Pelantikannya Tidak Mematuhi Surat Kelulusan Perjawatan Spad Kementerian Pengangkutan Jawab Dakwaan Bekas Staff Spad



Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), menerusi kenyataan media menjelaskan isu yang berkaitan dengan dua orang bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mendakwa telah menjadi mangsa penganiayaan ekoran ditawarkan gred jawatan yang lebih rendah dan tidak setimpal dengan jawatan dan kelayakan

“MOT ingin menjelaskan bahawa penawaran jawatan tersebut adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu bekas kakitangan SPAD mendapatkan pekerjaan. Penawaran tersebut adalah berdasarkan kepada kekosongan jawatan yang terdapat di MOT

“Tawaran penjawatan ini bersifat migrasi dan tidak semestinya setara dengan jawatan yang sebelumnya

“Umumnya adalah menjadi satu prosedur dan peraturan kerajaan bagi membuat pengambilan ke dalam perkhidmatan awam berdasarkan kelulusan yang telah ditetapkan mengikut skim perkhidmatan pada masa pengambilan tersebut dibuat

“Bagaimanapun, sekiranya seseorang pegawai selepas pelantikannya, mendapat kelulusan yang lebih tinggi, pegawai tersebut boleh membuat permohonan baharu dalam skim perkhidmatan yang bersesuaian dengan kelulusan tersebut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan Rabu lalu, 24 April 2019

Menjelaskan kedudukan Mohd. Aizat, Kementeriann Pengangkutan berkata, bekas pekerja itu bekerja di anak syarikat SPAD iaitu SPAD Pro dan kemudiannya ditempatkan di SPAD bagi menjalankan tugas eksekutif pelesenan dan jawatan terakhir sebagai Eksekutif Keselamatan ICOP

Pelantikan oleh sebuah anak syarikat, iaitu SPAD Pro itu tidak mematuhi Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) yang diluluskan untuk SPAD dan ia menjadi titik punca kepada kecelaruan perjawatan di SPAD seterusnya memberi kesan apabila kerajaan mahu menawarkan jawatan baharu bekas kakitangan SPAD

Kecelaruan ini hanya ditemui selepas penelitian dibuat terhadap dokumen-dokumen pelantikan SPAD Pro bagi tujuan pengurusan personel bagi maksud pembubaran SPAD

Walaubagaimanapun, kerajaan tetap berusaha membantu bekas pekerja SPAD Pro termasuk Mohd Aizat namun bilangan perjawatan yang boleh ditawarkan adalah terhad berbanding bilangan calon yang layak dipertimbangkan

“Akan berlaku situasi di mana calon yang berkelayakan ijazah tidak dapat ditawarkan ke jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan tersebut berikutan bilangan jawatan terhad dan penentuan pengisian dibuat secara rawak

“Justeru, padanan terbaik, dengan mengambil kira kekosongan jawatan dan kelayakan Mohd. Aizat ialah sebagaimana tawaran yang telah dikemukakan kepada beliau iaitu Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

“Tawaran ini juga mengambil kira latar belakang perakaunan yang dimiliki beliau,” kata kementerian itu sambil berkata penempatan ke LPKP Sarawak tidak wajar dijadikan isu memandangkan agensi itu kini diletakkan di bawah MOT

MENGANGGUR
Manakala bagi kes  kedua, Salehuddin Saad, kementerian itu menafikan dia sudah tujuh bulan menganggur kerana SPAD dibubarkan pada 1 Januari tahun ini dan beliau telah menerima pampasan sebanyak RM5,136 yang dibayar pada 31 Disember lalu

Kementerian Pengangkutan berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan pampasan untuk tiga bulan gaji kepada bekas kakitangan SPAD walaupun mereka berkhidmat kurang daripada tiga tahun

“Sekiranya beliau masih kekal dengan dakwaan menganggur selama 7 bulan, dibimbangi beliau telah hilang kelayakan untuk menerima pampasan di mana salah satu syarat kelayakan pampasan adalah perlu berkhidmat sehingga 31 Disember 2018,” ujar kenyataan itu

Bahkan, katanya, Salehuddin telah ditawarkan sebagai Pembantu Tadbir Operasi Gred N19 dengan gaji yang lebih besar berbanding jawatan sebelum ini, selain turut menikmati Bantuan Sara Hidup, Insentif Tetap Khidmat Awam dan Insentif Tetap Perumahan

Kementerian itu menambah, pemansuhan SPAD adalah langkah penstrukturan semula disebabkan oleh pertindihan fungsi dan peranannya dengan MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Sehingga kini, seramai 786 (81.8%) bekas kakitangan SPAD telah ditawarkan pekerjaan ke pelbagai Bahagian, Jabatan, Agensi dan GLC di bawah MOT

Selain itu, 16 (1.7%) bekas kakitangan masih dalam pertimbangan SPA untuk kelulusan pelantikan manakala 31 (3.2%) bekas kakitangan lagi tidak memenuhi syarat asas termasuk melebihi had umur pelantikan. Baki seramai 128 (13.3%) bekas kakitangan masih dalam proses padanan kerja di bawah program padanan kerja dengan kerjasama Agensi JobsMalaysia. 






Sumber:  Malaysia Gazette, Kementerian Pengangkutan Malaysia
LAPORAN BERKAITAN:'Kerja di SPAD jadi pegawai, selepas bubar ditawar gred 19 & campak ke Sarawak' - Bekas staff SPAD dakwa dianiaya kerajaan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/04/pelantikannya-tidak-mematuhi-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Di Spad Jadi Pegawai Selepas Bubar Ditawar Gred 19 Campak Ke Sarawak Bekas Staff Spad Dakwa Dianiaya Kerajaan

Kerja Di Spad Jadi Pegawai Selepas Bubar Ditawar Gred 19 Campak Ke Sarawak Bekas Staff Spad Dakwa Dianiaya Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 343 hits
Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan yang telah memberhentikannya sehingga hilang punca pendapatan Egard Mohd Aizat melalui Facebook berkata semasa berkhidmat di SPAD beliau memegan...
Bekas Pegawai Spad Dakwa Jadi Mangsa Penganiayaan Ph

Bekas Pegawai Spad Dakwa Jadi Mangsa Penganiayaan Ph

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mendakwa jadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan Melalui sosial medianya Egard Mohd Aizat mendakwa semasa bekerja dengan SPAD beliau menjadi pegawai tetapi kini hany
Dakwaan Jentera Bomba Tersadai Kementerian Tidak Lindungi Sesiapa

Dakwaan Jentera Bomba Tersadai Kementerian Tidak Lindungi Sesiapa

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 237 hits
Astro Awan Zuraida ketika disambut orang ramai pada majlis penyerahan surat tawaran dan perasmian Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti Program Perumahan Rakyat Kota Bharu di Wakaf Mek Zainab hari ini foto BERNAMA KOTA BHARU Kementerian Per...
Bekas Pegawai Spad Dakwa Dianiaya Oleh Kerajaan Ph Sebelum Pru Dahulu Dia Antara Penyumbang Kemenangan Ph Viralhancing

Bekas Pegawai Spad Dakwa Dianiaya Oleh Kerajaan Ph Sebelum Pru Dahulu Dia Antara Penyumbang Kemenangan Ph Viralhancing

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 513 hits
Bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mendakwa jadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan Melalui sosial medianya Egard Mohd Aizat mendakwa semasa bekerja dengan SPAD beliau menjadi pegawai tetapi kini hanya ditawarkan ja...
Bekas Eksukutif Spad Terencat Akal Ini Dakwa Dianiaya Ph

Bekas Eksukutif Spad Terencat Akal Ini Dakwa Dianiaya Ph

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 393 hits
Masa PRU14 mamat ni undi PAS bukan PH apa plak dakwa PH aniaya otak mana Kepala bapak kau kakitangan kerajaan tak pernah kena tegur bila kritik kerajaan BN dahulu Ada yang disenaraihitam dan ditukarkan serta diberhentikan kerja la mangkuk
Aeril Zafrel Jawab Dakwaan Anggap Isteri Macam Hamba

Aeril Zafrel Jawab Dakwaan Anggap Isteri Macam Hamba

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 274 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial mengenai perkongsian Wawa Zainal yang memuat naik gambar suaminya Aeril Zafrel sedang makan di bilik tidur The post appeared first on
2 More Jpj Officers Ex Spad Staff Member Remanded As Macc Net Widens

2 More Jpj Officers Ex Spad Staff Member Remanded As Macc Net Widens

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 197 hits
The two Penang JPJ enforcement officers and a former SPAD staff who were remanded for seven days today GEORGE TOWN Two more Penang Road Transport Department enforcement officers and a former Land Public Transport Commission staff member hav...
786 Bekas Kakitangan Spad Sudah Ditawarkan Kerja

786 Bekas Kakitangan Spad Sudah Ditawarkan Kerja

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 195 hits
Apr 24 2019 0 Comments PUTRAJAYA Seramai 786 bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah ditawarkan pekerjaan ke pelbagau bahagian jabatan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan
Saya Menyesal Jadi Pm Tak Tulis Jawab Auta Ph Najib

Saya Menyesal Jadi Pm Tak Tulis Jawab Auta Ph Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 167 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyenaraikan 9 legasi PM terdahulu yang berjaya beliau selesaikan semasa memimpin kerajaan BN Foto Malaysiakini Datuk Seri Najib Razak menyenaraikan 9 masalah legasi Perdana Menteri terdahulu yang diperbetulkanny...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11