Pelantikan Datuk Ir Amarjit Singh Sebagai Pengarah Jans Tidak Sah


Datuk Ir Amarjit Singh
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini mengisytihar pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Datuk Ir Amarjit Singh tidak sah kerana bertentangan dengan Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air 2003.

Keputusan itu dibuat Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berhubung kes difailkan oleh Plaintiff iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

Yong dan seorang ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung ketika memfailkan saman itu menyatakan bahawa pelantikan berkenaan bertentangan dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Seksyen 3 dalam enakmen itu menyatakan bahawa pelantikan jawatan kanan mestilah dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Sebelum dilantik sebagai Pengarah JANS oleh kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) Amarjit bukan seorang anggota perkhidmatan awam.

Dalam saman tersebut, Amarjit dinamakan sebagai Defendan pertama manakala Kerajaan Negeri Sabah ialah Defendan kedua.

Mewakili Yong dan Pang ialah Yong Yit Jee dan Darren Nicholas Punai manakala Puan Dayangku Fazidah dari Pejabat Peguam Besar Negeri bertindak untuk kedua Defendan.

Dalam saman itu, mereka mendakwa sebaik dilantik ke jawatan tersebut, Amarjit telah mengambil tindakan yang mendatangkan kemudaratan kepada bekalan air Sabah.

Antaranya, dakwa mereka ialah pembatalan dua projek bekalan air penting di Tawau dan Lahad Datu pada hari pertama beliau menjadi pengarah JANS.

Yong dan Pang turut mendakwa tindakan Amarjit menamatkan perjanjian antara JANS dan enam syarikat konsesi air menunjukkan ketidakcekapan beliau.

Akibat tindakan tersebut, Kerajaan Negeri berdepan dengan saman berjumlah RM409.8 juta, kata mereka.

Mengulas tentang keputusan tersebut, Yong berkata walaupun Mahkamah tidak memerintah pembatalan semua keputusan yang telah dibuat sepanjang Defendan menjawat jawatan tersebut beliau menyeru pihak kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah.

"Pelantikan itu diisytiharkan Mahkamah sebagai tidak sah berkuatkuasa hari ini (9 Oktober, 2019)," kata Yong lagi.

"Oleh itu, satu-satunya yang harus dilakukan oleh beliau ialah untuk mengosongkan pejabat dan berhenti daripada memberi apa-apa arahan kepada mana-mana pegawai ataupun kakitangan JANS," katanya.

Ketika dihubungi, Yong berkata pihak Defendan berhak membuat rayuan terhadap keputusan tersebut namun beliau berpendapat ianya hanyalah memberi mereka masa untuk menyelesaikan masalah di peringkat pentadbiran jabatan.

"Buat masa sekarang, Perintah Mahkamah mengisytiharkan pelantikan Amarjit sebagai pengarah JANS tidak sah tidak boleh dipertikaikan.

"Keputusan Mahkamah akan terus berkuatkuasa sehinggalah atau sekiranya ianya diubah oleh Mahkamah Rayuan. Inipun akan memakan jangkamasa berbulan lama.

"Oleh demikian, mengikut undang-undang JANS kini tidak mempunyai Pengarah," ujar Yong.

Seorang pegawai kerajaan yang bersesuaian dan berkelayakan seharusnya dilantik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menjalankan tugas Pengarah Jabatan Air Sabah, katanya.

Pegawai di Pejabat Peguam Besar Negeri tidak dapat dihubungi untuk komen.

Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysabahnews.com/2019/10/pelantikan-datuk-ir-amarjit-singh-tidak-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amarjit Pengarah Jabatan Air Sabah Tidak Sah Bakal Gugat Komisen Projek Shafie Dan Peter

Amarjit Pengarah Jabatan Air Sabah Tidak Sah Bakal Gugat Komisen Projek Shafie Dan Peter

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 629 hits
Isu Amarjit Singh nampaknya tidak pernah selesai Kini Hakim Ravinthiran R Paramaguru mengisytiharan pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang undang dan tidak sah Habislah projek komisen Shafie dan Peter Sejak dilantik 1...
4314 Pelantikan Jawahar Ali Sebagai Presiden Presma Petanda Baik Kempen Sppz Ppim Bernama 25 09 2019

4314 Pelantikan Jawahar Ali Sebagai Presiden Presma Petanda Baik Kempen Sppz Ppim Bernama 25 09 2019

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 458 hits
KUALA LUMPUR 25 Sept Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia yang baharu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Mala...
Perwakilan Ma Terjebak Macet Pelantikan Bambang Soesatyo Sebagai Ketua Mpr Tertunda

Perwakilan Ma Terjebak Macet Pelantikan Bambang Soesatyo Sebagai Ketua Mpr Tertunda

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 168 hits
Bamsoet belum dilantik karena pihak Mahkamah Agung yang akan melantik pimpinan MPR belum datang karena terjebak macet
Selalu Kongsi Status Negatif Di Fb Ibu Sufi Rashid Dicop Sebagai Toxic Parents

Selalu Kongsi Status Negatif Di Fb Ibu Sufi Rashid Dicop Sebagai Toxic Parents

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 852 hits
Penyanyi kelahiran bintang realiti TV Sufi Rashid baru baru ini telah selamat mendirikan perkahwinan bersama sama dengan isternya Nurulain Md Yusof Namun ketika majlis persandingan mereka berdua telah tular sebuah video yang memamparkan tin...
Sebagai Oposisi Pks Menyorot Masalah Bpjs Dan Korupsi Di Era Presiden Jokowi

Sebagai Oposisi Pks Menyorot Masalah Bpjs Dan Korupsi Di Era Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 197 hits
Untuk menangani korupsi maka Komisi Pemberantasan Korupsi harus diperkuat Bukan malah melemahkan dengan merevisi Undang undang KPK katanya
Eks Pembantu Rektor Kampus Uir Diperiksa Sebagai Tersangka Korupsi Dana Hibah

Eks Pembantu Rektor Kampus Uir Diperiksa Sebagai Tersangka Korupsi Dana Hibah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 218 hits
Kejaksaan Tinggi Riau memeriksa mantan Pembantu Rektor Universitas Islam Riau Abdullah Sulaiman terkait dugaan korupsi dana hibah penelitian Dana yang bersumber dari Pemerintah Provinsi Riau itu diduga diselewengkan oleh Sulaiman yang telah...
Gilir Siswi Smp 4 Orang Di Garut Ditetapkan Sebagai Tersangka

Gilir Siswi Smp 4 Orang Di Garut Ditetapkan Sebagai Tersangka

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 201 hits
Satuan Reserse dan Kriminal Polres Garut menetapkan empat dari enam orang warga Cisompet yang sebelumnya diduga mencabuli bocah berinisial ES Tiga dari mereka yang ditetapkan sebagai tersangka merupakan orang dewasa sedangkan satu pelaku di...
8 Bahan Dapur Ini Ternyata Bisa Dimanfaatkan Sebagai Pembersih Alat Rumah Tangga

8 Bahan Dapur Ini Ternyata Bisa Dimanfaatkan Sebagai Pembersih Alat Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 207 hits
8 Bahan makanan ini ternyata bisa dimanfaatkan sebagai pembersih alat rumah tangga antara lain saus tomat dan cuka
Syiah M Sia Apa Pandangan Pas Ph Sebagai Pelindung

Syiah M Sia Apa Pandangan Pas Ph Sebagai Pelindung

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 235 hits
Paku bagi keranda SyiahAHLI Parlimen Pasir Mas YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari semalam dalam ucapan beliau berkenaan Resolusi Kluster Agama di Kongres Maruah Melayu telah memberikan jalan tunjuk yang jelas kepada haluan Islam yang sepatutnya d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord