Pelantikan Lajim Ukin Tepati Kriteria Pemerhati Pilihan Raya Ditetapkan Kata Spr


FMT Reporters Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun. PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata pelantikan Lajim Ukin sebagai pemerhati pilihan raya menepati kriteria pemilihan dan pelantikan ditetapkan badan itu walaupun beliau merupakan seorang ahli politi aktif.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pelantikan Lajim adalah mewakili kategori agensi kerajaan yang berkelayakan, bukannya mewakili parti politik yang beliau anggotai.

Azhar memberi respons terhadap kenyataan badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 sebelum ini yang mempersoalkan sikap saksama Lajim yang dilihat berperanan sebagai pemerhati pilihan raya SPR semasa hari penamaan calon pilihan raya kecik (PRK) Sandakan Sabtu lepas.

Bersih 2.0 dalam kenyataannya pada 28 April meragui sikap neutral bekas presiden Parti Harapan Rakyat Sabah itu yang kini menyertai PPBM sebagai seorang pemerhati pilihan raya.

Menurutnya tindakan melantik pemerhati pilihan raya perlu selari dengan piawaian ditetapkan Deklarasi Prinsip Global untuk Pemerhati dan Pemantauan Pilihan Raya Non-Partisan oleh Organisasi Sivil (Suruhanjaya Venice).

Lajim dilihat memakai baju rasmi pemerhati SPR pada hari tersebut.

Azhar berkata, SPR menetapkan 6 kriteria bagi pemilihan dan pelantikan pemerhati, iaitu agensi kerajaan kelayakan, badan bukan kerajaan atau organisasi berkelayakan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat (bagi syarikat tidak bermatlamatkan keuntungan), individu warganegara Malaysia yang berkemahiran dan boleh menyumbang kepada penambaikan proses pilihan raya, melaksanakan aktiviti yang dekat dengan masyarakat, bersikap berkecuali dan mematuhi kod etika dan akujanji pemerhati.

“Dalam pemilihan dan pelantikan pemerhati SPR, kelayakn permohonan individu atau organisasi adalah dinilai mengikut kriteria ditetapkan,” kata beliau.

“Pemilihan Lajim Ukin adalah mewakili kategori agensi kerajaan berkelayakan, iaitu Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Piliha Raya (ERC) dan tidak mewakili parti politik yang dianggotai.”

Selain itu katanya, SPR juga menyediakan Akujanji yang perlu ditanda tangani pemerhati yang dilantik dan merupakan ikrar yang perlu dipatuhi semasa bertugas.

“Jika terdapat pemerhati yang tidak mematuhi dan melanggar Akujanji berkenaan, mereka boleh digugurkan dan boleh disenarai hitam daripada menjadi pemerhati dalam mana-mana pilihan raya,” kata beliau.

Azhar juga berkata, SPR sentiasa peka berhubung isu dibangkitkan Bersih 2.0 dan pihak berkepentingan lain dan akan bertindak sewajarnya, termasuk mengkaji kriteria pemilihan pemerhati pilihan raya setelah menerima maklum balas mengenainya.

PRK Sandakan yang dijadualkan 11 Mei depan menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara Vivian Wong mewakili DAP/Pakatan Harapan (PH); naib presiden PBS, Linda Tsen dan 3 calon Bebas, iaitu Hamza Abdullah, Chia Siew Yung dan Sulaiman Abdul Samat.

Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian penyandangnya, pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong pada 28 Mac.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/pelantikan-lajim-ukin-tepati-kriteria.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersih 2 0 Pertikai Spr Lantik Ahli Politik Sebagai Pemerhati Pilihan Raya

Bersih 2 0 Pertikai Spr Lantik Ahli Politik Sebagai Pemerhati Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 356 hits
Bersih 2 0 SPR meminta SPR memberi penjelasan atas kapasiti apakah ahli politik dilantik sebagai pemerhati pilihan raya PETALING JAYA Pemantau pilihan raya Bersih 2 0 mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya melantik ahli politik seb...
Keputusan Pilihan Raya 2016 Tidak Terjejas Oleh Rusia Kata Trump

Keputusan Pilihan Raya 2016 Tidak Terjejas Oleh Rusia Kata Trump

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 444 hits
Keputusan pilihan raya 2016 tidak terjejas oleh Rusia kata Trump Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Apr 2019 8
Erc Mahu Liputan Media Yang Adil Kepada Calon Pilihan Raya

Erc Mahu Liputan Media Yang Adil Kepada Calon Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 319 hits
KUANTAN Liputan media yang adil kepada semua calon dan parti yang bertanding antara cadangan penambahbaikan yang mahu dilaksanakan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang Undang Pilihan Raya Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rah...
1mdb Ecrl Jana Dana Pilihan Raya Ke 14

1mdb Ecrl Jana Dana Pilihan Raya Ke 14

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 792 hits
1MDB ECRL jana dana pilihan raya ke 14Posted By on May 02 20191MDB dan projek Laluan Rel Pantai Timur digunakan oleh pentadbiran lama untuk mendanai dua kempen pilihan raya umum sebelum ini dakwa penasihat kanan Institut Kajian Khazanah Jom...
Siti Nurhaliza Neelofa Bakal Menang Jika Bertanding Pilihan Raya

Siti Nurhaliza Neelofa Bakal Menang Jika Bertanding Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 315 hits
Perkara yang kami akan kongsikan bunyinya macam kelakar tetapi tidak mustahil Pernah tak anda terfikir selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza The post appeared first on
Jawatankuasa Pilihan Khas Bincang Pelantikan Ketua Polis Negara Dan Ketua Hakim Negara

Jawatankuasa Pilihan Khas Bincang Pelantikan Ketua Polis Negara Dan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 494 hits
Ketua Polis Negara dan Ketua Hakim Negara dilihat sebagai anti Anwar Ibrahim Jawatankuasa Pilihan Khas untuk melantik jawatan jawatan utama perkhidmatan awam dijadualkan akan bermesyuarat dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada hari Se...
Pilihan Raya India Dicemari Keganasan Militan Bunuh Ahli Politik

Pilihan Raya India Dicemari Keganasan Militan Bunuh Ahli Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 400 hits
Pilihan raya India dicemari keganasan nbsp militan bunuh ahli politik nbsp Dikemas kini 2 minit yang lalu Diterbitkan pada
Pelantikan Ketua Hakim Negara Khairuddin Kata Asyraf Jangan Ajar Itik Berenang

Pelantikan Ketua Hakim Negara Khairuddin Kata Asyraf Jangan Ajar Itik Berenang

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 572 hits
Penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan zaman menyalahguna kuasa dan menodai institusi kerajaan terutama isu kehakiman sudah berakhir sekali gus noktah untuk UMNO serta BN memperalatkan institusi institusi kera...
Najib Tak Tahu Tanda Tangan Dipalsukan Kata Shafee

Najib Tak Tahu Tanda Tangan Dipalsukan Kata Shafee

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 538 hits
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yakin akan menang kes SRC Najib Foto Sinar Harian Shafee Abdullah mendakwa perbicaraan kes SRC selanjutkan akan mendedah dan membuktikan bekas perdana menteri Najib Razak menjadi mangsa manipulasi dalam pemi...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao