Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Terasa kematian begitu hampir! Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID-19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu.
Lebih memilukan, Aiza Syafinaz Shahak, 34, disahkan positif COVID-19 empat hari selepas kehilangan suaminya Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia akibat dijangkiti virus yang sama pada 17 Mac lepas.
Meskipun kini telah bebas sepenuhnya daripada virus berbahaya itu, Aiza Syafinaz tidak dapat melupakan pengalaman sebagai salah seorang pesakit COVID-19.
Menceritakan pengalaman berdepan dengan virus itu, Aiza Syafinaz berkata dia bersama-sama arwah suami, bapa dan ahli keluarga yang lain melawat ke Bandung, Indonesia dari 9 hingga 12 Mac lepas.
“Ketika tahu saya juga dijangkiti virus COVID-19 dan merupakan kontak utama arwah suami, hati jadi tidak keruan, jantung bagai gugur ke bumi. Terasa kematian semakin hampir. Semuanya seperti satu mimpi ngeri,” katanya kepada Bernama.
Aiza Syafinaz berkata pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila menaiki ambulans dengan petugas hospital yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang amat ditakuti pada masa itu.
Menurut Aiza Syafinaz, berada 10 hari dalam wad Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin di Pusat Belia Antarabangsa Cheras selama 28 hari, menjadi satu pengalaman yang menginsafkan.
Mengimbas kembali tanda-tanda awal jangkitan virus COVID-19, Aiza Syafinaz berkata dia mengalami sakit tekak, hilang deria bau, hilang deria rasa dan rasa tidak sedap badan seperti nak demam.
“Melihat perjuangan pesakit COVID-19 di dalam wad sangat menyentuh hati. Saya ingin nasihat orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) Kementerian Kesihatan. Kerap mencuci tangan, bawa pensanitasi tangan ke mana-mana.
“Elakkan tempat sempit, sesak dan ramai orang, pastikan jarak selamat, elak bersentuhan serta pastikan kebersihan diri dalam keadaan yang optimum,” katanya yang mendapat khidmat kaunseling daripada Polis Diraja Malaysia.
Menyentuh tentang persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap pesakit COVID-19, Aiza Syafinaz merayu agar tidak mengecam pesakit COVID-19.
“Kepada masyarakat di luar sana, berhenti menyalahkan sesama sendiri. Kita perlu bersatu hati agar dapat mencegah penularan wabak COVID-19 dan berjaya memutuskan rantaian ini,” katanya sambil memuji usaha petugas barisan hadapan dan semua terlibat yang mempunyai kebolehan tertinggi dalam pengurusan virus yang mengancam nyawa itu.
Selain Aiza Syafinaz dan arwah suaminya, bapanya Shahak Mohd Husin, 58, dan ibu angkat, Junidah Othman turut positif COVID-19.
Kini, bapa dan ibu angkatnya turut bebas virus itu, Aiza Syafinaz menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas sokongan daripada rakan-rakan dan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakannya.
Sementara itu, bagi menjalani normal baharu kehidupan, Aiza Syafinaz berkata walaupun masih bersedih kehilangan orang tersayang ketika sambutan Aidilfitri, beliau positif untuk berdikari tanpa suami di sisi.
“Ramadan dan Syawal kali ini sangat pilu. Tiada lagi gelak tawa insan tersayang. Sudah tiada hidangan menu kegemaran suami ikan kembung sambal.
“Namun saya teruskan melangkah dan ingin terus memberikan motivasi kepada rakan wanita di luar sana agar terus kuat dan teruskan kehidupan ini walau ujian datang melanda,” katanya sambil berharap ada sinar gembira di sebalik ujian getir yang ditempuhinya.
Sumber: BERNAMA
The post Bekas Pesakit COVID-19 Kongsi Pengalaman, Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/31/bekas-pesakit-covid-19-kongsi-pengalaman-hargai-pengorbanan-petugas-barisan-hadapan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disahkan Positif 4 Hari Lepas Kehilangan Suami Bekas Pesakit Covid 19 Ini Kongsi Pengalaman Tak Dapat Dilupakan

Disahkan Positif 4 Hari Lepas Kehilangan Suami Bekas Pesakit Covid 19 Ini Kongsi Pengalaman Tak Dapat Dilupakan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 427 hits
Terasa kematian begitu hampir Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID 19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu Lebih memilukan Aiza Syafinaz Shahak 34 disahkan positif COVID 19 empat hari selepas keh...
Sultan Selangor Hargai Pengorbanan Petugas Hadapan

Sultan Selangor Hargai Pengorbanan Petugas Hadapan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 336 hits
SHAH ALAM 19 MEI Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan di hospital yang berkorban masa dan tenaga demi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat sen...
Sut Ppe Jadi Baju Raya Pengorbanan Tinggi Petugas Barisan Hadapan Kkm

Sut Ppe Jadi Baju Raya Pengorbanan Tinggi Petugas Barisan Hadapan Kkm

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 298 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini amat mencabar untuk petugas barisan hadapan kerana terpaksa dirayakan dengan tahap kesiapsiagaan tinggi Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA 24 Mei Ta...
Agong Zahir Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan

Agong Zahir Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 306 hits
SHAH ALAM 18 MEI Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang berkorban untuk negara bagi mencegah penularan Covid 19 Baginda kemudian meminta semua...
Terima Kasih Kepada Petugas Barisan Hadapan Pasukan Produksi Ppe

Terima Kasih Kepada Petugas Barisan Hadapan Pasukan Produksi Ppe

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 326 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan produksi Peralatan Perlindungan Diri dalam membendung penularan wabak COVID 19 Dalam perutusan Aidilfitri beliau ...
Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa Rakyat Degil

Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa Rakyat Degil

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 425 hits
Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa Rakyat DegilKetika penularan kes COVID 19 terus meningkat di seluruh dunia petugas barisan hadapan Indonesia dilihat kini seperti sudah berputus asa
Robot Dari Pal Robotics Akan Menggantikan Petugas Barisan Hadapan

Robot Dari Pal Robotics Akan Menggantikan Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 279 hits
Virus Covid 19 adalah virus yang merbahaya dan telah membunuh ramai orang Virus ini menjangkiti ramai orang melalui sentuhan dan disebabkan itu orang ramai dikehendaki memakai pelitup muka membuat pembatasan sosial dan berhati hati Bayangka...
Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 374 hits
Foto FacebookMacam mana tidak putus asa apabila pengorbanan mereka seolah olah langsung tidak dihargai Luahan tersebut timbul apabila mereka melihat kebanyakan rakyat sudah mula melupakan penjarakan sosial dan bersikap tidak serius dalam me...
Ganja Mampu Merawat Pesakit Covid 19

Ganja Mampu Merawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 335 hits
Ganja dilaporkan mampu untuk menyembuhkan penyakit wabak COVID 19 kerana dikatakan mempunyai kekebalan terhadap wabak yang telah membunuh lebih 300 000 diseluruh dunia namun jangan salah faham mengambil dengan cara menghisapnya seperti roko...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching