Pelarian Hasilkan Lebih 7 000 Set Ppe Untuk Barisan Hadapan




Sekumpulan pelarian artisan di Kuala Lumpur menghasilkan 7,685 set pakaian perlindungan peribadi (PPE) untuk barisan hadapan di lapan hospital dan klinik di Malaysia.
Artisan atau mereka yang mahir dalam kerja tangan tersebut terdiri daripada 21 pelarian Afghanistan dan enam pelarian dari Myanmar.
Mereka menyumbangkan usaha melalui Earth Heir, iaitu sebuah kumpulan usahawan sosial kraftangan yang terdiri daripada 140 artisan di Malaysia.
Set PPE tersebut bernilai RM163,806.20, kata Earth Heir ketika menyerahkan penyertaan ke pertandingan anjuran Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).
“Projek PPE itu membolehkan pelarian menjana pendapatan, menyokong usaha untuk membantu wira negara kita dan membolehkan kita membantu negara dalam memerangi wabak koronavirus,” menurut Earth Heir ketika menyertai pertandingan berkenaan.
Penghasilan PPE itu dibiayai dari sumbangan dan dihantar ke Hospital Ampang, Hospital Klang, jabatan kesihatan daerah Gombak dan Petaling, Klinik Kesihatan Petaling, Shah Alam dan Batu, dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Pertandingan yang berlangsung sehingga 12 Jun itu, mencari penyertaan daripada individu dan kumpulan masyarakat berkaitan strategi mereka dalam menempuhi perintah kawalan pergerakan (PKP).
Peserta boleh berkongsi cerita mereka dengan menghantar SHARE ke +6016 800 1919 melalui Telegram atau WhatsApp, bersama dengan gambar atau video aktiviti mereka semasa PKP, untuk berpeluang memenangi baucar bernilai RM100.
Ia sebahagian daripada usaha pemetaan penyelesaian oleh UNDP dan Unicef bagi merekod cabaran dan inovasi daripada masyarakat akar umbi sewaktu penularan wabak, bagi membantu pembuat dasar menangani keperluan masyarakat.
Artisan terjejas teruk
Earth Heir berkongsi kisah mengenai pelarian artisan di bawah kategori ‘menyokong kumpulan yang terjejas dalam masyakat’.
Ia berkata projek itu berusaha menangani keperluan artisan, yang kehidupan mereka terjejas teruk apabila operasi mereka ditutup dan pesanan dibatalkan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).
Pelarian artisan tersebut juga merupakan sebahagian daripada inisiatif World Fair Trade Organisation (WFTO) Asia bagi mengedarkan PPE yang dihasilkan oleh pelarian.
Di bawah program ini, pelarian dari Afghanistan, Myanmar dan Syria menghasilkan set PPE termasuk gaun PPE, penutup kepala dan kasut sebagai sumbangan dalam perjuangan melawan Covid-19, katanya.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Earth Heir, Xiao Cheng Wong memberitahu Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), tujuan kumpulan itu adalah untuk menjamin pendapatan anggota pelarian mereka.
“Mereka adalah salah satu kumpulan yang paling terjejas selama wabak ini dan paling banyak terkesan ketika kelembapan ekonomi,” kata Wong.
Sebahagian daripada pelarian yang juga artisan berkenaan bekerjasama dengan Earth Heir yang berpusat di Pudu, Kuala Lumpur yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bulan lalu berikutan lonjakan kes Covid-19.
Terpisah di sebalik kawat berduri, mereka tidak dapat meneruskan pekerjaan dan harus bergantung kepada Earth Heir untuk mendapatkan keperluan asas, kata kumpulan itu.
Golongan pelarian itu terdiri daripada 14 orang dewasa dan lima kanak-kanak.
Terdapat 177,800 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia sehingga April.
Mereka berasal dari Myanmar, Pakistan, Yaman, Somalia, Syria, Afghanistan, Sri Lanka, Iraq, Palestin dan negara-negara lain.
Seramai 46,450 daripada mereka adalah kanak-kanak.
Malaysia tidak meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951.
Pelarian dan pencari suaka dianggap sebagai pendatang tanpa dokumen dan tidak dibenarkan bekerja atau mendapatkan pendidikan di Malaysia.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/09/pelarian-hasilkan-lebih-7000-set-ppe-untuk-barisan-hadapan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelarian-hasilkan-lebih-7000-set-ppe-untuk-barisan-hadapan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Greece Usir Keluar Lebih 10 000 Pelarian

Greece Usir Keluar Lebih 10 000 Pelarian

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 255 hits
Lebih 10 000 pelarian di Greece yang mendapat hak perlindungan suaka kini ditimpa musibah apabila diusir dari tempat penginapan mereka lapor Agensi Anadolu Pada masa sama Kementerian Dasar Migrasi negara telah merancang untuk menggantikan p...
Pahit Manis 84 Hari Berhujan Berpanas Terima Kasih Barisan Hadapan Sjr

Pahit Manis 84 Hari Berhujan Berpanas Terima Kasih Barisan Hadapan Sjr

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 409 hits
Tepat jam 12 tengah malam tadi barisan hadapan terdiri daripada panggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malayia mengakhiri segala cabaran pahit manis selama 84 hari melaksanakan sekatan jalan raya dalam usaha memutuskan rantaian...
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR 31 Mei Terasa kematian begitu hampir Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID 19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu Lebih memilukan Aiza Syafinaz Shahak 34 disahkan positif COVID 19 em...
Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 374 hits
Foto FacebookMacam mana tidak putus asa apabila pengorbanan mereka seolah olah langsung tidak dihargai Luahan tersebut timbul apabila mereka melihat kebanyakan rakyat sudah mula melupakan penjarakan sosial dan bersikap tidak serius dalam me...
Setiap Rakyat Kini Adalah Petugas Barisan Hadapan Dr Adham Baba

Setiap Rakyat Kini Adalah Petugas Barisan Hadapan Dr Adham Baba

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 305 hits
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan setiap rakyat berperanan sebagai petugas barisan hadapan bagi mengekang penularan COVID 19 sekali gus memutuskan rantaian pandemik itu di negara ini kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adh...
416 Kakitangan Barisan Hadapan Kkm Positif Covid 19

416 Kakitangan Barisan Hadapan Kkm Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 444 hits
Seramai 416 kakitangan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia dilaporkan positif COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun 80 peratus daripada jumlah itu mendapat jangkitan daripada luar ho...
Lzs Bantu Lebih 60 000 Keluarga Asnaf Pastikan Tidak Tercicir

Lzs Bantu Lebih 60 000 Keluarga Asnaf Pastikan Tidak Tercicir

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM 27 MEI Seramai 63 112 keluarga asnaf fakir miskin dan mualaf di Selangor disantuni meliputi aspek sosial pendidikan insan dan ekonomi sehingga Mac lalu Lembaga Zakat Selangor memaklumkan bantuan termasuk kewangan makanan sewa ruma...
Perak Terima Lebih 1 000 Tempahan Hotel Sejak Ahad

Perak Terima Lebih 1 000 Tempahan Hotel Sejak Ahad

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 330 hits
Ipoh Sektor pelancongan di Perak menerima 1 030 tempahan hotel sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu sehingga hari ini Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempata...
Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa Rakyat Degil

Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa Rakyat Degil

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 426 hits
Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa Rakyat DegilKetika penularan kes COVID 19 terus meningkat di seluruh dunia petugas barisan hadapan Indonesia dilihat kini seperti sudah berputus asa
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti