terpaksa membuang mayat ke laut.Dua daripada mangsa terselamat mendakwa, penyeludup yang diupah untuk mengangkut mereka telah bertindak memukul sebelum meninggalkan etnik Rohingya berkenaan di laut.“Kami begitu menderita di dalam bot itu. Mereka menyeksa dan mencederakan kami. Malah, salah seorang daripada kami telah mati.“Pada mulanya, ada makanan tetapi apabila ia sudah habis, mereka (penyeludup) memindahkan kami ke bot lain dan membiarkan kami hanyut di lautan,” kata Rashid Ahmad, 50, kepada pemberita di pusat tahanan imigresen di bandar Lhokseumawe di pantai utara Sumatera.Seorang lagi mangsa terselamat dikenali sebagai Habibullah mendakwa penyeludup memukul kesemua pelarian itu termasuk telinga dan kepalanya juga dicederakan.Bagaimanapun, media antarabangsa masih belum dapat mengesahkan kesahihan kisah pelarian itu.Pada masa sama, media melaporkan bahawa etnik terbabit telah memulakan perjalanan pada awal tahun ini, berhampiran sebuah kem pelarian Rohingya di Bangladesh.- Agensi 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya (Ibnu Hasyim) ingin membuka sikit perbincangan mengenai apa yang disebut sebagai 'pendatang' atau 'penghijrah'. Mereka masih ramai tersadai di negara ini, bagaimana penyelesaiannya? Tidak salah kalau kita fikir-fikir sejenak secara ringkas untuk jangka pendek atau jangka panjang umat Islam...

Sebagai Muqaddimah..

Seperti yang selalu saya sebutkan, mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi. 

Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara. Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW. Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu. 

Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan. Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang.  Itu cara jahat penjajah-penjajah.

Apa yang boleh kita buat sekarang?

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. 

Di sekitar pasar besar Selayang contohnya, ramai pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan dimiliki oleh orang tempatan/'ansar' sedangkan pengoperasinya adalah pendatang/'penghijrah' dari negara lain. Gabungan 'ansar' dan 'muhajirin' ini amat penting diperkukuhkan, disokong oleh orang ramai, kerajaan atau NGO-NGO. 

Nama buruk mereka sebagai 'pendatang haram' perlu dibersihkan kepada sebutan 'penghijrah' yang dimuliakan, seperti di zaman Rasul SAW. Sifat perkauman kenegerian, seperti yang berlaku di negara-negara bangsa di dunia kini, perlu dibuang jauh-jauh. Mereka perlu dipilih, dididik dengan penghayatan 'cara hidup Islam', walau di bumi mana mereka berada.

Saya sendiri berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. Ianya agak ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini.

Bagaimana? 

Selepas revolusi di Iran 1979, yang berjaya menghambat barua-barua Amerika Syarikat dari Iran, Iran membeli daging ternakan dari Australia. Iran mahu sembelih secara 'halal' ternakan yang dibelinya sendiri. Maka berlakulah pengambilan pekerja-pekarja dari Malaysia oleh Iran untuk berkerja di Australia. Sehingga masih wujud perkampungan dan perbandaran Melayu di sana.

(Sila lihat: Orang Melayu Katanning, Australia Barat. Bagaimana...)

Sekarang pun begitu, Australia masih tidak cukup pekerja untuk menampung keperluan perladangan di negaranya. Ertinya, 'pendatang haram' masih tetap ramai di sana. Jadi, masih ada peluang untuk menguruskan pekerjaan untuk orang yang ingin berkerja di Australia. 

Jadi apa langkah seterusnya? Sehingga menuju ke'padu'an Ansar-Muhajirin seperti zaman Nabi SAW, tetapi berlaku sekarang ini?

Insya Allah, perbincangan bersambung.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/pelarian-rohingya-minum-air-kencing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Minum Air Kencing Sendiri Etnik Rohingya Ceritakan Detik Hitam Sebelum Diselamatkan

Kami Minum Air Kencing Sendiri Etnik Rohingya Ceritakan Detik Hitam Sebelum Diselamatkan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 290 hits
Nasib malang menimpa pelarian etnik Rohingya yang terdampar di laut baru baru ini Mengikut cerita mereka mendakwa dipukul oleh penyeludup malah lebih teruk terpaksa minum air kencing untuk teruskan hidup Perkongsian pengalaman pahit ini dib...
Jom Lihat Pelarian Rohingya Di Aceh Solat Jumaat Rawatan Penempatan

Jom Lihat Pelarian Rohingya Di Aceh Solat Jumaat Rawatan Penempatan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 413 hits
SETELAH seminggu di Aceh keadaan pelarian Rohingya mulai bertambah baik Tidak ada lagi tangisan kesedihan seperti pada awal kedatangan Anak anak mereka kini dapat ketawa dengan riang para pemuda dan lelaki dewasa dapat kembali ke Solat Juma...
Sanggup Bocorkan Bot Sendiri Pati Rohingya Cuba Raih Simpati

Sanggup Bocorkan Bot Sendiri Pati Rohingya Cuba Raih Simpati

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 338 hits
LANGKAWI Datang tanpa diundang dengan menaiki bot besar ratusan pendatang tanpa izin Rohingya menceroboh masuk perairan negara dengan merisikokan nyawa mereka di tengah lautan yang gelap gelita Keadaan mereka yang daif berhimpit di dalam bo...
Minum Air Sejuk Masa Pantang Tak Ada Kena Mengena Dengan Yang Bawah Tu Dr Amalina Kongsi Sebabnya

Minum Air Sejuk Masa Pantang Tak Ada Kena Mengena Dengan Yang Bawah Tu Dr Amalina Kongsi Sebabnya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 359 hits
Satu hal yang membuatkan ibu berpantang merasa berpantang sedikit menyukarkan kerana dilarang mengambil air sejuk sepanjang 44 hari tempoh berpantang Berbanding makanan berpantang dengan teknik rebus dan panggang kebanyakkan wanita lebih me...
Sebanyak Rm7 Bilion Selesai Masalah Air Kelantan

Sebanyak Rm7 Bilion Selesai Masalah Air Kelantan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 418 hits
Kementerian Alam Sekitar dan Air akan memohon peruntukan RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke 12 daripada kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah air secara holistik di Kelantan Menterinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia me...
Masalah Air Kelantan Selesai Lagi 40 Tahun Elok Tukar Saja Kerajaan Pas

Masalah Air Kelantan Selesai Lagi 40 Tahun Elok Tukar Saja Kerajaan Pas

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 344 hits
Kredit MSO Rupa rupanya bukan saja saya terkejut dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai masalah air di Kelantan akan selesai dalam tempoh 30 hingga 40 tahun tetapi Inchek Ibrahim Ali juga turut terkesima dan mungkin merasa lucu den...
Prog Agus Tempelak Kenyataan Menteri Alam Sekitar Tentang Masalah Air Di Kelantan

Prog Agus Tempelak Kenyataan Menteri Alam Sekitar Tentang Masalah Air Di Kelantan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 398 hits
30 40 tahun untuk selesai masalah air Jangan remehkan keluhan rakyat 1 Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan masalah air Kelantan akan selesai dalam 30 40 tahun lagi kerana kosnya yang besar Oleh itu ...
Betul Ke Botol Berisi Air Sirap Boleh Elakkan Kucing Kencing Di Pokok Bunga

Betul Ke Botol Berisi Air Sirap Boleh Elakkan Kucing Kencing Di Pokok Bunga

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 683 hits
Betul ke Botol berisi air sirap boleh elakkan kucing kencing di pokok bunga Hari hari memang umi suka menjengah pokok bunga umi tu sebelum masuk rumah Kalau The post appeared first on
Masalah Air Chini Salah Ph Najib Jd Pm Buat Apa

Masalah Air Chini Salah Ph Najib Jd Pm Buat Apa

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 256 hits
Orang ni 1976 Mula jadi MP Pekan umur 23 tahun ganti bapa dia Dah tu lepas je 5 tahun naik jadi MB Pahang Jawatan MB tau Kuasa penuh ke atas Air dan Tanah serta Sungai Sungai dalam Pahang Lepas tu naik jadi Timbalan Menteri Naik pula jadi M...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya