Pelancaran Pusat Foton 3s Di Glenmarie Dan Model Van Terbaru View C2 4 8m View Cs2 6m
Assalamualaikum Hi
Pusat Foton 3S dan Model Van Terbaru VIEW C2 4.8M dan VIEW CS2 6M. Siapa pernah dengar brand Foton? FOTON yang dimiliki oleh Mpire Asia Sdn Bhd (anak syarikat Mpire Group) merupakan peneraju pasaran kenderaan komersial yang berasal dari China, terkenal dengan kenderaan toplander dan truck. Sabtu yang lalu, Nad sempat menghadiri pelancaran rasmi Pusat Foton 3S yang pertama bertempat di No 2, Jalan Pemberita U1/49, Jalan Perindustrian Temasya, Glenmarie, Shah Alam.
YB Tuan Kok Wai, Duta Khas Malaysia ke China telah merasmikan pelancaran Pusat FOTON 3S dan model van terbaru C2 4.8M dan VIEW CS2 yang boleh memuatkan seramai 18 orang penumpang. Mpire Asia juga komited dalam menawarkan pusat perkhidmatan sehenti yang cekap dan efisyen untuk pelanggan serta mempamerkan keunggulan dalam menerapkan teknologi terkini yang canggih setanding atau lebih baik dari jenama lain
FOTON VIEW C2 dan VIEW CS2
❶ Kepanjangan Van
Dari segi ukuran, lebar dan tinggi van adalah sama seperti van yang lain. Bezanya, kepanjangan FOTON VIEW C2 4.8M Panel Van adalah sepanjang 4.8 meter. Manakala, FOTON VIEW CS2 6M Window Van adalah sepanjang 6 meter dan ia mempunyai 18 tempat duduk penumpang. Kapasiti untuk memuatkan penumpang adalah lebih ramai jika dibandingkan dengan van biasa
❷ Enjin Berteknologi Canggih
Haa, yang ini berjaya menarik perhatian Nad. FOTON VIEW C2 4.8M Panel Van direka dengan enjin berteknologi Isuzu 4JB1 - Turbo Diesel, yang mana ia bersifat ekonomi dan menjimatkan. Sememangnya penggunaan diesel lebih jimat berbanding petrol dan minyak tahan lebih lama. FOTON VIEW CS2 6M Window Van pula dilengkapi dengan enjin diesel Cummins ISF dengan kuasa kuda dan torque yang tinggi (147Hp dan 330Nm). Torque yang tingi akan menyebabkan penggunaan minyak yang lebih efisyen. Selain itu, maintenance cost untuk enjin ini juga lebih rendah. Untuk pengetahuan, FOTON VIEW CS2 adalah van generasi keempat yang diiktiraf dan memenangi anugerah FOTON di pasaran China. Kedua-dua enjin untuk kenderaan ini mesra alam dan mematuhi piawaian EURO IV
❸ Sistem Brek Anti-Lock
Dari segi keselamatan pula, kedua-dua kenderaan ini dilengkapi dengan sistem Brake Anti-Lock Bosch 4-Channel yang terbaru dan sistem pengedaran Brek Elektronik untuk keselamatan yang lengkap semasa brek kecemasan
❹ Warranty
Kedua-dua model FOTON VIEW C2 4.8M Panel Van dan FOTON VIEW CS2 6M Window Van ini akan diberi warranty selama 5 tahun atau mileage 150,000 km (yang mana lebih awal). Jauh beza dengan kebanyakan kenderaan lain yang mana warranty hanya valid untuk 3 tahun atau mileage 100,000 km
Selain dari mementingkan kecekapan dalam jualan, Mpire Group juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti setelah menjalin kerjasama dengan 15 pengedar sah di seluruh negara. Talian bebas tol 1300-22-3399 dan perkhidmatan servis pelanggan 24/7 turut diperkenalkan pada majlis ini. Maka, para pelanggan sangat digalakkan untuk menghubungi talian ini juka menghadapi sebarang masalah berhubung kenderaan FOTON
"Sebagai peneraju pasaran di China yang juga merupakan salah satu daripada pasaran yang paling kompetitif di dunia, Foton bersedia untuk menghasilkan kenderaan bertaraf dunia yang relevan dan memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, saya yakin bahawa kenderaan yang dihasilkan oleh Foton yang dibawa ke Malaysia dijamin memenuhi piawaian, kualiti, dan kecekapan bahan api yang tinggi dan serba canggih" - Dato' Billy Goh, Managing Director of Mpire Auto Group
Harga FOTON VIEW C2 4.8M dan FOTON VIEW CS2 6M
Haaa, dah seronok baca pasal detail dan spec kenderaan mestilah nak kena tahu juga berapa harganya ni. Sangat berbaloi dan berpatutan seiring dengan kecanggihan van FOTON ni. Model Van FOTON VIEW C2 dan FOTON VIEW CS2 akan berada di pasaran pada harga RM83,888 dan RM143,888 (om-the-road tanpa insurance)
Untuk fasa pengenalan ni, Mpire Asia akan memberi ganjaran hebat kepada 100 pelanggan terawal. Antaranya seperti FREE GPS, FREE cukai jalan untuk tahun pertama, FREE kamera on-board, FREE perkhidmatan selama 2 tahun atau mileage 50,000 km, dan FREE 4 tayar untuk tempoh 18 bulan pertama. Berbaloiii sangat-sangat kannn
Kalau korang berminat dengan van ni, boleh tempah atau cuba test drive dulu ok
Alamat : No 2, Jalan Pemberita U1/49, Taman Perindustrian Temasya, 40150, Shah AlamContact : 03-5567 9858 // 012-221 9111Website : https://fotonmalaysia.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nadnary.com/2018/12/pelancaran-pusat-foton-3s-di-glenmarie.html