Pelantikan 11 Timbalan Exco Melaka Membazir Wang Rakyat Adun Pn


agendaily.com07/04/2023
Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub.
Perikatan Nasional (PN) yang menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menyifatkan pelantikan 11 timbalan Exco sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Pengerusinya, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata pelantikan Timbalan Exco itu sudah pasti membabitkan perbelanjaan tambahan yang sepatutnya boleh disalurkan untuk agenda rakyat.

Beliau berkata, peruntukan kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang iaitu beliau sendiri di DUN Bemban dan Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang) lebih adil kepada rakyat berbanding perlantikan timbalan Exco, terutama Melaka sebagai negeri kecil.

“Kerajaan Melaka sendiri dari peringkat awal tidak mampu untuk menyediakan peruntukan hanya kepada dua ADUN pembangkang, tetapi melantik timbalan Exco menjadikan 21 orang daripada 28 jumlah ADUN, yang mustahil tanpa belanja tambahan.

“Keputusan ini menggambarkan kerajaan negeri yang terbentuk lebih mengutamakan keselesaan ADUN dalam blok kerajaan berbanding membawa agenda rakyat,” katanya menurut BH.

Dr Yadzil berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh malam tadi yang ‘mempelawa’ dirinya dan Dr Mohd Aleef menyertai kerajaan perpaduan menjelang sidang DUN pada Jun ini.

Beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka menegaskan beliau dan Dr Mohd Aleef akan kekal berada di blok pembangkang dalam memastikan semak dan imbang berkesan kepada kerajaan negeri.

“Bukan soal macam mana kami nak lawan tapi janganlah takut kepada kami, kepada pembangkang yang hanya berdua.

“Kami kekal dengan prinsip akan menjadi pembangkang yang berwibawa menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan Melaka serta akan mendengar suara hati rakyat dan memperjuangkan denyut nadi mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Yadzil turut melontarkan beberapa persoalan termasuk keberkesanan 21 anggota Exco dalam menjana hasil berlipat ganda.

“Persoalan besar sekarang apakah kerajaan Melaka akan lebih efisien dengan 21 orang dalam barisan Exco? Apakah kerajaan mampu menjana hasil berlipat kali ganda dengan barisan Exco dan timbalannya yang ramai?.

“Apakah ketua menteri terpaksa melantik barisan Exco yang besar ini kerana gabungan kerajaan Madani di Melaka yang terbentuk tidak stabil?,” katanya lagi.

Malam tadi Ab Rauf Yusoh dilapor berkata, pihaknya menyasarkan kerajaan negeri pimpinannya sifar pembangkang menjelang pembentangan Enakmen Anti Lompat Parti di negeri itu.

Kenyataan itu dibuat pada sidang media pengumuman senarai timbalan Exco selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Exco pertama, malam tadi selepas membentuk kerajaan Perpaduan menerusi pelantikan Exco negeri, Rabu lalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/pelantikan-11-timbalan-exco-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembilan Adun Bn Satu Ph Dilantik Exco Melaka

Sembilan Adun Bn Satu Ph Dilantik Exco Melaka

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 280 hits
NOR FARHANA YAACOB05 APR 2023Rais ketika mengetuai Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh pada Rabu MELAKA Sepuluh Ahli Dewa...
All Melaka Exco Members To Get Deputies Says Cm

All Melaka Exco Members To Get Deputies Says Cm

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 518 hits
Melaka chief minister Ab Rauf Yusoh said the deputy exco members will be announced after the state executive council holds its first meeting tomorrow PETALING JAYA All the 10 executive councillors in Melaka who were sworn in today will have...
Zahid Harap Pelantikan Rauf Bawa Perubahan Kepada Melaka

Zahid Harap Pelantikan Rauf Bawa Perubahan Kepada Melaka

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 185 hits
PENGERUSI Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berharap pelantikan Ab Rauf Yusoh sebagai ketua menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur nbsp Zahid yang juga presiden Umno berkata Ab Rauf ...
Ldp Harapan Rakyat Join Gabungan Rakyat Sabah

Ldp Harapan Rakyat Join Gabungan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 205 hits
GRS secretary general Masidi Manjun said the coalition now comprised seven parties PETALING JAYA The Liberal Democratic Party and Parti Harapan Rakyat Sabah are now component parties of the ruling Gabungan Rakyat Sabah coalition GRS secreta...
Keluar Dewan Rakyat Pembangkang Main Emosi Rakyat

Keluar Dewan Rakyat Pembangkang Main Emosi Rakyat

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 419 hits
Tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang keluar Dewan Rakyat secara beramai ramai semalam dikritik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong berkata tindakan protes susulan keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ...
Majoriti Rakyat Rasa Kesal Dikencing

Majoriti Rakyat Rasa Kesal Dikencing

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 1012 hits
Antara perkara yang dianggap dikencing adalah kerana kerajaan menangguhkan beberapa janji manifesto terkini kerana kerajaan menangguh penurunan harga runcit petrol itu lah antara viral yang dikatakan dikencing Majoriti rakyat sudah tentu ri...
Rakyat Bising Minyak Takdak Ingat Dap Sorok Rupa2nya

Rakyat Bising Minyak Takdak Ingat Dap Sorok Rupa2nya

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 336 hits
Muhammad Faisal Hamzah the son of opposition leader Datuk Seri Hamzah Zainudin was charged in the Sessions Court here on Wednesday with nine counts of violations in relation to the cooking oil subsidy Faisal 39 was charged along with Azizul...
Mb Tak Cerdik Macamana Rakyat Nak Dijaga

Mb Tak Cerdik Macamana Rakyat Nak Dijaga

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 381 hits
Jenis tak faham injuksi mahkamah Elok2 kalah kes sivil terus jadi kes jenayah Cerdik tak boleh di ajar Mungkin denda tak cukup dia nak penjara pula kut
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik