Erc Mahu Liputan Media Yang Adil Kepada Calon Pilihan Raya



KUANTAN - Liputan media yang adil kepada semua calon dan parti yang bertanding antara cadangan penambahbaikan yang mahu dilaksanakan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata perkara itu penting kerana setiap calon perlu diberi ruang secukupnya untuk berkempen bagi membantu pengundi mendengar dan menilai tawaran mereka sebelum membuat pilihan terbaik dalam kertas undi.

"Kita dapati berlaku ketidakadilan dalam media kerana parti yang memerintah mempunyai kelebihan menggunakan media pada amalan sebelum ini. Ia juga tidak adil kepada calon bebas yang bertanding, yang mungkin tidak mempunyai akses kepada media.

"Bagaimanapun, media dilihat lebih baik sejak kebelakangan ini kerana sudah ada media yang memberi peluang kepada calon selain parti pemerintah pada beberapa siri pilihan raya kecil kebelakangan ini," katanya.

Abdul Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kajian Semula Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di sini, hari ini.

Beliau mengakui kebebasan media dalam menyediakan laporan semasa pilihan raya secara tidak langsung melambangkan amalan matang berpolitik dan menghidupkan prinsip demokrasi.

Sehubungan itu, Abdul Rashid berpandangan adalah perlu untuk suatu peraturan atau undang-undang khusus yang membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau media, bermula saat pembubaran sehingga selesai proses pengundian.

"Pemantauan ini bukan bermaksud mahu menyekat (media), tetapi untuk menentukan mereka memberikan liputan adil kepada semua pihak yang bertanding.

"Kerajaan yang ada masa kini juga sudah memberi mandat untuk mewujudkan keadilan kepada semua calon kerana tidak mahu kemenangan adalah disebabkan kelebihan yang ada kepada mereka dalam aspek media.

"Semua yang bertanding mestilah terdiri daripada mereka yang tidak takutkan cabaran, bersikap gentleman dan beri peluang untuk pihak lawan untuk menjelaskan hala tuju mereka," katanya.

ERC juga menurut Abdul Rashid akan bertemu dengan 'orang kuat' organisasi media pada Sabtu ini, untuk mendapatkan pandangan mereka dalam melaksanakan cadangan itu.

Berhubung penggunaan media sosial untuk berkempen, Abdul Rashid mengakui situasinya adalah rumit dan memerlukan kajian lebih mendalam kerana tiada kawalan sehingga menyebabkan ada yang masih berkempen walaupun tempoh berkempen telah tamat.

"Media sosial sebenarnya memerlukan elemen pendidikan pengundi kerana rakyat perlu tahu mereka mempunyai kuasa untuk menghukum mana-mana anggota politik yang melakukan kesalahan, termasuk dalam isu pengurusan media," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/erc-mahu-liputan-media-yang-adil-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Berbagai Pilihan Ada Untuk Semua

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Berbagai Pilihan Ada Untuk Semua

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1562 hits
Hello pembaca kesayangan Baru baru ini Misz ella telah menghadiri Majlis Pelancaran Koleksi Baju raya Jakel 2019 bersama Duta Jakel dan pelancaran jakelstore my di Jakel Mall Kuala Lumpur Majlis pelancaran yang diadakan secara santai ini te...
Siti Nurhaliza Neelofa Bakal Menang Jika Bertanding Pilihan Raya

Siti Nurhaliza Neelofa Bakal Menang Jika Bertanding Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 274 hits
Perkara yang kami akan kongsikan bunyinya macam kelakar tetapi tidak mustahil Pernah tak anda terfikir selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza The post appeared first on
Pelantikan Lajim Ukin Tepati Kriteria Pemerhati Pilihan Raya Ditetapkan Kata Spr

Pelantikan Lajim Ukin Tepati Kriteria Pemerhati Pilihan Raya Ditetapkan Kata Spr

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 324 hits
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun PETALING JAYA Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini berkata pelantikan Lajim Ukin sebagai pemerhati pilihan raya menepati kriteria pemilihan dan pelantikan ditetapkan badan itu walaupun beliau merupakan seorang ...
1mdb Ecrl Jana Dana Pilihan Raya Ke 14

1mdb Ecrl Jana Dana Pilihan Raya Ke 14

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 428 hits
1MDB ECRL jana dana pilihan raya ke 14Posted By on May 02 20191MDB dan projek Laluan Rel Pantai Timur digunakan oleh pentadbiran lama untuk mendanai dua kempen pilihan raya umum sebelum ini dakwa penasihat kanan Institut Kajian Khazanah Jom...
Ph Masih Dalam Mode Pilihan Raya Kata Zaid

Ph Masih Dalam Mode Pilihan Raya Kata Zaid

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 416 hits
Pemimpin PH dalam satu program di Selangor sebelum pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas PETALING JAYA Seorang bekas menteri berkata setahun selepas mengambil alih Putrajaya Pakatan Harapan masih seperti terperangkap dalam mode pilihan raya D...
Bersih 2 0 Pertikai Spr Lantik Ahli Politik Sebagai Pemerhati Pilihan Raya

Bersih 2 0 Pertikai Spr Lantik Ahli Politik Sebagai Pemerhati Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 303 hits
Bersih 2 0 SPR meminta SPR memberi penjelasan atas kapasiti apakah ahli politik dilantik sebagai pemerhati pilihan raya PETALING JAYA Pemantau pilihan raya Bersih 2 0 mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya melantik ahli politik seb...
Pilihan Raya India Dicemari Keganasan Militan Bunuh Ahli Politik

Pilihan Raya India Dicemari Keganasan Militan Bunuh Ahli Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 281 hits
Pilihan raya India dicemari keganasan nbsp militan bunuh ahli politik nbsp Dikemas kini 2 minit yang lalu Diterbitkan pada
Buat 5 Tips Ini Sepanjang Ramadan Duit Berkepuk Menjelang Hari Raya

Buat 5 Tips Ini Sepanjang Ramadan Duit Berkepuk Menjelang Hari Raya

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 533 hits
Ikut logik akal sepanjang bulan puasa perbelanjaan kita semakin berkurangan
Hari Raya Bergelap

Hari Raya Bergelap

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 409 hits
Satu lagi projek PH Ada 1001 lagi perubahan baik yang boleh dibuat oleh kerajaan tanpa tambahan kos dan peruntukan untuk keselesaan rakyat di samping cukai tambahan kepada golongan mewah Bagaimana dengan plate nombor kenderaan sewajarnya ju...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Business With Limited Resources

Buasir Otak Tv Roblox Tob Tobi Tob Tob Tobi Tob Obby Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hati Yang Kering Dan Karat Apa Sebabnya

Modul Kepimpinan Pengurusan Kurikulum Kpm

How Much Torque And Horsepower Does A Porsche M96 Engine Produce Engine Specs

Food Poisoning While Traveling What You Should Know

Mendamaikan 2 Pihak

Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata