Pahit Manis 84 Hari Berhujan Berpanas Terima Kasih Barisan Hadapan Sjr


Tepat jam 12 tengah malam tadi barisan hadapan terdiri daripada panggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malayia mengakhiri segala cabaran pahit manis selama 84 hari melaksanakan sekatan jalan raya dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
Sekatan jalan raya mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kemudiannya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.
Kini tanggungjawab perjuangan memutuskan rantaian Covid-19 beralih sepenuhnya ke bahu rakyat jelata yang sudah diberikan kebebasan untuk bergerak seperti normal semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini hingga 31 Ogos 2020.
Norma baharu mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan lebih kerap perlu menjadi amalan rakyat untuk memastikan pandemik yang telah mengorbankan 117 nyawa di Malaysia.
Suasana di tol Gombak mencatatkan seribu rasa apabila tepat jam 12.00 tengah malam tadi, khemah-khemah yang didirikan di berhampiran tol mula ditanggalkan manakala Unit Peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang datang dengan kenderaan pacuan empat roda mengutip kon kon sekatan jalan raya.
Anggota polis dan tentera yang bertugas sempat menunjukkan simbol fist bump tanda berakhirnya penugasan.
Pengguna lebuh raya sempat membunyikan hon ke arah pasukan hadapan keselamatan dan menunjukkan tanda bagus malah ada yang bersorak memberikan tabik hormat sambil melaungkan ‘you guys our hero forever in saving our lives sepanjang PKP”.
Inspektor Operasi Lebuhraya Zon Timur 1, Plaza Tol Gombak dari Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik (JSPT Bukit Aman, Razali Abdul Razak berkata, berakhir saat yang dinantikan rakyat yang selama ini terikat dengan SOP PKP dan PKPB.
Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya oleh polis dan ATM untuk Covid-19, pihak JSPT tetap menjalankan rondaan dan pemantauan sepanjang lebuh raya bagi memastikan aliran trafik pergerakan rakyat lancar dan SOP dipatuhi seperti diarahkan kerajaan.
“Sepanjang PKP hingga PKPD hinggalah PKPB selama 84 hari bermula 18 Mac lalu, semua petugas polis, ATM, Bomba, APMM dan JPAM, meredah hujan dan panas demi melaksanakan Akta 342 dan SOP kesihatan untuk membantu kerajaan memerangi Covid-19 menerusi memastikan rakyat berdisiplin dan mematuhinya.
“Tidak ada kes kes yang teruk selama PKP dilaksanakan di semua lebuh raya dari Pantai Timur hinggalah ke Utara dan Selatan walaupun ada sebilangan kes memaksa mengeluarkan kompaun kerana pengingkaran arahan Covid-19,” katanya.
Sebagai pasukan hadapan yang sudah menyujmbangkan peranan dan tanggungjawabnya selama ini, beliau menegaskan kini tanggungjawab itu bertukar bahu sepenuhnya kepada rakyat yang akan bergerak bebas merentasi sempadan negeri selepas ini sepanjang PKPP atau PKP Pemulihan sehingga 31 Ogos 2020.
“Saya sebagai mewkili semua pegawai keselamatan barisan hadapan yang telah berpanas hujan melaksanakan tugas dan misi dengan jayanya berharap rakyat mengambil serius tanggungjawab ini dan teruskan perjuangan memerangi Covid-19 yang diamanahkan secara lebih disiplin tanpa sikap alpa.
“Patuhi penjarakan sosial (vaksin penting) seperti disebut Pengarah Kesihatan (Dr.Noor Hisham Abdullah), memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan apabila bergerak dan berada di mana mana jua.
“Itulah amalan terbaik untuk kita hapuskan Covid-19 dan integriti itu perlu ditunjukkan rakyat dan itulah harapan kami terhadap rakyat manakala kita akan memastikan SOP itu sentiasa dipatuhi secara maksimum. Janganlah sia-siakan usaha kami selama ini terhadap Covid-19,” katanya.
Beliau juga menjangkakan pergerakan normal berbanding 2 hingga 3,000 orang sewaktu PKP hingga PKPD tetapi pada masa sama Norma baharu perlu diamalkan sentiasa.
“Saya menjangkakan juga pergerakan balik ke kampung beramai ramai mulai esok (hari ini) dan hujung minggu nanti, tetapi sila sentiasa amalkan SOP kesihatan awam iaitu penjarakan sosial,” ujar beliau.
Menurutnya sepanjang 84 hari bertugas berkawal PKP, pelbagai suka dan duka dilalui bersama pasukan keselamatan lain ATM, Bomba, JPAM dan Rela yang fokus menggalas tanggungjawab jabatan masing-masing.
Tambah beliau, bekerja sebagai satu pasukan mengajar mereka keakraban dan semangat kekitaan melalui segala suka duka bersama spanjang Covid-19.
“Kami bersahur dan berpuasa bersama mengharungi hujan ribut petir bersama sehingga khemah diterbangkan namun tidak berganjak dari tugas yang diamanahkan kepada kami.
“Memang rindu sepanjang penugasan PKP Covid-19, tapi tiada siapa mahu kenangan bersejarah itu berulang lagi dan melenyapkan ratusan ribu nyawa seperti sedang berlaku seluruh dunia.
“Covid musibah besar menyatukan kami dan memberi rahmat Allah, yang perlu ditempuhi, harapan kami adalah Covid-19 dihapuskan dan kami akan terus bersedia berjuang,” tegasnya. -MalaysiaGazette
The post Pahit manis 84 hari berhujan berpanas, terima kasih barisan hadapan SJR! appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/10/pahit-manis-84-hari-berhujan-berpanas-terima-kasih-barisan-hadapan-sjr/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pahit-manis-84-hari-berhujan-berpanas-terima-kas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Dr Rohaizat Datuk Noor Hisham Sebak Salah Seorang Panglima Perangnya Melawan Covid 19 Bersara Hari Ini

Terima Kasih Dr Rohaizat Datuk Noor Hisham Sebak Salah Seorang Panglima Perangnya Melawan Covid 19 Bersara Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 381 hits
Hari ini mungkin hari yang amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah tamat semalam dan digantikan dengan PKP Pemulihan Ramai rakyat Malaysia menyambut kemenangan ini dengan pulang ke kamp...
Covid 19 Misi Asing Ucap Terima Kasih Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen

Covid 19 Misi Asing Ucap Terima Kasih Rawatan Di Depot Tahanan Imigresen

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR 3 Jun Misi Asing yang warganya terjejas akibat COVID 19 di tiga Depot Tahanan Imigresen di sini merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas tindakan segera selain memastikan mereka yang dijangkiti menerima rawatan sewa...
Terima Kasih Pm Dengar Hujah Penjawat Awam Dr Noor Hisham

Terima Kasih Pm Dengar Hujah Penjawat Awam Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kesudian beliau mendengar hujah dari penjawat awam Susulan itu keputusan pelaksanaan Pe...
Terima Kasih Sayang Untuk Cahaya Mata Kedua Kita Ungkap Jep Buat Sari Yanti Sempena Kelahiran Bayi Kedua Mereka Tahniah

Terima Kasih Sayang Untuk Cahaya Mata Kedua Kita Ungkap Jep Buat Sari Yanti Sempena Kelahiran Bayi Kedua Mereka Tahniah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 342 hits
Tiada yang lebih menggembirakan hati setiap pasangan melainkan menerima berita kehadiran bayi baru dalam keluarga Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada tangg...
Tediaa Misteri Tak Buat Tempahan Tapi Terima Penghantaran Piza Setiap Hari Selama 9 Tahun

Tediaa Misteri Tak Buat Tempahan Tapi Terima Penghantaran Piza Setiap Hari Selama 9 Tahun

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 431 hits
Misteri Tak buat tempahan tapi terima penghantaran piza setiap hari selama 9 tahunAda kalanya Jean menerima 14 kotak piza pada satu masa SEORANG lelaki menerima penghantaran piza sebanyak 14 kotak sehari dalam tempoh sembilan tahun Namun ya...
5 Alasan Berdiam Diri Di Rumah Itu Termasuk Perjuangan Terima Kasih Sudah Rela Melawan Kebosanan

5 Alasan Berdiam Diri Di Rumah Itu Termasuk Perjuangan Terima Kasih Sudah Rela Melawan Kebosanan

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 437 hits
Tenaga medis berjuang merawat pasien corona perjuangan kita adalah mencegah penyebaran virus agar nggak menyebar
Bintulu Hilang Status Zon Hijau 1 Kes Baharu Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara Mara Ketika Hari Raya

Bintulu Hilang Status Zon Hijau 1 Kes Baharu Pesakit Pernah Terima Kunjungan Saudara Mara Ketika Hari Raya

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 338 hits
Kuching Bintulu hari ini bertukar statusnya daripada kawasan hijau kepada kawasan kuning selepas mencatatkan satu kes positif baru COVID 19 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata kes positif yang dilaporka...
Janna Nick Terima Kejutan Sempena Hari Jadi Ramai Kata Sweet

Janna Nick Terima Kejutan Sempena Hari Jadi Ramai Kata Sweet

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 414 hits
Teman lelaki kepada pelakon jelita Dini Azan Schatzmann memuatnaik satu posting di Instagramnya membuat kejutan sempena hari jadi Janna Nick yang ke 25 tahun Wah sweet betul pasangan ni Sorry for making you cry Happy birthday sayang I hope ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih