Masalah Air Kelantan Selesai Lagi 40 Tahun Elok Tukar Saja Kerajaan Pas
Kredit: MSO
Rupa-rupanya bukan saja saya terkejut dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai masalah air di Kelantan akan selesai dalam tempoh 30 hingga 40 tahun, tetapi Inchek Ibrahim Ali juga turut terkesima dan mungkin merasa lucu dengan kenyataan menteri berkenaan.
Kata Ibrahim yang kini menjadi presiden parti Perkasa, daripada menunggu 30 hingga 40 tahun untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan elok tukar kerajaan negeri. Ada munasabah juga cadangan Ibrahim itu.
Mempertahankan Pam Kelantan atas emosi agama sudah tidak relevan lagi sebab parti itu sudah bekerjasama dengan Umno yang sebelum ini ditentangnya sejak berdekad. Soal halal haram sokong Umno sudah tidak berlaku lagi. Pam dah jadi dua kali lima dengan Umno. Mereka yang menyokong Pam kerana anggap Umno kafir sudah tidak relevan lagi.
Makanya betul kata Ibrahim itu, saya yakin kalau kerajaan Kelantan bertukar masalah yang berlarutan itu akan selesai dalam tempoh separuh daripada tempoh disasarkan oleh Tuan Ibrahim itu. Paling lama pun dalam tempoh lima hingga 10 tahun sahaja. Apa lagi kalau Ibrahim yang jadi Menteri Besar, bukan Mohd Amar Nik Abdullah atau Nasaruddin Daud.
Apabila menunggu untuk selesai hingga 40 tahun nampak sangat orang parti Pam tidak pandai mentadbir dan menyelesaikan masalah berkenaan. Tuan Ibrahim sendiri tidak ada idea dan keberanian untuk menyelesaikan masalah itu. Penjelasan Tuituman itu naif sangat.
Soalnya kalau bukan Pam memerintah Kelantan parti mana lagi layak. Pengaruh Pam sudah berakar umbi, dan orang Kelantan juga menganggap Pam sebagai parti pemegang kunci syurga. Hendak diharap kepada Amanah, PKR, yang bergabung dalam PH, rasanya parti itu bukan tidak ada pakar mentadbir, tetapi untuk menang sangatlah “rohok”. Amanah dan PKR semacam dah terkena sumpah oleh Pam.
Kedua-dua parti itu Amanah dan PKR kalau pun masih hidup tetapi nyawanya nyawa-nyawa ikan, dan jadi macam rumput di tepi jalan sahaja hidup segan mati tidak mahu.
Apa kata kalau Ibrahim sendiri berusaha mengambil alih peranan Amanah dan PKR untuk berhadapan dengan Pam bagi mengubah kerajaan Kelantan. Untuk tujuan ini Ibrahim mungkin boleh bekerjasama dengan PH. Biar Amanah dan PKR tumpang Ibrahim pula. Mungkin Ibrahim yang terkenal sebagai pakar politik kacau, mempunyai idea tersendiri macam mana untuk beliau “kerjun” Pam bagi menukar kerajaan. Trims.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/28606